kredit gambar: CMC Markets
Litecoin adalah antara matawang kripto yang terawal dicipta selepas Bitcoin. Litecoin juga bukan suatu yang asing di pasaran kripto Malaysia kerana ia merupakan antara lima matawang kripto yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti.
Litecoin ($LTC) adalah satu aset digital yang direka untuk membolehkan pertukaran nilai peer-to-peer dapat dilakukan dengan pantas dan murah. Disebabkan itu Litecoin dipanggil “Bitcoin ringan” (“Bitcoin lite”). Litecoin merupakan antara projek yang paling veteran dan masih mempunyai komuniti aktif yang besar.
Jom kita kenali Litecoin dengan lebih terperinci.
Sejarah Litecoin
Litecoin mula dikenali pada Oktober 2011, dua tahun selepas blok genesis Bitcoin dilombong. Litecoin pertama kali dilancar di Github oleh penciptanya iaitu seorang saintis komputer terkenal, Charlie Lee yang juga seorang pekerja di Google dan kemdiannya menjadi pengarah kejuruteraan di Coinbase.
Tujuan awal Litecoin dicipta adalah sebagai tambahan (supplement) dalam ekonomi kripto dan bukan untuk menjadi pesaing BTC. Komuniti kripto telah menerima naratif ini dan menggelarkan Litecoin sebagai “silver to Bitcoin’s gold”. Ini menjadikan $LTC sebagai antara digital aset paling bernilai dan menduduki ranking lima teratas untuk satu jangka masa yang lama. Pada November 2013, Litecoin telah mengalami satu lonjakan harga yang tinggi.
Tetapi pada December 2017, Lee telah membuat satu kenyataan kontroversi ketika Litecoin sedang membuat lonjakan harga all-time high. Lee menyatakan secara terbuka beliau telah menjual dan mendermakan semua pegangannya agar beliau lebih fokus kepada urusan pengembangan Litecoin. Harga Litecoin menjunam dan ramai pemegang Litecoin marah malah menuduh Lee mempergunakan Litecoin untuk tujuan peribadi.
Litecoin adalah hasil fork daripada source code Bitcoin Core dengan beberapa perbezaan utama berbanding dengan Bitcoin termasuk:
-
masa penjaan blok yang lebih pantas (2.5 minit berbanding 10 minit yang diperlukan oleh Bitcoin)
-
Jumlah bekalan yang lebih besar
-
Penggunaa fungsi hash Script berbanding SHA-256 encryption yang digunakan oleh Bitcoin
Litecoin turut melakukan beberapa penambahbaikan yang pada awalnya dijadualkan untuk digunakan dalam rangkaian Bitcoin seperti Segregated Witness (Segwit) dengan tujuan untuk meningkatkan hasil transaksi. Ia juga telah mengintegrasikan solusi layer 2 iaitu Lightning Network.
Berapa Banyak Litecoin Dalam Pasaran
Litecoin menghadkan bilangan LTC yang dilombong sepertimana yang dijelaskan dalam model tokenomics. Bilangan bekalan adalah sebanyak 84 juta unit. Pada Julai 2021, 66 juta unit berada dalam edaran. Sama seperti Bitcoin, Litecoin juga mengalami halving pada setiap 840,000 blok atau 4 tahun. Ini akan mengurangkan coin baru dicipta melalui perlombongan.
Setakat ini Litecoin telah mengalami dua kali halving iaitu pada 2015 dan 2019. Semasa pelancaran, ganjaran untuk setiap blok adalah 50 LTC dan sekarang ianya menjadi 12.5 LTC. Halving seterusnya dijangka berlaku pada August 2023 dan akan mengurangkan ganjaran menjadi 6.25 LTC bagi setiap blok.
Mekanisme halving ini menjadikan LTC semakin sukar dilombong disebabkan bekalan dalam edaran semakin menghampiri jumlah bekalan maksimum. Halving menghalang coin dari mengalami masalah susut nilai dan dalam masa yang sama menguntungkan para pelombong yang terlibat lebih awal.
Litecoin vs Bitcoin
Litecoin bermula dari hasil fork yang berlaku pada Bitcoin. Beberapa perbezaan ketara antara Litecoin dengan Bitcoin adalah pertama, LTC boleh menjana blok baru dengan lebih pantas iaitu dalam masa 2.5 minit. Kedua, Lee telah mencipta rangkaian Litecoin sebagai Bitcoin versi ringan dan pantas, bersesuaian dengan namanya.
Litecoin menggunakan fungsi hash Scrypt manakala Bitcoin menggunakan SHA-256. Fungsi hash Scrypt digunakan bagi mengelak pelombong yang mengguna mesin ASIC dan memberi laluan kepada pelombong yang menggunakan CPU dan GPU.
Litecoin telah direka untuk kepantasan manakala Bitcoin dicipta untuk keselamatan maksimum. Sebagai Bitcoin versi ringan, Litecoin boleh memproses transaksi lebih pantas dan dapat menghalang berlakunya kelewatan bayaran. Bitcoin mengambil masa 9-10 minit untuk memproses transaksi, tetapi menawarkan lebih keselamatan kerana ia memberi lebih banyak masa menyebarkan maklumat ke semua nod dalam rangkaian sebelum transaksi disahkan.
Litecoin vs Dogecoin
Mesti ramai yang tertanya-tanya apa kaitan Litecoin dengan Dogecoin. Tahukah anda sebenarnya Dogecoin adalah hasil fork dari blockchain Luckycoin yang merupakan hasil fork dari Litecoin. Jadi susur-galur Dogecoin adalah dari “keturunan” Bitcoin. Menarik bukan?
Litecoin dan Dogecoin menggunakan sistem perlombongan berasaskan Scrypt yang sama, jadi mereka biasanya digunakan dalam merge-mining. Merge-mining membolehkan pelombong melombong dua matawang kripto yang berbeza secara serentak. Namun kedua-dua protocol yang digunakan adalah sangat berbeza.
Dogecoin mempunyai bekalan token yang tiada had dan tidak mengalami halving. Blok-blok dalam rangkaian Dogecoin dijana setiap minit dan menjadikan ia 2.5 kali lebih pantas dari Litecoin. Walau bagaimanapun, Litecoin mempunyai kelebihan dari segi bekalan token yang terhad yang mana ia lebih sesuai untuk dijadikan aset jangka panjang.
Wallet Terbaik Untuk Simpan Litecoin
Litecoin boleh disimpan dalam wallet yang berbentuk aplikasi atau hardware. Wallet untuk matawang kripto direka untuk menyimpan private key anda dan menjana public key yang anda perlukan untuk membuat transaksi peer-to-peer dan berinteraksi dengan rangkaian kripto yang lain. Sama seperti matawang kripto yang lain, terdapat 3 jenis wallet yang boleh digunakan untuk menyimpan LTC iaitu online, software dan hardware.
Online Wallet
Online/ Hosted/ Hot wallet biasanya disediakan oleh perkhidmatan crypto-custodial seperti platform pertukaran dan boleh diakses melalui web browser atau app. Wallet jenis ini paling mudah digunakan kerana pengguna boleh membeli, menjual atau berdagang aset mereka dengan hanya beberapa klik. Walau bagaimanapun, pengguna tidak menyimpan private key. Beberapa platform pertukaran yang menawarkan wallet jenis ini adalah termasuk Binance, Coinbase dan Kraken.
Software Wallet
Software Wallet adalah satu aplikasi yang boleh anda install ke dalam komputer atau smartphone. Ia membolehkan anda mengakses private key dan mengawal aset anda. Software wallet ini boleh dikatakan lebih selamat berbanding online wallet kerana hanya pemilik wallet dibenarkan untuk mengakses aset-aset di dalamnya.
Namun begitu, masih terdapat kelemahan pada software wallet ini. Ia tetap terdedah kepada bahaya penggodaman dan ancaman malware kerana komputer atau smartphone anda selalu bersambung dengan internet. Beberapa software wallet yang baik adalah termasuk Litecoin Core, Atomic Wallet dan Electrum LTC.
Hardware Wallet
Hardware Wallet adalah wallet yang paling selamat untuk menyimpan Litecoin anda kerana ianya offline. Ini bermaksud, private key anda hanya akan berada di dalam peranti anda. Walaupun, hardware wallet agak mahal, tetapi ia merupakan pelaburan yang sangat berharga disebabkan faktor keselamatannya. Beberapa harware wallet yang boleh anda pertimbangkan adalah Ledger Nano S, Trezor dan Safepal
Di Mana Anda Boleh Gunakan Litecoin
Anda boleh gunakan Litecoin di lebih dari 2,500 kedai dan perniagaan, termasuk Travala, RE / MAX dan eGifter. Selain itu, anda boleh menggunakan LTC anda untuk membeli cryptocurrency lain di mana-mana platform pertukaran berpusat (CEX) dan terdesentralisasi (DEX).
Konklusi
Litecoin telah mengharungi pelbagai cabaran dan ini membuktikan bahawa altcoin ini dapat menahan segala ujian dan tetap relevan malah terus berkembang. Yuran transaksi yang rendah, proses transaksi yang pantas dan komuniti yang semakin berkembang telah mendorong penerimaan Litecoin sebagai satu bentuk medium pembayaran di seluruh dunia. Hanya waktu dapat menentukan sejauh mana gelaran Silver to Bitcoin’s Gold itu dapat bertahan.
sumber: coinmarketcap
Alhamdulillah..
Tidak sampai 3 bulan, saya dah berjaya melebihi 1000% dalam dunia kripto dengan bantuan Cikgu Mayee dan rakan pelajar yang lain untuk memilih kripto yang berkualiti..
Terima kasih saya ucapkan..