9 minit bacaan

Apabila mengambil kira semua wang yang ada dalam pelaburan kripto, berapa banyakkah daripadanya datang daripada firma venture capital?

Rekod pada 2021 menunjukkan tahun yang memberangsangkan untuk pembiayaan oleh venture capital dalam pelaburan kripto. Didorong oleh dasar monetari yang longgar dan kesan daripada penutupan dan penyekatan pandemik, peningkatan dalam selera risiko pelabur bermakna lebih banyak wang berbanding sebelum ini mengalir ke dalam kripto.

Analisa pembiayaan venture capital menunjukkan bahawa startup berasaskan kripto menerima $25.2 bilion pada 2021 berbanding $3.1 bilion pada 2020 tahun sebelumnya dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 713%. Semua sektor dalam industri kripto menggambarkan pertumbuhan yang kukuh dengan pembiayaan VC (venture capital) untuk firma NFT melonjak kepada $4.8 bilion daripada hanya $37 juta pada tahun 2020. Secara keseluruhan, bahagian pembiayaan venture capital blockchain bagi keseluruhan pasaran global venture capital meningkat daripada 1% kepada 4%.

2022 akan menjadi tahun yang lebih mencabar bagi firma venture capital kripto. Sebaliknya pula untuk modal yang mengelak risiko (risk-aversion) di mana ianya akan terus mengalir ke industri kripto yang semakin berkembang pada tahun-tahun akan datang. Sebagai pelabur runcit, mengetahui venture capital utama dalam pasaran kripto boleh memberikan perbezaan antara pelaburan yang menguntungkan dan tidak menguntungkan.

Bagaimana Pembiayaan Venture Capital Kripto Berfungsi

Pembiayaan venture capital kripto mempunyai beberapa persamaan dan juga perbezaan dengan pembiayaan venture capital yang umum.

Secara umumnya, pembiayaan venture capital menggambarkan sekumpulan pelabur yang ingin melipatgandakan pelaburan mereka dengan melabur awal dalam sesebuah syarikat. Sebelum melabur dalam syarikat tersebut, mereka menyemak projek yang berbeza dengan menilai potensi pertumbuhan mereka dan potensi pulangan positif ke atas pelaburan yang dilakukan. Selalunya, venture capital pelbagaikan dana pelaburan mereka untuk meminimumkan risiko penurunan dan potensi turun naik.

Standard pembiayaan venture capital berlaku dalam lima peringkat:

  • Pre-seed: projek ini berada di peringkat awal (selalunya tidak lebih daripada satu idea) dan pelaburan datang daripada keluarga dan rakan-rakan.
  • Seed round: produk sedang menguji daya majunya yang merangkumi analisis potensi pasaran, analisis pesaing dan membangunkan produk minimum yang berdaya maju. Pada peringkat ini, pitch deck, aliran tunai, cash flow dan bahan-bahan lain digunakan untuk mencari pelabur secara aktif.
  • Series A: produk disahkan, berkembang dan disokong oleh komuniti yang kuat. Pelaburan pada peringkat ini kurang berisiko untuk pelabur tetapi lebih mahal dan fokus pada pemasaran dan pengiklanan.
  • Series B: produk mempunyai pangkalan pengguna yang besar dan berkembang, tumpuan pelaburan adalah pada pemasaran, jualan, sumber manusia, pembangunan perniagaan dan perkhidmatan pelanggan.
  • Series C: tumpuan terletak pada mempelbagaikan barisan produk dan akses kepada pasaran antarabangsa supaya produk itu berdaya maju secara komersial.

Walau bagaimanapun, pembiayaan venture capital kripto agak berbeza kerana banyak projek tidak pernah melepasi dua peringkat awal. Walaupun terdapat beberapa contoh pembiayaan Series A (Praxis, Rarify) dan pembiayaan Series B (Dune Analytics, Palm NFT Studio), hanya beberapa syarikat mampu mencapai kematangan FTX di mana memperoleh $32 bilion dalam pembiayaan Series C. Industri kripto masih agak baharu dan kebanyakan projek tidak mempunyai model perniagaan (business model) yang disahkan.

Walau bagaimanapun, beberapa faktor lain menjadikan pembiayaan venture capital kripto berbeza sehinggakan syarikat-syarikat besar dengan permodalan pasaran (market capitalization) yang besar tidak semestinya membuka pusingan pendanaan tambahan.

Sebagai contoh, kebanyakan projek mata wang kripto mengumpul wang melalui token dan bukannya ekuiti.

Walaupun token sebenarnya bermaksud ekuiti dalam sesuatu projek, mengumpul wang melalui ICO atau IDO dan bukannya menjual saham bermakna pelabur mengambil jenis risiko yang berbeza. Membeli token melalui ICO membolehkan pelabur mengeluarkan pegangan mereka lebih awal dan lebih mudah tetapi produk-produk (kripto yang dibeli) tersebut selalunya kurang kukuh dan kurang boleh dipercayai daripada yang setara dengan jualan saham mereka.

Tambahan pula, projek kripto memerlukan jenis pemasaran yang berbeza contohnya seperti platform Google dan Facebook yang mengehadkan tahap pemasaran digital “tradisional” untuk mata wang kripto. Ini telah menyebabkan mata wang kripto sangat bergantung pada pemasaran influencer dan kaedah pemasaran gerila di mana mengehadkan sejauh mana daya maju produk boleh diuji sebelum pelancaran.

Kesimpulannya, pembiayaan venture capital kripto adalah lebih cepat tetapi lebih berasaskan percubaan dan kesilapan (trial-and-error) dan melibatkan lebih sedikit peraturan. Dana venture capital boleh dan sering melakukan sokongan terhadap projek yang melakukan pemasaran influencer dan ini memanfaatkan perhubungan mereka dalam industri. Ini juga boleh meningkatkan kesahihan projek (jika venture capital yang utama menyokongnya). Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi satu serangan balik oleh kerana dana venture capital kripto menghadapi kesukaran untuk memperkenalkan tool daripada kewangan tradisional dan ini bertentangan dengan sifat terdesentralisasi industri kripto.

Firma Venture Capital Yang Terbesar

Beberapa dana pelaburan telah muncul sebagai dana venture capital kripto yang terbesar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

3AC – Three Arrows Capital

Diasaskan pada 2012 oleh Su Zhu dan Kyle Davies, Three Arrows Capital dianggap sebagai salah satu hedge fund terbesar dan pembuat pasaran (market maker) dalam dunia pelaburan kripto. 3AC mempunya pegangan posisi dalam beberapa platform blokchain utama seperti Ethereum, Avalanche, Bitcoin, Polkadot, Terra, Solana dan banyak lagi. Ia juga mempunyai pelaburan merentasi beberapa projek DeFi dan GameFi seperti Axie Infinity, Aave dan lain-lain lagi. 3AC juga melabur dalam projek blockchain berasaskan ekuiti. Contohnya, dana mereka mempunyai pegangan posisi dalam BlockFi, Deribit dan Starkware.

a16z – Andreessen Horowitz

Diasaskan pada 2009 oleh Marc Andreessen dan Ben Horowitz, Andreessen Horowitz (dikenali sebagai “a16z”) ialah firma venture capital kripto di California yang turut melabur dalam syarikat teknologi yang tidak berasaskan teknologi blockchain. Sama seperti 3AC, a16z mempunyai pegangan posisi dalam banyak syarikat kripto terkemuka seperti Coinbase, Celo, MakerDAO dan lain-lain.

Alameda Research

Alameda Research ialah hedge fund kripto yang diasaskan oleh pengasas FTX iaitu Sam Bankman-Fried dan kini diketuai oleh Sam Trabucco. Ia juga mempunyai pegangan posisi dalam kebanyakan blokchain utama dan syarikat berasaskan blokchain. Messari menyenaraikan bahawa Alameda Research mempunyai pegangan posisi dalam Bitcoin, Ethereum, Binance, Solana, Uniswap dan banyak lagi.

Jump Crypto

Jump Crypto ialah cabang pelaburan Jump Trading iaitu satu lagi dana dagangan kripto dengan mempunyai beberapa pejabat di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Kenyataan misinya dipanggil “Modern Slavery Statement” dengan cara yang ironis mungkin merujuk kepada sifat seragam pernyataan misinya yang setanding. Jump Crypto mempunyai pegangan posisi dalam Solana, Terra, Wormhole, Fantom dan banyak projek lain.

Digital Currency Group

Digital Currency Group memanggil dirinya sebagai “epicenter of the bitcoin and blockchain industry.” Misinya adalah untuk membina dan menyokong syarikat bitcoin dan blockchain dengan memanfaatkan pandangan dan modalnya. Digital Currency Group mempunyai pelaburan dalam Coinbase, Coindesk, Kraken dan banyak lagi protokol blockchain lain dalam portfolionya.

Coinbase Ventures

Coinbase Ventures ialah cabang pelaburan Coinbase, pertukaran terpusat (centralized exchange) yang popular untuk mata wang kripto. Walaupun beberapa dana venture capital kripto yang lain membuat pelaburan dalam Coinbase, Coinbase Ventures sendiri juga merupakan pelabur dalam projek seperti BlockFi, Compound, Starkware dan banyak lagi.

Binance Labs

Binance Labs adalah milik Binance iaitu satu lagi pertukaran terpusat (centralized exchange) yang terkenal. Binance Labs memanfaatkan Binance DEX untuk melabur dalam projek kripto baharu dan portfolionya termasuk pegangan posisi dalam Terra, Moonbeam, Coin98 dan juga projek-projek yang lain.

Baca juga: Apa Itu Reserve Rights (RSR)?

Dana Venture Capital Kripto Yang Terbesar

Firma venture capital kripto dan dana venture capital kripto pada asasnya adalah sama walaupun dana dalam kategori ini selalunya dimiliki oleh venture capital dan hedge fund yang disebutkan di atas.

Paradigm

Paradigm ialah dana venture capital kripto yang menyokong syarikat-syarikat kripto dengan pegangan posisi antara $1 juta dan $100 juta. Ia mengikuti pendekatan “flexible, long-term, multi-stage, and global” untuk pelaburan kripto dan membantu pasukan dengan soalan teknikal dan operasi. Contoh portfolio Paradigm termasuk Argent, Optimism dan Opensea.

Multicoin

Multicoin ialah “thesis-driven investment firm that invests in cryptocurrencies, tokens, and blockchain companies.” Ia adalah dana asal kripto yang mengambil bahagian dalam staking, pembubaran dan operasi kripto yang lain. Portfolionya termasuk pegangan posisi dalam Audius, Arweave dan Near Protocol.

Pantera

Pantera mennggambarkan dirinya sebagai “first U.S. institutional asset manager focused exclusively on blockchain.” Sejak 2013, Pantera telah melabur dalam infrastruktur blockchain yang utama seperti pertukaran, custodian, tool perdagangan institusi, kewangan terdesentralisasi (defi, decentralized finance) dan banyak lagi. Portfolionya mempunyai pegangan posisi dalam Coinbase, FTX, Polkadot dan lain-lain.

Draper VC

Draper Associates telah diasaskan pada tahun 1985 oleh Tim Draper dan telah bertukar menjadi firma venture capital untuk “industry-transforming companies.” Walaupun Draper juga mempunyai pelaburan dalam syarikat teknologi, pelaburan blockchainnya termasuk pegangan posisi dalam Bancor, MakerDAO dan Tezos.

Polychain

Polychain ialah venture capital yang memfokuskan pada aset digital berasaskan blockchain. Antara pelaburannya yang terkenal ialah dalam Acala, Celo dan dYdX.

Framework Ventures

Framework Ventures memfokuskan pada “the global transition to decentralized technology.” Sebagai “thesis-driven venture firm,” Framework Ventures bekerjasama dengan pengasas dan pasukan untuk membina ekonomi kripto dan komuniti berskala. Firma venture capital tersebut membuat beberapa pelaburan dalam dunia DeFi contohnya beberapa protokol seperti Fei, Rari dan Zapper.

3 Dana Defi Venture Capital Yang Terbesar

Selain dana venture capital kripto yang tertumpu pada pelaburan dalam teknologi blockchain dan syarikat kripto secara amnya, terdapat juga dana DeFi venture capital yang khusus. Venture capital ini selalunya mengambil pegangan posisi yang lebih kecil dan setanding dengan venture capital yang kecil dalam dunia teknologi teknologi.

PetRock Capital

PetRock Capital ialah venture capital yang berpangkalan di Singapura yang memfokuskan pada protokol multichain. Ia diasaskan oleh alumni dari Goldman Sachs, BCG, dan PwC. Pelaburannya termasuk Step Finance, Klima DAO dan Raydium.

TRGC

TRGC ialah dana DeFi yang berpangkalan di Amsterdam dan New York dan venture capital ini memfokuskan pada aplikasi DeFi. Portfolionya terdiri daripada pelaburan dalam Polkadot, Reef, KAVA dan startup berasaskan DeFi yang lain.

Fabric Ventures

Fabric Ventures ialah venture capital DeFi yang berpangkalan di London. Ia menyokong pelaburan dalam “open economy,” dengan tumpuan pada kewangan terdesentralisasi (defi, decentralized finance). Antara 20+ pelaburannya ialah pegangan posisi dalam Angle, Liquid dan Hashflow.

3 Dana Venture Capital Metaverse Yang Terbesar

Dengan kemunculan NFT sebagai teknologi blockchain utama, dana venture capital yang mengfokuskan pada NFT dan metaverse telah muncul. Sama seperti dana venture capital DeFi, venture capital ini kebanyakannya lebih kecil dan pakar melabur dalam projek metaverse dan GameFi sahaja.

Animoca Brands

Animoca Brands ialah salah satu peneraju dalam dunia firma venture capital metaverse dan telah disenaraikan dalam senarai Financial Times sebagai antara syarikat pertumbuhan tinggi di rantau Asia-Pasifik pada tahun 2021. Ia mempunyai pelaburan dalam beberapa projek metaverse dan NFT yang utama seperti The Sandbox, Axie Infinity, OpenSea, Dapper Labs dan beberapa projek yang lain.

Genblock Capital

Genblock Capital telah terlibat dalam dunia blockchain sejak awal 2017 dan merupakan dana venture capital dengan tumpuan pada kewangan terdesentralisasi (defi, decentralized finance) dan metaverse. Beberapa pelaburan berorientasikan permainan utamanya termasuk Aurory, Efinity dan Bloktopia.

Metapurse

Metapurse ialah dana pelaburan NFT dan studio pengeluaran yang pakar dalam mengenal pasti projek peringkat awal merentasi infrastruktur blockchain, kewangan, seni, koleksi unik dan harta maya. Ia mempunyai pelaburan dalam Decentraland dan Nifty Gateway.

Sumber bacaan daripada coinmarketcap, investopedia, corporatefinanceinstitution, blockchain council, coolgo, cointelegraph dan mycryptoversity

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!