Assalamualaikum dan salam sejahtera followers MyCryptoversity yang disayangi dan dirahmati Allah.
Agak lama saya tak berceloteh disegmen pendidikan ni, Kali ni saya nak berkongsi tentang Bitcoin Whales dan mengapa kita perlu kerap ikut pergerakkan mereka.
Bitcoin Whales atau Paus Bitcoin membuat lebih banyak berita utama dan mengemudi pergerakkan harga pasaran crypto berbanding dengan pelabur institusi dan pedagang runcit. Diatas alasan intuitif, pergerakan mereka berbaloi untuk kita perhatikan. Pegangan Bitcoin oleh pelabur institusi lebih tertumpu kepada pengawalan risiko, risiko turun naik dan manipulasi harga, tetapi pergerakan ikan paus mempengaruhi ekonomi permintaan-permintaan Bitcoin dan altcoins.
Tetapi Adakah ia sentiasa berulang?
Jika kita perhatikan dari setiap pergerakan mereka. Jawapannya adalah TIDAK! Berdasarkan data dari Bloomberg, pada masa ini, hampir 6.5 juta alamat Bitcoin Whales mengawal Bitcoin bernilai $100j USD, bandingkan dengan lebih daripada 40 Juta pengguna Coinbase yang memegang Bitcoin bernilai $100j USD.
Sekiranya terdapat satu kumpulan entiti yang paling berpengaruh mempengaruhi portfolio anda, ini tidak bermakna harga aset tersebut boleh terus bergerak, hanya paus Bitcoin sahaja yang boleh mempengaruhi strategi perdagangan kita
Ini meletakkan pengedaran Bitcoin dalam perspektif dan pengedaran ini mempengaruhi aliran perdagangan, kitaran pengumpulan dan peningkatan turun naik harga didalam CEX pertukaran kripto seperti Binance, Coinbase Pro, dll. Ketiga-tiga metrik ini berada di kedudukan teratas yang mempengaruhi harga Bitcoin diCEX pertukaran kripto.
Baca juga : Perlabur Tradisonal Kini Beralih Ke Crypto
Sebagai pedagang runcit, adalah sangat penting bagi kita agar sentiasa tetap berada di depan curve atau waves ini supaya kita dapat menyusun strategi perdagangan yang bersesuaian dengan pergerakan ikan paus. Kita perlu pandai membaca aliran masuk wallet, aliran keluar dan tekanan jual beli untuk menyesuaikan strategi perdagangan kita untuk memanfaatkan tren harga yang paling banyak berubah. Oleh kerana harga Bitcoin turun lebih dari 15% setelah mencapai ATH baru di atas $ 61000, kebanyakan pedagang runcit harian yang membeli melebihi $ 58330 (ATH sebelumnya) telah mengalami kerugian.
Data PNL yang dari whalemap menunjukkan bahawa kerugian dalam urus niaga Bitcoin kini melebihi 4 kali ganda daripada keuntungan dimana kebanyakkannya melibatkan pedagang harian. Ini menyumbang kerugian lebih dari $336j USD di rangkaian Bitcoin. Walaupun angka ini tidak membimbangkan, namun ini adalah jelas menunjukkan tanda bahawa pedagang harian membuat tempahan dagangan berdasarkan analisa teknikal semata-mata dan tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang betul, disamping kurang pengalaman didalam pasaran crypto dan oleh kerana corak pengumpulan ikan paus ini tidak berubah, angka kerugian yang ditanggung oleh pedagang runcit harian ini agak membimbangkan.
Pengumpulan wallet Bitcoin Whales di atas tahap $55,000 seperti yang ditunjukkan oleh gelembung hijau dalam carta di atas.
Metrik ini memberi isyarat bahawa Whales mungkin menyokong harga Bitcoin di atas $ 55000 minggu ini adalah aliran keluar masuk wallet address besar, walaupun bagaimana pun sekiranya ada pembetulan lebih lanjut, pengumpulan besar boleh berlaku pada paras $47,000 ia boleh dianggap sebagai ‘harga sakit’.
Ini bererti bahawa pembelian dan pengumpulan oleh Bitcoin Whales telah merosot di atas paras harga ini. Sekiranya penggabungan berterusan dan harganya boleh turun ke paras ‘harga sakit’ iaitu di $47,000, pengumpulan selanjutnya boleh menyebabkan peningkatan permintaan di CEX pertukaran kripto dan peningkatan aliran keluar Bitcoin dari CEX pertukaran kripto.
Kali terakhir kombinasi pergerakkan ini telah menyebabkan kenaikan harga Bitcoin ke paras $61, 683. Kali ini ada kemungkinan harganya berubah-ubah kerana dengan cara sebegini harga Bitcoin telah mencecah ATH baru lebih dari dua kali dalam kitaran pasaran semasa.
Adalah penting bahawa pedagang runcit harian memperhatikan perubahan arus pergerakkan Whales ini secara terperinci, ketika mana Whales bergerak keluar dari CEX pertukaran kripto dan memukul pertukaran derivatif.
Kalau korang selalu follow channel telegram MyCryptoversity, korang pasti saya sentiasa post pasal pergerakan Whales ni kat channel.
Kemerosotan baru-baru ini adalah titik pengumpulan yang lain, namun komposisi HODLer sebahagian besarnya sama seperti sebelum ATH. HODLer lebih cenderung membuat membuat keuntungan yang besar berbading dengan pedagang runcit harian.
Disamping HODLer, permintaan terhadap pasaran niaga hadapan Bitcoin (Bitcoin Futures) juga turut meningkat dan kini telah mencecah $21j USD.
“Alhamdulillah, baru nk berjinak2 dgn crypto (hujung thn 2020) tp nk cut learning curve terus roger Cikgu Mayee. Mmg berbaloi dgn fee level marhaen tp ilmu yg sgt2 bernilai. Xdinafikan boleh ja belajar thru google atau youtube tp seriously xkn sama bila berguru dgn cikgu yg involve dlm dunia crypto ni since 2013.
Dan yg penting lepas class still boleh follow up dlm group telegram so kita dpt duduk dlm group bersama rakan2 circle yg sama interest dgn kita dan dlm masa dpt bimbingan terus dari cikgu secara santai.”
Selepas ATH $23j USD pada hujung minggu lalu, kini Whales bergerak dengan tenang dan pedagang runcit harian masih mengikuti.
Dengan peningkatan leverage dan tekanan belian terhadap Bitcoin, pembukaan minggu depan bermungkinan akan melontar kembali Bitcoin ke paras $ 61,000 dan mungkin lebih tinggi lagi.
Wallahualam..
Terima kasih dan tahniah kerana korang baca sampai habis..
Sehingga kita berjumpa lagi di perkongsian akan datang, saya doakan semoga korang semua kaya berjaya dunia akhirat..aamiin
#DukKampungTakpeJanjiAdaCrypto