4 minit bacaan
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine lewat malam Rabu lepas mungkin akan membawa lebih banyak turun naik (volatility) kepada pasaran crypto, kata beberapa pakar.
Implikasi kewangan global hanyalah satu daripada banyak kos peperangan. Pakar-pakar juga takut akan jumlah kematian manusia yang besar dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengumumkan lebih daripada 100 rakyat Ukraine terbunuh selepas hari pertama pencerobohan itu. Pencerobohan itu juga telah menjejaskan kehidupan rakyat Ukraine apabila kebanyakan daripada mereka telah berusaha untuk melarikan diri dari negara itu ketika Zelensky menggesa orang lain untuk bersiap sedia untuk mempertahankan rumah mereka terhadap askar dan serangan Rusia.
Semasa perang berterusan, ketidaktentuan dalam pasaran kewangan global termasuk mata wang kripto pasti akan menyusul, kata pakar. “Tidak kira kelas aset, terdapat banyak turun naik (volatility) yang datang dengan peperangan,” kata Doug Boneparth, perancang kewangan bertauliah dan pengasas Bone Fide Wealth. “Ia akan menjadikannya lebih sukar bagi pelabur untuk kekal dengan strategi mereka.”
Sumber gambar daripada newsbtc.com
Bitcoin turun ke bawah $35,000 dan Ethereum turun ke bawah $2,400 sejurus selepas pencerobohan bermula walaupun kedua-duanya telah meningkat sejak itu. Bitcoin telah kehilangan hampir separuh nilainya sejak harga tertinggi pada bulan November iaitu $68,990 dan semua ini berlaku disebabkan ketegangan geopolitik baru-baru ini di Eropah, inflasi yang berlaku dan prospek kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan A.S. adalah antara faktor lain. Penurunan harga Ethereum adalah harga terendah sejak akhir Januari dengan pasaran saham global turut menjunam.
Tanpa tanda-tanda untuk perlahan terhadap apa yang digambarkan oleh Presiden Biden minggu ini sebagai tindakan perang di pihak Presiden Rusia Vladimir Putin, pakar berkata pelabur mata wang kripto harus menjangkakan lebih banyak turun naik pada masa hadapan.
Walaupun ini hanyalah turun naik biasa dalam pasaran kripto, pakar berkata pelabur harus kekal mengikut strategi jangka panjang. Inilah yang dikatakan oleh pakar kripto berkenaan turun naik pasaran kripto minggu ini, didorong oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Bagaimana Reaksi Pakar Terhadap Harga Kripto yang Tidak Menentu
Pakar-pakar berkata pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menjejaskan aset-aset berisiko manakala tempat perlindungan tradisional seperti emas dan dolar A.S. didagangkan lebih tinggi. Untuk pelabur kripto, inilah apa pakar katakan yang sedang menggerakkan pasaran sekarang:
Kripto Sedang Menjejaki Pasaran Saham
Kes untuk Bitcoin sebagai aset “selamat” seperti emas semakin lemah, oleh kerana turun naiknya dan peningkatan korelasi kepada pasaran saham, kata Ben McMillan, ketua pegawai pelaburan IDX Digital Assets. Untuk Bitcoin mengalami kenaikan yang berterusan melepasi $45,000, perlu ada “pemulangan selera risiko (risk-appetite) pelabur merentasi kelas aset yang mana buat masa ini nampaknya ia akan ditentukan sebahagian besarnya oleh kejadian di Ukraine,” McMillan berkata.
Walaupun kripto telah lama diperkatakan oleh penyokong sebagai aset yang tidak dikaitkan dengan pasaran kewangan tradisional, Boneparth berkata pasaran kripto bertindak balas terhadap berita Rusia menyerang Ukraine selari dengan pasaran saham.
“Pemerhatian pertama saya ialah sesuatu yang kami perhatikan sebelum ini iaitu kripto khususnya Bitcoin dan Ethereum adalah aset berisiko,” kata Boneparth. “Mereka naik dan turun sama seperti ekuiti. Anda menonton saham dijual semalaman dan sepanjang hari ini, dan anda menonton kripto hampir melakukan perkara yang sama.”
Boneparth berkata masa akan menentukan sama ada pelabur kripto hanya mengalami reaksi awal ‘tergesa-gesa’ terhadap situasi “Adakah kripto menghilangkan dirinya daripada dikaitkan dengan ekuiti atau adakah ia terus mengikuti corak yang sama seperti ekuiti? Kami akan mengetahuinya nanti, “katanya.
Baca juga: Mampukah Shiba Inu Mencapai $1 pada 2022?
Lebih Banyak Penggunaan Kripto Arus Perdana
Penggunaan kripto sebagai arus perdana (mainstream adoption) inilah yang menyebabkan pasaran kripto semakin bergerak selari dengan pasaran modal (capital market), kata Laura Shin, hos podcast kripto dan pengarang “The Cryptopians: Idealism, Greed, Lies, and the Making of the First Big Cryptocurrency Craze.” Faktor penentu untuk prestasi pasaran kripto dalam beberapa bulan akan datang ialah “sama ada golongan kripto yang setia atau lebih ramai orang yang didorong oleh makro mendorong naratif dan sama ada pedagang kripto dalam kedudukan berleveraj akan dihapuskan dan menyeret pasaran ke bawah bersama mereka, ” dia berkata.
Harga Merosot Dalam Beberapa Bulan Terkini
Reaksi pasaran kripto sekarang adalah “agak normal” kerana ia telah mengalami penurunan sejak beberapa bulan lalu, menurut Wendy O, pelabur kripto dan TikToker yang popular. Beliau berkata kita dapat lihat bahawa “tindakan harga menurun yang lebih tidak menentu dengan ketidakpastian global,” dan melainkan kita dapat keluar daripada aliran menurun semasa Bitcoin, pasaran akan “terus melihat paras tertinggi yang lebih rendah (lower highs).”
Apakah Maksud Ini untuk Pelabur?
Mata wang kripto ialah aset yang sangat tidak menentu (highly volatile), kualiti yang lebih ketara daripada biasa disebabkan oleh serangan Rusia ke atas Ukraine.
Pakar-pakar berkata perkara terbaik yang boleh dilakukan pelabur sekarang ialah bertenang dan elakkan reaksi mengejut terhadap perubahan dalam pasaran. Sebaliknya, berpegang pada strategi pelaburan jangka panjang anda. Jika anda tidak mempunyai rancangan jangka panjang, Boneparth sangat menyarankan untuk membuat rancangan sekarang.
“Berhati-hati agar tidak membuat kesilapan kewangan yang akan anda sesali di kemudian hari, kerana anda sama ada panik atau tidak dapat menangani turun naik yang berlaku,” kata Boneparth. “Keupayaan anda untuk kekal berdisiplin dan kekal melabur akhirnya akan membawa kepada kejayaan atau kegagalan.”
Walaupun mungkin tidak ada sebarang perubahan segera yang perlu dibuat oleh pelabur kripto, ia adalah peringatan yang baik bahawa aset kripto sangat tidak menentu. Itulah sebabnya pakar mengatakan kebanyakan pelabur harus berpegang pada dua mata wang kripto yang besar iaitu Bitcoin dan Ethereum dan hanya melabur apa yang mereka sanggup rugi atau tidak lebih daripada 5% daripada jumlah portfolio mereka.
Sentiasa utamakan aspek penting kewangan anda seperti menyimpan untuk kecemasan, membayar hutang faedah tinggi dan menyimpan untuk persaraan, sebelum melabur dalam mata wang kripto. Bagi tempat anda membeli dan berdagang kripto, kekal dengan pertukaran mata wang kripto bervolume tinggi seperti Coinbase atau Gemini, yang secara proaktif mematuhi pengawal selia persekutuan dan negeri yang sedang berkembang.
Sumber bacaan daripada time.com, coinmarketcap, newsbtc.com dan mycryptoversity
“Alhamdullilah, syukur saya dapat join kelas ckgu..sya bru cebur diri dlm dunia kripto ni 2 bulan..mula2 memang zero knowledge dan bila bca pon xphm..dalam kelas cikgu Mayee terang scara details, ringkas dan pdat.dan skrg sya dh phm mcm mna nk bca analysis fundamental dan pling pnting adalah kesabaran dalam melabur..terbaik cikgu..byak aset yg sya hold dah keuntungan lebih dri modal yg sya masuk.. trima kasih cikgu atas ilmu yg dicurahkn..”