Matawang kritpto telah mencetuskan fenomena dunia pada tahun 2020 sehingga kini. Populariti kripto meningkat secara mendadak dan menarik perhatian bukan sahaja para pelabur institusi dan pedagang runcit bahkan menimbulkan keterujaan sesiapa sahaja yang melihat rekod pergerakan harga dan potensi yang ada di dalamnya. Tidak kurang juga yang menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih dan kurang tepat yang menyebabkan berlakunya kekeliruan terutamanya kepada mereka yang baru berjinak-jinak mengenali matawang digital tersebut.

Benarkah kripto hanya berfungsi sebagai pengganti matawang fiat? Sebenarnya teknologi kriptografi telah digunapakai dalam bidang ketenteraan sejak Perang Dunia Ke-2 sebagai medium penyimpan data dan penghantaran/penerimaan isyarat rahsia. Teknologi tersebut semakin berkembang dan penggunaannya kini semakin meluas sehingga diadaptasi dalam dunia kewangan dan kehidupan harian. Matawang kripto juga dihasilkan menggunakan teknologi ini. Oleh itu, kita perlu memahami konsep dan kegunaan sebenar setiap matawang kripto ini agar kita dapat melakukan analisa asas (fundamental analysis) dan membuat keputusan pelaburan yang bijak.

Mari kenali secara ringkas 4 kategori matawang kripto.

1. Token Aset

Token ini mempunyai ciri-ciri sebagai penyimpan nilai. Token jenis ini kebanyakannya mempunyai bilangan yang terhad dan kalis inflasi. Bitcoin menepati ciri-ciri token aset dan disebabkan itu ia digelar sebagai digital gold. Selain itu, Non-Fungible Token (NFT) yang mewakili seni digital turut termasuk dalam kategori ini.

2. Token Pembayaran

Token jenis ini boleh digunakan sebagai medium pertukaran (membeli/menjual) di mana-mana platform pertukaran kripto. Ia dikenali sebagai stablecoin, contohnya USDT, USDC, DAI dan sebagainya. Namun begitu, penggunaan token pembayaran ini tidak terhad kepada stablecoin. Beberapa syarikat malah institusi pendidikan mula menerima Bitcoin untuk tujuan pembayaran. Malah negera seperti El Salvador telah mengumumkan untuk menjadikan Bitcoin sebagai legal tendar di negara tersebut.

Tokenize

3. Token Utiliti

Token jenis ini menjadi tulang belakang dalam pembangunan dan pengurusan sesebuah aplikasi dan entiti. Token seperti Ethereum telah berjaya membuktikan bahawa token jenis ini mampu membina sebuah ekosistem yang hebat dan mencabar industri kewangan apabila terciptanya DeFi (Decentralized Finance). Contoh lain ialah token BNB oleh Binance, boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi dalam Binance ekosistem seperti mendapatkan potongan harga 25% untuk on spot trading fee, mengakses penjualan token eksklusif, menempah hotel dan penerbangan dan melakukan staking untuk mendapatkan ganjaran.

4. Token Keselamatan

Token ini agak unik. Namun ia begitu penting dalam menterjemahkan nilai untuk aset-aset nyata seperti hartanah, kereta dan saham korporat. Token ini memberi jaminan kepada para pelabur aset tersebut bahawa pemilikan mereka adalah selamat dan dilindungi menggunakan blockchain ledger. Contoh token keselamatan adalah tZero, 22X dan BCAP.

Penggunaan kripto yang bersifat global menjadikannya sebagai aset yang berada pada kelas tersendiri. Oleh yang demikian, pendapat yang mengatakan bahawa kripto hanya berfungsi sebagai pengganti matawang fiat ternyata #MITOS semata-mata.

Sumber: The Economics Times, Investopedia

error: Content is protected !!