kredit gambar: medium.com
Ramai orang berkeinginan untuk terlibat lebih awal dalam projek NFT seperti Cryptopunks atau Axie Infinity. Projek berkaitan NFT tumbuh bak cendawan selepas hujan dan sudah tentu semakin sukar untuk menentukan projek yang mana yang terbaik. Setiap orang punya pendapat tersendiri tentang apa yang patut menjadi aset HODL dan projek mana yang perlu mereka dump.
Kryptomon dilihat sebagai satu projek NFT yang mempunyai masa depan yang cerah dan dijangka bakal menggegar dunia kripto. Team Esport.net telah menemuramah pengasas yang juga CEO Kryptomon, Umberto Canessa.
Jom kita lihat apa yang menarik tentang Kryptomon.
SOALAN Apakah Sumber Inspirasi Anda Sehingga Terciptanya Kryptomon
UMBERTO: Semasa zaman kanak-kanak, pada ketika itu terdapat dua permainan yang menjadi kegilaan anak-anak 90-an iaitu Pokemon dan Tamagotchi. Saya masih ingat pertama kali Tamagotchi saya menetas dan meminta makanan. Saya juga masih ingat ketika saya mula memasuki dunia Pokemon. Kedua-dua pengalaman itu terasa bagaikan magis dan sejak itu saya terus terpikat dengan keduanya.
Pada tahun 2017, satu konsep baru telah menghangatkan pasaran iaitu CryptoKitties. Idea yang diketengahkan begitu mudah tetapi genius. Dengan memanfaatkan blockchain Ethereum dan NFT, CryptoKitties menjadi satu permainan blockchain pertama yang dikenali ramai. Ia mencipta kucing digital, masing-masing dengan kod genetiknya yang unik yang dapat dimiliki, dibiakkan dan dilatih oleh pemain. Tidak akan ada dua ekor kucing yang serupa sama ada dalam platform permainan atau dalam koleksi setiap pemain. Jadi pemain adalah pemilik kepada koleksi digital mereka sendiri.
Saya boleh katakan bahawa Kryptomon lahir dari gabungan dua perkara iaitu kegilaan terhadap permainan zaman kanak-kanak dan minat yang mendalam terhadap ciptaan yang genius, hype terhadap GameFi, NFT dan matawang kripto.
SOALAN: Bagaimana Kryptomon Berbeza Dari Projek Crypto-Gaming Yang Lain.
UMBERTO: Apabila bercakap berkenaan Kryptomon, ia umpama CryptoKitties bertemu dengan Tamagotchi dan Pokemon. Projek ini telah menarik minat ramai, malah terdapat 100,000 orang telah menunjukkan minat dalam projek ini selama 9 hari pelancaran dibuat.
Kryptomon adalah makhluk digital yang unik, yang berbentuk NFT dan masing-masing mempunyai kod genetik yang unik. Kryptomon bukanlah satu file berformat .gif yang mewah, tetapi ianya hidup dan anda perlu memeliharanya sama seperti haiwan peliharaan. Kryptomon perlu diberi makan, membiak dan dilatih untuk menjadikannya lebih kuat dan statistiknya dapat diperbaiki. Oleh kerana setiap Kryptomon mempunyai kod genetik yang unik yang menentukan ciri fizikal dan tingkah lakunya, jika Kryptomon anda mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi, itu bermakna anda perlu meluangkan lebih masa bersamanya dan selalu memanjakannya. Permainan ini bukan sekadar memiliki NFT, tetapi ia sama seperti kita menjaga haiwan peliharaan yang sebenar. Setiap pemilik Kryptomon sebenarnya menjadi seorang “Trainer”.
Perbezaan Kryptomon dengan permainan NFT yang lain ialah kami berusaha untuk membawanya ke pasaran permainan arus perdana. Kami bekerjasama dengan beberapa pembangun permainan terkemuka di dunia. Kryptomon dibangunkan di Binance Smart Chain (BSC) dan kami yakin ianya dapat menarik minat gamers permainan arus perdana disebabkan gas fee yang berpatutan.
Kami sentiasa mengambil langkah untuk menyenangkan pengguna. Kami telah bekerjasama dengan institusi kewangan global, Simplex untuk memudahkan proses pemilikan atau pembelian telur (egg) dan $KMON (matawang yang digunakan dalam dunia Kryptomon). Ini merupakan projek kerjasama yang pertama Simplex berkaitan NFT.
SOALAN: Apa Masa Depan Yang Anda Rancang Untuk Kryptomon?
UMBERTO: Semasa saya bermain Pokemon ketika kanak-kanak, saya benar-benar merasakan saya hidup dalam dunia Pokemon dan bukan sekadar bermain. Saya sangat suka berada dalam dunia haiwan peliharaan dan pertempuran. Bayangkan diri anda berada dalam dunia yang dipenuhi raksasa comel yang semuanya unik yang mana anda bersama trainer yang lain berlumba-lumba untuk menjadi trainer yang paling hebat. Saya mahu mencipta dunia itu kembali. Malangnya, pada ketika ini tidak ada makhluk yang mempunyai kuasa semburan api dan mengawal air atau mungkin kami tidak menjumpainya.
Jadi di Kryptomon, kami ingin mencipta kembali dunia di mana anda boleh memelihara dan melatih raksasa anda yang unik dengan misi untuk meningkatkan ranking. Ianya satu dunia di mana trainer bukan hanya mahukan pertarungan tetapi mereka mesti ikatan yang kuat dan membesar bersama-sama raksasa mereka.
Semasa saya kecil, saya selalu bermimpi untuk bermain permainan seperti ini dan sekarang anak saya akan dapat menikmatinya.
SOALAN: Apakah Kesukaran Yang Pernah Dilalui dan Cabaran Pada Masa Hadapan
UMBERTO: Saya rasa cabaran terbesar yang kami hadapi setakat ini adalah berkaitan dengan kepercayaan. Permainan NFT merupakan sesuatu yang baharu dan disebabkan ianya berkait rapat dengan kripto, maka terdapat banyak keraguan dan ramai yang tidak melihat terlebih dahulu spesifikasi projek itu sendiri. Malangnya banyak projek di luar sana yang bersifat “pump and dump” yang hanya menguntungkan pembangun projek apabila harga token meningkat dengan sangat pantas.
Sungguhpun Kryptomon dibangunkan menggunakan teknologi kripto dan NFT, bukan bermakna ia suatu projek “pump and dump”. Teknologi yang kami gunakan membolehkan kami menawarkan satu pengalaman yang dinanti-nantikan oleh pengguna. Trainer akan mempunyai hak milik terhadap setiap raksasa sama seperti mereka memelihara haiwan peliharaan yang sebenar.
Kami membuat pelaburan dari segi masa dan usaha bagi memastikan setiap proses dapat dibangunkan dengan sempurna. Kami bukan satu team yang suka melaungkan slogan “when moon” atau “when lambo”. Projek ini adalah projek sebenar yang menghargai setiap mesej dan komuniti kami. Jadi, kami akan terus berjuang mengatasi setiap cabaran yang mendatang dan yang pasti kami mampu mengharunginya.
SOALAN: Apakah Yang Kryptomon Boleh Tawarkan Kepada Pengguna
UMBERTO: Ringkasnya saya percaya Kryptomon boleh menjanjikan satu keajaiban. Pengalaman setiap pengguna akan berbeza-beza bergantung kepada bila mereka memulakan pengembaraan dalam dunia Kryptomon. Contohnya jika mereka bermula dengan membeli telur, mereka boleh menyaksikan sifat Kryptomon mereka semasa raksasa tersebut membesar di dalam telur. Pemilik Kryptomon akan menjadi Trainer dan mereka boleh menyaksikan perkembangan sifat dan genetik setiap raksasa mereka.
Apabila telur menetas, trainer akan berjumpa dengan raksasa mereka dan mengetahui bagaimana rupa raksasa tersebut buat kali pertama. Setiap Trainer perlu tahu apa yang disukai dan dibenci oleh raksasa mereka. Setiap tindakan untuk membesarkan digital pet (seperti memberi makan, memeluk dll) adalah percuma bagi memastikan setiap Kryptomon mempunyai peluang untuk berkembang dan membesar.
Kryptomon hendaklah dipelihara sama seperti haiwan peliharaan yang sebenar. Latihan yang banyak akan menjadikan ia lebih kuat dan berkembang lebih cepat. Tetapi jika mereka ditinggalkan dan tidak dilatih dalam durasi yang lama, statistik mereka akan mula merosot. Ini bermakna anda perlu bermula semula dari awal dan akan mengalami kesukaran apabila memasuki fasa peperangan (battle phase).
Battle Phase dijangka bermula pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.
SOALAN: Apakah Yang Mendorong Anda Memasuki Dunia Kripto?
UMBERTO: Saya mula terjebak dalam dunia kripto pada tahun 2011, sebelum ia memasuki pasaran arus perdana. Percayalah kripto pada masa itu tidak seperti apa yang kita lihat sekarang.
Saya jatuh hati dengan idea kripto itu sendiri walaupun pada masa itu hanya ada Bitcoin di pasaran dan ia amat jarang digunakan dalam permainan. Pada waktu itu konsep matawang kripto lebih mudah untuk difahami berbanding dunia kripto sekarang. Saya boleh kata yang saya tidak melihatnya sebagai sebuah pelaburan. Tetapi saya gembira dengan cara saya memahami kripto. Walaupun saya tidak dapat mengaut banyak keuntungan, ia telah menjadi satu passion yang dapat saya gunakan dalam penghasilan projek seperti Kryptomon.
SOALAN: Apa Yang Anda Boleh Lihat Tentang Masa Depan Crypto Gaming Jika Dibandingkan Dengan Populariti Esport, Mobile Gaming dan Realiti Maya?
UMBERTO: GameFi dilihat semakin popular dalam beberapa tahun ini. Sebilangan besar orang pernah mendengar tentang Axie Infinity, Gods Unchaines dan Splinterlands. Terdapat lebih 3 bilion gamers dalam dunia ini dan saya rasa semakin ramai gamers yang akan memasuki dunia crypto gaming. Ada beberapa kemungkinan mengapa mereka masih belum menceburi dunia crypto gaming. Mereke mungkin rasa yang dunia kripto tidak selamat atau sukar diakses atau mereka sebenarnya tidak memahami dunia kripto.
Jadi salah satu misi kami di Kryptomon adalah untuk merapatkan jurang antara dunia kripto dan dunia permainan arus perdana dan menjadikan GameFi boleh diakses untuk semua orang. Crypto gaming dan NFT memberi nafas baru dalam dunia gaming. Lebih ramai orang terlibat dalam “Play to Earn” bermakna lebih ramai gamers dapat memperoleh pendapatan dan membuat pelaburan melalui gaming di samping keseronokan dan kegembiraan bermain game.
SOALAN: Bagaimana Crypto Gaming Ini Dapat Berkembang Di Negara Anda? Bagaimana Penerimaan Keluarga Dan Rakan-rakan Anda?
UMBERTO: Kripto masih belum menjadi topik arus perdana. Apabila anda mula memperkatakan tentang crypto gaming, ia sama sekali suatu dunia yang baru dan ramai orang masih tidak atau kurang memahaminya. Saya rasa ramai orang di seluruh dunia tidak mengetahui tentang crypto gaming.
Saya percaya dunia gaming boleh membantu perkembangan dan penerimaan teknologi blockchain terutamanya sesiapa yang berada di luar dunia kripto dan mereka yang sedang mengusahakan projek kripto. Bermain crypto game memerlukan komitmen kerana anda perlu faham langkah demi langkah dalam aturan permainan dan tidak semua orang mampu memberikan masa.
SOALAN: Apakah Nasihat Anda Kepada Gamers Yang Berminat Menceburi Crypto Gaming Tetapi Masih Tidak Pasti Tentangnya
UMBERTO: Kepada sesiapa yang tidak pasti tentang crypto gaming dan bagaimana mahu mula, saya nasihatkan mereka supaya buat kajian terlebih dahulu. Terdapat banyak panduan dan tip untuk beginner di luar sana. Sesetengah orang gemar berkongsi keburukan kripto secara umum, tetapi saya rasa mereka sebenarnya masih belum faham tentang kripto dan enggan mengadoptasi sesuatu yang baru. Contohnya, mereka kata kripto boleh digunakan dalam pengubahan wang haram atau oleh organisasi jenayah. Tetapi mereka lupa wang tunai juga boleh digunakan untuk tujuan yang salah.
Jika anda masih kurang pasti, kami sedia membantu. Mungkin saya tidak dapat berhubung dengan semua orang, tetapi kami di Kryptomon akan membantu anda sebagai sebuah komuniti. Anda boleh mendapatkan info dan berhubung dengan kami melalui Twitter, Telegram dan Discord. Komuniti Kryptomon adalah sebuah keluar besar yang selalu mengalu-alukan anda dan sedia membantu.
Sumber: Esport.Net
“Saya batch December 2020. Sebelum ni hampir setahun saya membaca tulisan tuan guru Mayee Nazrich . Pembacaan bertambah semenjak PKP dilancarkan. Daripada zero saya belajar sikit demi sedikit.Saya memberanikan diri buka akaun dan mula invest. Mula- mula- sembunyi daripada pasangan. Dari hari ke hari nampak ‘ grow’ . Saya ajak suami. sampai hari ini kami terus tingkatkan dan jadi Hodler. Kami tak trading tapi buat weekly DCA . Apabila kita berguru banyak benda yang kita perolehi.Ilmu kripto ni luas. Saya pun tidak menyangka boleh tahu banyak istilah berkaitan lebih-lebih lagi apabila berada dalam circle yang saling menyokong. Kini saya dan suami sudah mempunyai 6 portfolio. Tak banyak tapi telah bermula. Ada port yang telah untung 1000%. Kepada semua yang masih teragak agak, masih belum terlambat. Perjalanan jauh bermula dengan langkah Pertama. Jom kripto.”
#DukKampungTakpeJanjiAdaCrypto