KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Luno, Marcus Swanepoel Majlis Pelancaran Semula Pertukaran Mata Wang Kripto Pertama di Malaysia di Hilton Kuala Lumpur. – Foto NSTP/Nurul Shafina Jemenon

KUALA LUMPUR: Luno melancarkan semula platform perkhidmatan tukaran mata wang kriptonya selepas menjadi penyedia perkhidmatan kripto pertama di Malaysia yang memperoleh kelulusan penuh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada bulan lalu.

Menerusi pelancaran itu, platform Luno kini beroperasi secara rasmi bagi menawarkan akses kepada pengguna di Malaysia melakukan tukaran ringgit kepada mata wang digital iaitu Bitcoin atau Ethereum; dan menguruskan dagangan aset mata wang kripto itu menerusi platformnya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Luno, Marcus Swanepoel, berkata kelulusan daripada badan pengawal seliaan seperti SC itu menunjukkan sektor kewangan yang kini mula mengadaptasikan aset digital baharu dan teknologi blockchain.

Katanya, kelebihan platform tukaran mata wang yang dikawal selia seperti itu memberikan ketelusan dalam perniagaan dan perlindungan pengguna selain menyediakan pelan tindakan menggalakkan kerjasama agensi bagi menjalankan kajian kes perintis.

Sila Klik Photo Untuk Buka Akaun LUNO Percuma

“Malaysia menjadi pasaran yang berada di barisan hadapan dalam penggunaan mata wang kripto. Ini memberikan peluang kepada pelabur, peniaga dan individu di Malaysia untuk memaksimumkan faedah simpanan kewangan baru seperti ini.

“Menerusi kerjasama dengan pelanggan kami, kami berhasrat supaya mereka dapat membeli, menjual dan menyimpan mata wang kripto Bitcoin dan Ethereum dengan selamat selain aset digital lain yang akan diluluskan SC pada masa depan,” katanya pada majlis pelancarannya di sini, hari ini.

Selepas menubuhkan cabang operasi Malaysia sejak 2015, Luno mula mendapat sambutan tinggi sehingga meletakkannya sebagai platform tukaran aset digital terbesar negara pada 2017, sebelum terbabit dalam membantu pengawal selia membentuk rang undang-undang peraturan kripto di Malaysia.

Apabila melancarkan semula perkhidmatannya pada akhir Oktober, Luno menyaksikan aktiviti dagangan aset digital lebih RM2.5 juta dalam tempoh hanya 10 hari.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri, berkata langkah Malaysia membenarkan penyedia perkhidmatan mata wang digital beroperasi menerusi kawal selia undang-undang itu menunjukkan keterbukaan negara kepada inovasi kewangan generasi masa depan.

Katanya, Luno Malaysia kini menjadi pengendali pasaran yang pertama diiktiraf untuk menyediakan perkhidmatan, menguruskan dan menyelenggara tukaran mata wang kripto di Malaysia.

“MDEC sentiasa berusaha meningkatkan Malaysia menjadi nadi digital di ASEAN. Bagi mencapainya termasuklah memerlukan usaha menyokong syarikat yang menyediakan produk dan perkhidmatan berkaitan krypto bagi memacu inovasi perkhidmatan kewangan,” katanya.

Kredit : Che Wan Badrul Alias, chewan@bh.com.my

Dapatkan maklumat terkini berkenaan Kripto di Channel Telegram dan Facebook Page kami

error: Content is protected !!