kredit gambar: oobit

Pada 21 Oktober yang lalu, Ethereum berjaya mencipta harga tertinggi pada paras $4,400. Pada 10 November ETH sekali lagi mencatat harga tertinggi sekitar $4,800. Pergerakan ini selari dengan kenaikan harga Bitcoin yang turut mencipta harga tertinggi. Pada ketika pasaran sedang berada dalam fasa bull, rangkaian lapisan-1 (layer-1 atau L1) turut mendapat tempias kenaikan.

Rangkaian layer-1 ini juga adakalanya digelar sebagai pembunuh Ethereum (Ethereum Killer). Terdapat banyak projek yang mewar-warkan mereka berkemampuan membunuh Ethereum. Namun hakikatnya sehingga kini Ethereum masih utuh sebagai raja aplikasi terdesentralisasi (dApps). Buktinya ialah apabila satu projek baru untuk aplikasi blockchain ingin dibangunkan, Ethereum tetap menjadi pilihan para pembangun.

Walaupun para pembangun begitu selesa dengan Ethereum, masalah penskalaan dalam Ethereum masih belum ada penyelesaian. Masalah tersebut menjadi tumpuan sekali lagi apabila decentralized finance (DeFi) menjadi topik hangat pada tahun 2020. Kehangatan DeFi telah mendedahkan kelemahan kebolehskalaan (scalability). Ini ditambah lagi dengan kemunculan NFT pada tahun 2021 yang menyebabkan kesesakkan trafik dalam rangkaian Ethereum. Kesesakan dalalm rangkaian Ethereum telah mengakibatkan kenaikan bayaran gas (gas fee) sehingga beberapa ratus dolar untuk satu transaksi.

Keadaan ini menyebabkan para pembangun mula mencari alternatif baru termasuk menggunakan solusi lapisan-2 (layer-2) atau mempraktik multi-chain bagi membolehkan pengguna mereka menikmati yuran transaki yang rendah dan masa pemprosesan yang lebih cepat.

Kebanyakan rantaian layer-1 hari ini dicipta untuk menyelesaikan trilemma yang dihadapi oleh blockchain iaitu kebolehskalaan. Masalah sebegini amat sukar atau mustahil dapat diatasi tanpa menjejaskan 2 aspek utama iaitu keselamatan dan ciri-ciri desentralisasi. Polkadot, Solana dan Fantom masing-masing cuba untuk meletakkan rantaian mereka sebagai alternatif kepada Ethereum.

Terdapat banyak projek layer-1 yang cuba mencabar Ethereum sekurang-kurangnya dalam aspek pasaran modal dan efek rantaian. Salah satu pencabar utama Ethereum adalah CARDANO ($ADA). Ramai yang percaya projek yang dibangunkan dan diterajui oleh pengasas bersama Ethereum ini bakal menjadi pencabar yang hebat. Namun begitu, selepas pelancaran kontrak pintar Guguen, harga ADA dilihat tidak mengalami banyak perubahan walaupun penerimaan terhadap rantaian L1 yang lain semakin meningkat dan mengalami lonjakan harga.

Cardano adalah salah satu blockchain L1 yang enggan berkompromi dengan attribute yang mereka ada demi melaksanakan kebolehskalaan. Sama seperti Ethereum, Cardano tidak mengambil jalan pintas dan sentiasa mempunyai visi yang besar untuk masa depannya serta mendapat sokongan daripada komuniti yang kuat.

Persoalannya, mampukah Cardano menjadi pencabar Ethereum? Adakah ADA mengambil masa terlalu lama untuk mengatasi ETH? Jom kita lihat kemampuan Cardano yang sebenar.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK di sini untuk mendaftar

SEJARAH RINGKAS CARDANO

Pengasas Cardano, Charles Hoskinson merupakan pengasas bersama Ethereum bersama-sama dengan Vitalik Buterin dan Gavin Wood. Pada tahun 2014, Vitalik dan Hoskinson telah memilih haluan masing-masing selepas berlaku perselisihan faham antara keduanya.

Hoskinson memulakan syarikat matawang kripto yang baru, Input Output Hong Kong (IOHK) dan membangunkan Cardano. Beliau kemudiannya telah bekerjasama dengan beberapa entiti seperti Emurgo untuk membangunkan projek kripto bernilai $100 bilion.

Cardano dan Ethereum

Pada 21 Oktober tahun ini, ADA telah menduduki tempat ke-4 dari segi pasaran modal matawang kripto. Sementara ETH masih unggul di tangga ke-2 dengan pasaran modal bernilai $509.58 di belakang BTC dan nilai ini adalah tujuh kali ganda nilai pasaran modal milik ADA.

Dengan jurang yang begitu ketara dalam nilai rangkaian ini, adakah Cardano berupaya menjadi pembunuh Ethereum? Jom kita buat perbandingan antara dua protokol yang hebat ini.

STRATEGI PEMBANGUNAN

Ethereum

Dalam strategi pembangunan, Ethereum menggabungkan dua aspek utama iaitu pertama, keterbukaan dan semangat kerjasama di kalangan komuniti pembangun yang menggunakan open-source dan kedua ialah pendekatan “move fast and break things” (slogan yang pernah dipopularkan oleh Facebook) yang sering diterapkan dalam budaya start-up. Walaupun Ethereum dibangunkan hanya dua tahun lebih awal dari Cardano, Ethereum berjaya melancarkan kontrak pintarnya dengan pantas dan membuka sektor baru dan berkembang pesat.

Namun begitu, sistem Ethereum juga memiliki kelemahan. Terdapat beberapa pepijat (bug) yang masih membelenggu Ethereum dan merunsingkan para pelabur. Contonya pada tahun 2016, DOA bug yang telah mengakibatkan sejumlah $60 juta ETH dicuri. Malahan masih terdapat masalah dalam kod Ethereum. Kejadian terbaru ialah pada bulan Ogos lepas apabila berlakunya rangkaian yang tiba-tiba berpecah menjadi dua rangkaian berasingan.

Cardano

Model pembangunan Cardano adalah berpaksikan pendekatan “get it right the first time” yang mana ia berasaskan kepada penyelidikan akademik, peer review dan pengesahan rasmi.

Penyelidikan Akademi – pendekatan sistematik untuk membina blockchain dan mencari penyelesaian

Peer Review semua kod akan disemak oleh panel pakar dalam bidangnya sebelum digunakan

Pengesahan Rasmi – semua perisiannya disahkan secara matematik bagi memastikan ketepatan perisian.

Cardano memfokuskan kepada 3 teras iaitu scalability, interoperability dan sustainability dalam pengendalian dApps. Walaupun perkembangan Cardano boleh dikatakan agak perlahan kerana mengambil masa selama 6 tahun untuk melancarkan kontrak pintarnya tetapi pendekatan yang digunakan telah terbukti berkesan sehingga berjaya mewujudkan komuniti dan pengguna ADA yang besar dalam 6 tahun ini.

Ramai pakar menganggap rangkaian L1 sudah menjadi “overvalue” memandangkan kurangnya projek yang dibangunkan menggunakan rangkaian L1 jika dibandingkan dengan rantaian yang memiliki pasaran modal yang lebih kecil seperti Polkadot dan Solana. Malahan kebergantungan Cardano pada sistem academic peer review dilihat seperti tidak masuk akal. Ethereum pula terus dibelenggu isu kebolehskalaan dan bayaran gas fee yang tinggi.

MEKANISME KONSENSUS

Setakat hari ini, mainnet Ethereum masih lagi menggunakan konsensus proof-of-work (PoW) yang memerlukan transaksi perlu dilombong untuk ditambahkan ke dalam blockchain. PoW sering dikritik kerana penggunaan tenaga yang tinggi dan memberi kesan kepada alam sekitar. Ini menjadikannya tidak efisyen sebagai sistem operasi dan tidak mampan untuk mengendalikan dApps.

ADA menggunapakai konsensus proof-of-stake (PoS). Dalam model PoS, pengesahan transaksi dilakukan oleh staker dan penggunaan tenaga adalah kurang. Ini menjadikan PoS sebagai alternatif kepada PoW dalam pengendalian kontrak pintar. Jadi ADA memiliki kelebihan berbanding ETH dalam aspek ini. Namun begitu, Ethereum akan beralih ke model PoS untuk ETH 2.0 dan penggabungannya dijangka lengkap pada tahun 2022.

KONTRAK PINTAR

Cardano menggunakan model perakaunan yang dipanggil extended unspent transaction output (eURXO). Ini adalah model perakaunan Bitcoin yang dinaik taraf dengan penambahan kontrak pintar, menyokong pelbagai aset dan berfungsi sama seperti wang tunai.

Ethereum pula menggunakan model akaun/baki yang mana coin disimpan dalam akaun pengguna sama seperti cara bank beroperasi.

Model eUTXO oleh Cardano dikatakan memudahkan pelaksanaan kontrak pintar dan membolehkan pembangun membina aplikasi dengan lebih mudah berbanding Ethereum.

Walau bagaimanapun, fungsi kontrak pintar oleh Cardano baru sahaja dilaksanakan. Ini bermakna ianya masih belum benar-benar diuji di lapangan sebenar. Malahan terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi semasa melancarkan testnet berasaskan Cardano, Minswap. Tambahan lagi, belum ada mana-mana Decentralized Exchange (DEX) yang beroperasi di Cardano setakat Oktober 2021.

Walaupun mempunyai beberapa kelemahan, sekurang-kurangnya kita tahu Ethereum itu berfungsi. Sehingga kita dapat melihat banyak dApps beroperasi di Cardano, ETH masih lagi pemenang untuk segmen kontrak pintar.

KEBOLEHSKALAAN

Ethereum masih lagi mencuba untuk menyelesaikan masalah kebolehskalaan yang masih membelenggu mereka. Sehingga sekarang ETH masih menggunakan PoW yang menyebabkan gas fee yang tinggi dan masa pemprosessan transaksi yang perlahan. Punca utama adalah disebabkan keterbatasan pada saiz blok. Saiz blok perlu diubah atau dipertingkatkan dengan sangat berhati-hati kerana mungkin mengancam ciri-ciri desentralisasi itu sendiri. Semakin besar saiz blok, semakin besar ruang storan yang diperlukan. Ini sudah pasti mewujudkan kesukaran kepada penglibatan pelombong kecil-kecilan.

ADA tidak dibelenggu masalah sedemikian. ADA memliliki multi-layer framework yang terdiri daripada separate settlement layer dan computational layer. Cardano Settlement Layer (CSL) menyelesaikan transaksi dalam rangkaian manakala Cardano Computational Layer (CCL) berfungsi sebagai tulang belakang dalam rangkaian yang menyokong ciri-ciri kontrak pintar.

Sehingga kini, protokol manakah yang lebih baik masih lagi menjadi persoalan kerana kontrak pintar Cardano belum benar-benar menjadi penanda aras. Jika dinilai dari segi daya pengeluaran sahaja, pasti ADA memiliki kelebihan kerana boleh memproses 257 transaksi sesaat berbanding 15 transaksi sesaat yang dilakukan oleh ETH. Tetapi sekarang kedua-duanya cuma bersaing sebagai platform dApps dan bukannya platform pembayaran. 

Kedua-duanya masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk isu penskalaan. Ethereum menjangkakan ETH 2.0 berupaya memproses 100,000 transaksi sesaat apabila bergabung dengan solusi L2 seperti Optimistic Rollups. ADA pula akan melaksanakan solusi L2 yang dipanggil Hydra dan membolehkan Cardano berpotensi memproses 1 juta transaksi sesaat.

Tahukah anda TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK di sini untuk mendaftar

Tokenize

MAMPUKAH CARDANO MEMBUNUH ETHEREUM?

Sejujurnya Cardano masih belum mampu mencabar kedudukan Ethereum. ETH masih lagi utuh dan mendominasi solusi L1. Cardano juga dilihat masih jauh ketinggalan dengan pesaing terdekat seperti Solana yang semakin diterima ramai. Walau bagaimanapun, ADA berjaya menguasai sebahagian besar pasaran ETH.

Walaupun ADA memiliki fundamental yang kuat dan pelan pembangunan yang baik, tetapi masih terdapat banyak perkara yang perlu dibuktikan terutamanya dalam fungsi kontrak pintarnya. Selain itu, proses naik taraf Cardano mengambil masa yang lama kerana perlu melalui proses yang begitu teliti sebelum dilancarkan.

Ethereum juga turut merasa tekanan apabila ramai pengguna mula merungut tentang rangkaiannya yang perlahan dan mahal. Walaupun ETH masih lagi memegang takhta sebagai raja dApps, kehadiran pesaing seperti Cardano dan yang lain-lain turut membuatkan ETH tidak senang duduk.

Sumber: coinmarketcap

error: Content is protected !!