Persaingan antara blockchain lapisan-1 amat sengit terutamanya pada tahun 2021 semenjak aplikasi terdesentralisasi (DApps) dan token non-fungible (NFT) menjadi kegilaan ramai. Tahun 2020 adalah tahun kegemilangan buat Ethereum sebagai pemacu utama, tetapi pada tahun 2021 kebangkitan protokol-protokol lapisan-1 seperti Solana telah memberi saingan kepada Ethereum terutamanya apabila ia menjanjikan proses transaksi yang lebih pantas dengan kos yang lebih murah. Ini isu yang cuba diatasi oleh Ethereum menerusi penambaikan dalam Ethereum 2.0.

Walaupun Solana dan Ethereum mempunyai peminat dan penyokong masing-masing, Ethereum dilihat mempunyai kelebihan kerana dapat menawarkan ekosistem DApps yang lebih telus dan hebat. Tetapi sudah pasti kedua-dua blockchain ini mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Jom kita fahami apakah perbezaan antara SOLANA dan ETHEREUM ini dari segi teknologi asas, ciri teras yang ditawarkan dan kemajuan ekosistem DApps yang dibangunkan pada kedua-dua blockhain ini.

TEKNOLOGI ASAS

Salah satu faktor utama yang memisahkan Ethereum dan Solana ialah teknologi asas. Masing-masing mempunyai mekanisme konsensus yang berbeza dan keunikan tersendiri dalam menyelesaikan masalah kebolehskalaan.

ETHEREUM

Mekanisme Konsensus

Ethereum 1.0 menggunakan mekanisme Proof-of-Work (PoW sama seperti Bitcoin. Rangkaian ini melibatkan ratusan ribu atau mungkin berjuta-juta pelombong yang perlu melakukan “staking” menggunakan peralatan pengkomputeran mereka. Walaupun cara ini dapat memastikan rangkaian ini sentiasa kekal terdesentralisasi dan sukar diceroboh, ia juga mengakibatkan rangkaian tidak dapat memproses transaksi yang banyak dalam masa sesaat.

Seni Bina “Stateful”

Ethereum dibangunkan menggunakan seni bina “stateful”. Ini bermakna, jika berlaku transaksi baharu, seluruh rangkaian atau kesemua pelombong mesti merekodkan dan mengemas kini transaksi tersebut. Contohnya, Alice ingin menghantar $10 kepada Bob melalui Ethereum dan terdapat 10,000 pelombong dalam Ethereum. Maka kesemua 10,000 pelombong tersebut perlu merekodkan dan mengemaskini transaksi yang dilakukan oleh Alice dan Bob.

Inilah sebabnya proses transaksi dalam Ethereum 1.0 tidak murah dan lambat jika dibandingkan dengan blockhain lain yang mempunyai ciri “stateless” seperti Solana.

SOLANA

Mekanisme Konsensus

Solana menggunakan algoritma yang dikenali sebagai Proof of History (PoH). PoH memerlukan langkah pengiraan yang berturutan bagi menentukan masa antara dua transaksi secara kriptografi. PoH menjadikan keseluruhan rangkaian lebih cekap dan pantas kerana setiap nod tidak perlu berkomunikasi sesama sendiri untuk membuat pengesahan blok. Sebaliknya mereka hanya perlu bersetuju dengan susunan masa transaksi yang didaftarkan pada rantaian.

Seni Bina “Stateless”

Solana dibangunkan menggunakan seni bina “stateless” dan ini membantu mengurangkan penggunaan memori. Memandangkan setiap transaksi tidak perlu dikemaskini oleh semua nod, proses transaksi menjadi lebih cepat dan mudah. Ini menjadi faktor Solana tidak mengalami masalah kebolehskalaan.

CIRI-CIRI TERAS

ETHEREUM

Walaupun Ethereum mempunyai keterbatasan dalam memproses sejumlah transaksi yang besar, ia lebih menonjol dari segi terdesentralisasi. Tidak mudah untuk menjadi validator dalam rangkaian Ethereum dan ini adalah salah satu ciri dalam terdesentralisasi. Bagi mengimbangi kelemahan dalam peningkatan kebolehskalaan, Ethereum memerlukan pertolongan dari solusi lapisan-2.

Teknologi

Ciri utama Ethereum sejak dilancarkan ialah ia merupakan bahasa Turing secara keseluruhannya. Ini bermakna ia boleh menyokong variasi dalam kebolehprograman yang memudahkan penciptaan pelbagai kontrak pintar. Ethereum menggunakan Solidity sebagai bahasa pengaturcaraan untuk pengekodan kontrak pintar.

Ethereum adalah salah satu perintis dalam penciptaan kontrak pintar dalam rantaian terdesentralisasi.

Penskalaan

Ethereum 1.0 boleh memproses kira-kira 13-15 transaksi sesaat, jadi ia bukanlah satu blockchain yang pantas. Masalah penskalaan dalam blockchain lapisan-1 seperti Ethereum dapat diatasi oleh blockchain lapisan-2 seperti state channels, sidechains, Plasma (Polygon), Validium dan rollups (Optimism). Solusi lapisan-2 turut menyokong pelbagai rangkaian bagi memperkasa kebolehskalaan Ethereum tanpa mengabaikan faktor keselamatan.

Non-Fungible Token (NFT)

Ethereum adalah salah satu protokol utama yang membantu memanfaatkan teknologi blockchain dalam penciptaan koleksi digital. Walaupun, koleksi digital menjadi fenomena pada tahun 2021, tetapi sebenarnya NFT telah lama digunakan untuk pelbagai tujuan. Aplikasi pertama yang mendapat perhatian dunia ialah Cryptokitties yang berjaya menyebabkan kesesakan dalam rangkaian Ethereum.

Stablecoin

Stablecoin adalah nadi utama decentralized finance (DeFi). Stablecoin boleh dianggap sebagai matawang biasa sama seperti USD. Perbezaannya cuma stablecoin adalah matawang kripto yang disandarkan kepada matawang fiat. Memandangkan majoriti matawang kripto mengalami turun naik harga yang amat ketara dan pantas, jadi lebih elok jika terdapat satu jenis matawang kripto yang disandarkan kepada satu unit matawang fiat untuk memudahkan pertukaran matawang berlaku.

SOLANA

Solana memiliki kelebihan melalui kebolehannya memproses satu block dalam setiap 400 milisaat dan rekod transaksi sesaat. Ini membolehkan Solana menjadi salah satu blockchain lapisan-1 yang terpantas.

Kelajuan Transaksi

Solana menggunakan Tower Byzantine Fault Tolarance iaitu versi Practical Byzantine Fault Tolerance yang telah dipertingkatkan. Jadi nod tidak perlu untuk berkomunikasi antara satu sama lain secara real-time dan ini meningkatkan kecekapan secara keseluruhan.

Tambahan lagi, Solana menggunakan Gulf Stream yang dikatakan mampu mempercepatkan transaksi. Gulf Stream merupakan pemaju transaksi tanpa mempool yang membolehkan validator menyelesaikan transaksi lebih awal dari masa yang ditetapkan. Ini membolehkan Solana memproses lebih 50,000 transaksi dalam sesaat.

Kebolehskalaan

Keistimewaan Solana ialah ia tidak memerlukan solusi lapisan-2 untuk meningkatkan kebolehskalaan. Komponen utama yang menjadi pendukung kebolehskalaan dalam Solana ialah protokol Turbine block propagation. Protokol ini membantu memecahkan data kepada pecahan-pecahan yang lebih kecil bagi memudahkan pemindahan data ke seluruh rangkaian. Protokol Sealevel pula membantu dalam pemprosesan transaksi merentas GPU dan SSD.

Oleh yang demikian, gabungan ciri-ciri hebat ini dilihat menjadikan Solana satu blockchain berpotensi dalam mempertingkatkan kebolehskalaan, lebih efisen dan murah.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

EKOSISTEM DeFi

Ekosistem DeFi dalam Ethereum dilihat lebih pelbagai kerana Ethereum wujud lebih awal daripada Solana. Dalam perkembangan terkini, Ethereum telah melancarkan beberapa acara dalam strategi pemasarannya termasuk hackathon dan bug bounty program. Acara sebegini dibuat untuk menarik minat lebih ramai pengguna dan pembangun ke rangkaiannya.

ETHEREUM

DApps yang sering diperkatakan tentang ekosistem DeFi di Ethereum ialah Sushi. Sushi adalah salah satu pertukaran matawang kripto terbesar yang berkonsepkan peer-to-peer tanpa buku yang memudahkan penjualan dan pembelian token. Prestasi Sushi amat mengagumkan sejak pelancarannya pada September 2020.

Selain Sushi, Compound juga merupakan salah satu pemacu utama di sebalik musim panas DeFi pada tahun 2020. Ia adalah platform pinjaman di Ethereum yang menyaksikan peningkatan yang besar dalam jumlah peminjamannya.

Tahun 2021 pula menyaksikan peningkatan terhadap jumlah dagangan projek NFT di Ethereum. Beberapa galeri seni utama seperti Sotheby turut menyenaraikan karya artis utama menjadi NFT.

SOLANA

Solana masih bertatih dalam pelaksanaan ekosistem DeFi. Sehingga kini pelbagai DApps telah dilancarkan. Ini adalah hasil hackathon dan strategi pemasaran yang meluas bagi menarik minat pengguna. Solana sendiri telah memperoleh lebih $12bilion jumlah nilai terkunci (total value locked – TVL) di semua DApps miliknya.

Salah satu Dapps terbesar dalam Solana ialah Raydium. Ia dilancarkan pada April 201 dan berjaya menguruskan dagangan lebih $1.8bilion.

Ekosistem Solana masih berkembang memandangkan blockchain ini masih baru. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan dalam bilangan pengguna di Solana akibat kenaikan yuran gas yang tinggi di Ethereum.

Peningkatan ini agak jelas. Contohnya, jumlah dagangan di Mango Market berjaya meningkat dari $28 juta ke lebih $130 juta dalam masa kurang daripada sebulan. Mango Market adalah applikasi pertukaran terdesentralisasi bagi dagangan leverage di Solana.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto. CLICK untuk mendaftar.

Soal Jawab Ringkas – Ethereum vs Solana

Soalan: Apakah berbezaan antara Ethereum dan Solana

Jawapan: Ethereum dan Solana berbeza dari beberapa segi termasuk teknologi asas dan mekanisme konsensus yang digunapakai. Ethereum menggunapakai konsensus PoW, manakalan Solana menggunapakai PoH. Ethereum dilancarkan pada tahun 2014, manakala Solana dilancarkan pada tahun 2020. Ethereum menawarkan rangkaian yang lebih matang dan terdesentralisasi, manakala Solana menawarkan transaksi yang lebih pantas dan murah.

Soalan:Yang mana lebih baik? Ethereum atau Solana?

Jawapan: Ethereum menawarkan ekosistem DeFi yang lebih matang disebabkan usia protokol yang telah melalui pelbagai perubahan dan fork sambil mengekalkan ciri terdesentralisasi. Solana pula masih baru tetapi mampu menawarkan transaksi yang lebih pantas dengan kos yang lebih rendah.

Soalan: Yang mana lebih pantas? Ethereum atau Solana?

Jawapan: Solana berkebolehan memproses lebih 50,000 transaksi sesaat. Ethereum masih dalam proses kemaskini ke Ethereum 2.0 dan apabila kemaskini ini lengkap, ia berupaya memproses lebih 100,000 transaksi sesaat.

Soalan: Yang mana lebih popular? Ethereum atau Solana?

Jawapan: Ethereum memiliki pasaran modal sekitar hampir $500 bilion, manakala Solana hanya memiliki sekitar $56 bilion. Tentu sekali Solana mempunyai kelebihan dari segi kepantasan dalam memproses transaksi dan memiliki komunitinya sendiri. Tetapi harus diingat, Ethereum adalah satu blockchain yang sudah matang dan memperoleh berbilion dolar TVL dalam ekosistem DeFi miliknya.

Kesimpulan

Ethereum adalah tulang belakang DeFi dan mempunyai nilai tersendiri. Ini merupakan antara faktor utama Ethereum memiliki komuniti yang kuat dan sentiasa yakin bahawa protokol ini pasti akan berjaya. Solana merupakan pendatang baru yang masih membina tapak walaupun perkembangannya dilihat begitu memberangsangkan. Dalam jangka masa panjang, agak sukar untuk menentukan blockchain mana yang akan menjadi pemenang, tetapi jika dilihat dari segi kematangan, Ethereum memiliki peluang yang lebih cerah.

Sumber: coinmarketcap

Tahukah anda TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar.

Tokenize

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!