Ketika negara India dan Brazil masih lagi bergelut melawan pandemik Covid-19, negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah mula membuka kembali ekonomi mereka. Di tengah-tengah kemelut melawan virus Covid-19 yang mana berlaku sekatan pergerakan atau lockdown di setiap negara seluruh dunia, kadar kebergantungan terhadap teknologi menjadi semakin tinggi.

Penggunaan aplikasi-aplikasi seperti Zoom, Twitter, Reddit dan TikTok dilihat semakin popular. Lockdown menyebabkan ekonomi seluruh dunia terjejas teruk tetapi keadaan berbeza berlaku kepada sektor teknologi. Komunikasi secara maya, e-dagang, penggunaan matawang digital dan teknologi hebat seperti blockchain tidak wujud secara kebetulan. Lockdown telah menyebabkan aktiviti pertukaran maklumat secara maya dan adaptasi terhadap blockchain menjadi begitu pantas.

Penerimaan Terhadap Aset Digital Meningkat

Apabila CEO Tesla, Elon Musk menukar bio di akaun Twitter miliknya menjadi #bitcoin, harga BTC meningkat hampir 20% dalam masa beberapa jam sahaja. Para selebriti dan berita arus perdana mula memberi perhatian terhadap aset-aset digital apabila Bitcoin memasuki fasa bull run yang mengagumkan.

Banyak institusi-institusi pelaburan terkemuka termasuk JP Morgan mula menerima aset digital dan meletakkan taruhan jangka panjang (long term bet) terhadap masa depan Bitcoin. Hasilnya, matawang digital kini menjadi sebahagian dari strategi pelaburan bagi para pemain industri kewangan.

Stablecoin adalah sejenis token digital yang menyamai aset dunia nyata seperti komoditi atau matwang fiat. Token ini turut mengalami pertumbuhan semasa lockdown. Stablecoin mempunyai kadar turun naik (volatility) yang rendah. Negara-negara seperti United Kingdom yang baru-baru ini menubuhkan task force bagi pelaksanaan Bank Matawang Digital Berpusat ( Central Bank Digital Currency – CBDC) berkemungkinan akan memberi lampu hijau kepada penggunaan stablecoin selepas lockdown tamat untuk menggalakkan aktiviti ekonomi digital. Stablecoin dilihat berpotensi dijadikan medium baru bagi pertukaran matawang.

Kripto dan Blockchain Meningkatkan Akses Kepada Kekayaan

Sejak lockdown dilaksanakan, kerajaan-kerajaan di seluruh dunia menunjukkan minat untuk melancarkan token digital masing-masing selepas mereka meneliti kelemahan sistem kewangan berpusat yang sekian lama diamalkan. Rakyat di Amerika Syarikat sendiri lambat menerima pakej rangsangan disebabkan proses yang perlahan dalam sistem teknologi berpusat dan kaedah pelaksanaan yang kolot. Kerumitan dan kelewatan dalam pelaksanaan ini boleh disamakan dengan sistem kewangan di negara kurang maju seperti Bermuda.

Walau bagaimanapun, kerajaan Bermuda telah mengambil langkah mengatasi masalah ini. Kerajaan melancarkan program perintis dengan memulakan token rangsangan ekonomi digital untuk memperoleh dana yang sangat diperlukan untuk rakyatnya. Pelaksanaan itu berjaya mengatasi masalah-masalah seperti masa menunggu transaksi yang lama, kelewatan dalam sistem dan kekerapan tempoh shutdown.

Lama-kelamaan, infrastruktur kewangan yang sedia ada akan digantikan oleh sistem kewangan disentralisasi (Decentralized Finance – Defi) yang menyediakan perkhidmatan kontrak pintar (smart contract), pentadbiran disentralisasi (decentralized governance), pembuat pasaran automatik (automated market marker) dan pertukaran disentralisasi (decentralized exchanges).

Tokenize

Pertumbuhan Tokenisasi Yang Pesat

Tokenisasi telah membuktikan keupayaannya sebagai kaedah mengakses aset berharga yang lebih adil. Non-Fungible Token (NFT) atau token digital semakin digilai ramai hinggakan pertumbuhan dan kemajuannya yang begitu pesat menyebabkan ramai ketinggalan.Topik-topik perbincangan kerap diadakan untuk menerangkan tentang NFT dan ada ketikanya ia menimbulkan kehairanan apabila melihat penjualan hasil seni Beeple berharga $60juta.

NFT telah mendemokrasikan perdagangan dan pembelian digital. Jika sebelum ini aset bernilai tinggi hanya dapat diakses oleh sebilangan kecil pelabur berprofil tinggi, tetapi kini aset tersebut boleh diakses oleh orang kebanyakan. NFT telah menarik minat ramai orang dan ia secara tidak langsung mempercepatkan penggunaan teknologi blockchain dan menghasilkan peluang pelaburan yang besar. Kini NFT bersedia untuk berintegrasi secara besar-besaran ke dalam banyak industri seperti permainan, sukan, hasil seni dan harta tanah.

Apa-apa sahaja yang tidak boleh didigitalkan boleh menjadi NFT. Lama-kelamaan revolusi ini akan mendapat tempat dalam pasaran kewangan.

Penggunaan Blockchain Dalam Penjagaan Kesihatan

Teknologi blockchain tidak hanya terhad kepada sektor kewangan, tetapi ia juga digunakan untuk meningkatkan kecekapan sistem pengendalian pandemik Covid-19. Sebagai contoh, MiPasa dan IBM telah bekerjasama melancarkan data sharing network. Hedera Hashgraph (HBAR) telah digunakan dalam proses pengesanan (tracing) dan ujian (testing) di Arizona State University supaya kemaskini rekod kesihatan dapat dilakukan dengan pantas. Hospital di United Kingdom turut menggunakan teknologi blockchain untuk urusan penyimpanan vaksin Covid-19.

Menurut laporan dari TechSci Research 2020 , peningkatan kes pencerobohan data dalam sektor penjagaan kesihatan global akan menyaksikan penggunaan blockchain meningkat sebanyak 70% dalam sektor tersebut.

Ketibaan Dunia Baru

Dunia akan terus mengalami pembaharuan. Kelemahan sistem sedia ada terus dibahaskan dan desakan pelaksanaan pentadbiran secara disentralisasi akan terus berlaku bagi memperbaiki kelemahan yang ada.

Blockchain akan menjadi sebahagian dari kehidupan harian semua orang. Penggunaannya tidak terhad kepada matawang kripto malah kini ia adalah tulang belakang dalam pengendalian pandemik Covid-19, penggerak penubuhan Bank Matawang Digital Berpusat (Central Bank Digital Currency – CBDC) dan pencetus kegilaan pelaburan NFT.

sumber: beincrypto.com

error: Content is protected !!