MALAYSIA mungkin mempunyai tawaran mata wang kriptonya yang pertama seawal tahun 2022, berikutan minat yang semakin tinggi terhadap asset digital ini sejak 4 tahun kebelakangan ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerima maklumbalas dari pihak institusi yang berminat untuk menjadi pengendali Penawaran Tukaran Permulaan (Initial Exchange Offering, IEO) sejak 4 bulan yang lepas.
Pengendali IEO adalah pengendali pasaran yang menawarkan aktiviti pengumpulan dana bagi pasaran aset digital.
Seperti Penawaran Koin Permulaan (Initial Coin Offering; ICO), IEO akan membolehkan perniagaan untuk mengumpul dana dan modal bagi projek mereka, misalnya dengan mengeluarkan token digital sebagai pertukaran dengan mata wang fiat. Walaupun ICO membenarkan projek kripto untuk mendekati para pelabur secara langsung, pegumpulan dana melalui mekanisme IEO ini akan dilakukan melalui pengendali platform IEO, justeru memberi ruang kepada pihak penyelia untuk memantau dan mengawal kegiatan tersebut.
Bulan Oktober tahun lalu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menyemak semula Garispanduan Bagi Aset Digital, yang mengawalselia IEO dan Digital Asset Custodians (DACs). Firma yang ingin menjadi pengendali IEO mesti mengemukakan permohonan mereka selewat-lewatnya pada 15 Februari 2021.
“Secara dasarnya, setelah mendapat persetujuan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), pengendali platform IEO dan DAC akan mempunyai masa sehingga 9 bulan bagi mematuhi sepenuhnya segala peraturan dan keperluan yang telah ditetapkan dan meletakkan langkah-langkah bagi melindungi para pelabur yang secukupnya sebelum dibenarkan memulakan operasi mereka” menurut wakil Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam jawapan emel kepada The Malaysian Reserve (TMR) minggu lepas.
Pihak Penyelia akan mempertimbangkan faktor-faktor seperti tawaran nilai pemohon , kompetensi teknologi, serta kerangka pengurusan krisis dan komplians sebelum meluluskan sebarang permohonan.
Tidak akan ada tarikh akhir untuk permohonan Digital Asset Custodians (DAC).
Pada masa ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan lesen kepada 3 syarikat yang menjalankan platform pertukaran, iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, Sinegy Technologies (M) Sdn Bhd dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd.
Sejak 3 tahun kebelakangan ini; setelah peningkatan harga mendadak Bitcoin yang pertama (bull run) pada Disember 2017, penggunaan dan pelaburan mata wang kripto semakin popular di Malaysia.
Banyak perniagaan juga telah mula menerima mata wang kripto seperti Bitcoin sebagai terma syarat pembayaran sebagai pengganti wang fiat, sebelum Bank Pusat mengeluarkan kenyataan bahawa wang digital bukanlah satu tender yang sah di Malaysia.
3 benda ni diperlukan utk semua org yg nk mahir ttg sesuatu perkara:
1. Ilmu asas sampai advance.
2. Guru yg berpengalaman. Bukan cakap kosong dan hanya teori tapi dah lalui pelbagai cycle dlm bidang yg ingin diceburi dan guru yang sentiasa upgrade ilmunya dari semasa ke semasa sesuai dgn keadaan terkini.
3. Praktikal sampai faham ilmu yg diajar.
Semua perkara ini ada pada tuan Mayee Nazrich. Pegilah berguru dgn beliau. Tak sesat. All covered. In sha Allah.
100%, 200%, 1000% profit. Sy dah tgk semua tu dlm portfolio sy.
Syarikat tersenarai telah menunjukkan minat untuk mengumpul dana melalui ICO. Salah satu syarikat tersebut ialah Country Heights Holdings Bhd yang telah menggelar mata wang kripto mereka sebagai “Horse Currency“.
Pada bulan September 2018, syarikat tersebut telah meminta sokongan daripada para pemegang sahamnya untuk usaha tersebut dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa/Tergempar mereka (EGM). Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tidak membenarkan pengumpulan dana dilakukan mengikut cara tersebut disebabkan pendirian mereka yang tegas terhadap kaedah yang kontroversi itu.
Pengurus negara Luno Malaysia, Aaron Tang berkata dengan adanya IEO akhirnya dikawal selia, para pelabur tempatan boleh melabur dalam syarikat teknologi yang baru dan menarik yang berusaha untuk mengumpulkan dana melalui mata wang kripto.
IEO, menurutnya, akan dilakukan di persekitaran yang lebih selamat dan risiko yang boleh dikurangkan.
“Peraturan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada dasarnya mewajibkan setiap kempen pengumpulan dana dilakukan oleh pengendali IEO yang akan bertanggung jawab untuk melakukan semua usaha yang diperlukan (due diligence) serta menyampaikan kempen tersebut sebagai wakil kepada pihak pengumpul dana; namun meletakkan kepentingan para pelabur terlebih dahulu sebagai tanggungjawab terpenting mereka “ katanya kepada TMR.
Menurut Tang lagi, Luno Malaysia masih belum memutuskan sama ada syarikat itu akan menjadi sebahagian daripada ekosistem IEO atau tidak.
“Kami masih mempertimbangkan sama ada untuk memohon atau tidak, dan adakah ia selari dengan strategi kami untuk tahun 2021 dan seterusnya”
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, Tang meramalkan kumpulan pertama platform IEO yang diluluskan akan mengumumkan kejayaan mereka dalam 12 hingga 18 bulan akan datang.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menjangkakan platform IEO akan memperluaskan lagi peluang pengumpulan dana bagi syarikat dengan cadangan perniagaan yang inovatif bagi mengumpul dana dan modal melalui penawaran token digital.
“Ini akan melengkapkan sumber pendanaan yang sedia ada seperti crowdfunding ekuiti dan pembiayaan peer-to-peer, serta usahasama institusi modal dan kewangan yang ada.
Sebagai salah satu pengawal selia yang terawal di ASEAN yang mengawalselia IEO, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan terus menggalakkan dan membantu memudahkan penyelesaian pembiayaan yang inovatif bagi memenuhi keperluan pasaran Malaysia, dan pada masa yang sama melindungi kepentingan para pelabur dan integriti pasaran” kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Sumber : https://themalaysianreserve.com/2021/02/02/first-local-cryptocurrency-by-next-year/
<<< Back
Terbaik suatu kemajuan bagi Malaysia.
Setuju. Permulaan yang baik bagi tahun 2022 untuk Malaysia.
intrested
Ya betul Tuan.
Yes good for Malaysians..11/10/2021
Baby steps, slowly but surely insyaallah.
very good start for Malaysians interested in Crytocurrencies
It sure is. Hopefully more Malaysians will be interested after hearing this positive news.
very good start
True that. More to come I hope 🙂
If this start Malaysia government link company TNB for surely need to bare another innocent lost because of those electrical stealing for the mining server, the sc making money but the another glc losing money. Please seriously look into this, now power station is almost all pink already.
Yang baru masih tidak mungkin akan ketinggalan…ayuh mulakan dari sekarang…
Bermula bertanya pada pada yang pakar…. baru anda akan berjaya…
Baru bijok kerajaan Malaysia
Malaysia Boleh👍