4 minit bacaan

Pemerhatian lebih dekat terhadap kitaran Bitcoin halving sebelum ini menunjukkan bahawa pasaran masih memerlukan sedikit masa sebelum harga tertinggi yang dijangkakan.

Membandingkan perkembangan kitaran Bitcoin halving sebelum ini dengan yang semasa mampu memberikan beberapa perspektif sama ada kitaran halving kali ini semakin lama. Pemanjangan kitaran halving (halving cycle) juga memberikan gambaran bahawa harga tertinggi Bitcoin telah ditangguhkan kali ini.

Syarikat analisis, nasihat dan pengurusan wang Quantum Economics baru-baru ini memberikan gambaran sama ada ramalan kenaikan harga seperti Bitcoin mencecah $100.000 sebelum penghujung 2021, hanya tinggal beberapa bulan sahaja serta bilakah ia boleh menjadi kenyataan.

Pasaran belum berada di paras teratas setakat ini

Jarak waktu kira-kira empat tahun dengan setiap 210,000 blok dilombong, ganjaran blok (block reward) yang diberikan kepada pelombong Bitcoin untuk memproses transaksi akan dipotong separuh dan akan terus mengulangi proses yang sama sehingga ganjaran blok menjadi 0 (anggaran pada tahun 2140). Kejadian Bitcoin halving yang terakhir adalah pada 11 Mei 2020 dengan menghasilkan ganjaran blok sebanyak 6.25 BTC.

Halving sebelumnya telah dikaitkan dengan peristiwa kitaran boom dan bust yang ekstrem di mana berakhir dengan harga yang lebih tinggi sebelum peristiwa tersebut dan apabila dilihat dari sudut tindakan harga (price action), kitaran semasa memberikan gambaran yang mengelirukan iaitu tanpa paras teratas pasaran yang berlaku setakat ini.

Peratusan perubahan dalam harga Bitcoin sejak peristiwa halving mendedahkan bahawa walaupun permulaan yang agak kukuh, kitaran halving semasa kurang berprestasi daripada dua halving sebelumnya.

Ketiga-tiga kitaran halving: Perubahan peratusan dalam harga Bitcoin sejak peristiwa halving (Quantum Economics)

Halving semasa telah mengatasi prestasi kitaran halving kedua apabila berdasarkan peratusan sehingga hari ke 391, tetapi sejak itu tindakan harga (price action) agak mengecewakan.

“Kitaran ini sama ada berbeza daripada kitaran yang lain atau kita masih belum melihat puncak kitaran (cycle top) yang jelas seperti yang kita lakukan semasa kitaran sebelumnya,” menurut Jan Wüstenfeld, penganalisa on-chain untuk Quantum Economics yang mentafsir perkara ini sebagai petunjuk bahawa “paras teratas kitaran ini mungkin belum berlaku lagi.”

Bacaan lain: Data On-Chain Ethereum Menggambarkan Kemerosotan Harga Untuk ETH | Ekosistem Blockchain Manakah Yang Paling Aktif Pada Masa Ini?

Pemanjangan kitaran halving

Penganalisa tersebut seterusnya memberikan statistik yang berkaitan dengan ketiga-tiga kitaran halving termasuk beberapa data untuk tempoh sebelum kitaran halving yang pertama yang dipanggil ‘Genesis cycle.’

Ringkasan statistik: Genesis cycle dan kitaran halving (Quantum Economics)

Seperti yang ditunjukkan dalam jadual, untuk kitaran yang pertama, Bitcoin mengambil masa 367 hari untuk harganya mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu. Semasa kitaran kedua, tempoh ini dilanjutkan kepada 527 hari.

Dengan mengambil kira perkara ini, kitaran kedua mengambil masa yang lebih lama (44%) untuk mencapai rekod baharu.

“Memandangkan kita tahu berapa hari yang diambil dalam kitaran sebelumnya untuk Bitcoin mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang baharu, adalah mungkin untuk meramalkan bila mata wang digital tersebut akan mencapai paras tertinggi baharu dalam kitaran semasanya selagi salah satu kitaran sebelumnya berulang dengan sendirinya. ,” menurut analisa tersebut.

Jadual menunjukkan tarikh hipotesis tempoh masa harga Bitcoin boleh mencapai ATH (Quantum Economics)

Jika kitaran pertama berulang, harga Bitcoin akan mencapai ATH baharu pada Mei 2021, manakala, jika kitaran kedua berulang, ini akan berlaku tahun lepas pada bulan Oktober.

Berdasarkan pada fakta bahawa kitaran kedua mengambil masa 160 hari lebih lama daripada kitaran pertama untuk harga Bitcoin mencapai paras tertinggi sepanjang masa (ATH), Wüstenfeld mencipta aliran linear (linear trend).

Menurut unjurannya, kitaran halving semasa akan mengambil masa 757 hari untuk mencapai masa ATH iaitu pada Jun 2022, kira-kira satu bulan dari sekarang.

Memandangkan unjuran Wüstenfeld bergantung pada aliran linear (linear trend) yang hanya menggunakan dua titik data, ia meninggalkan risiko yang besar untuk berlaku kesilapan.

“Apa yang lebih penting daripada masa yang tepat ialah kitaran semasa berpotensi dipanjangkan dan kita belum lagi mencapai paras tertinggi untuk kitaran ini,” penganalisa itu membuat kesimpulan sambil menyatakan bahawa harga Bitcoin bergantung pada pelbagai faktor yang tidak diliputi dalam analisanya dan yang paling penting adalah perkembangan pada peringkat makro.

Walau bagaimanapun, memandangkan tanda-tanda kitaran halving semasa mungkin dipanjangkan dan fakta bahawa belum ada paras harga tertinggi yang jelas dalam kitaran semasa setakat ini, kemungkinan untuk Bitcoin menghadapi penangguhan dalam mencapai paras tertinggi sepanjang masa kelihatan sangat munasabah.

Satu perkara yang pasti, dengan baki 120,589 blok dan kira-kira 710 hari lagi sebelum peristiwa halving berikutnya, masih ada banyak lagi masa untuk berlaku sebarang kejutan.

Sumber bacaan daripada cryptoslate, investopedia, coinmarketcap dan mycryptoversity

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!