Kesesakan trafik dan yuran transaksi yang tinggi dalam rangkaian Ethereum sering kali menjadi keluhan di kalangan pengguna. Ini secara tidak langsung menjejaskan perkembangan blockchain Ethereum itu sendiri. Arbitrum merupakan salah satu solusi yang dilihat mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi Ethereum.

Apa yang menarik tentang Arbitrum? Jom sama-sama kita tengok.

Apa Itu Arbitrum?

Arbitrum adalah blockchain Layer 2 untuk Ethereum yang menggunakan teknologi penskalaan, optimistic rollup. Ia memproses transaksi di sidechain yang khusus dan menyalurkan kembali maklumat yang telah diproses ke rangkaian utama Ethereum. Ringkasnya, optimistic rollup membenarkan transaksi dilaksanakan dalam Arbitrum dan hanya outputnya direkodkan di rantaian Layer 1. Oleh itu, Arbitrum mampu mencapai daya pemprosesan sehingga 40,000 transaksi sesaat pada kos gas yang jauh lebih rendah.

Oleh kerana transaksi dilakukan di luar rangkaian utama Ethereum, hanya minimum data diperlukan untuk tujuan penstoran dan pengiraan. Jadi ini dapat mengurangkan kesesakan di rangkaian Ethereum seterusnya menurunkan harga yuran transaksi

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? Berpinar-pinar mata nak pilih aset kripto?

Jangan bimbang. LUNO kan ada…

LUNO adalah Digital Asset Exchange yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

CLICK untuk mendaftar

Bagaimana Arbitrum Berfungsi

Arbitrum menggunakan teknologi penskalaan yang digelar sebagai Optimistic Rollup. Apa itu Optimistic Rollup? Optimistic Rollup adalah solusi penskalaan Layer 2 yang dibina untuk menambah baik daya pemprosesan dan kelewatan dalam rangkaian Ethereum dengan melakukan pengiraan dan penstoran data di luar rangkaian (off-chain). Kaedah Rollup ini berupaya mengurangkan beban kerja dalam Ethereum mainnet. Terdapat 3 komponen utama dalam Optimistic Rollup iaitu smart contract pada Ethereum, sequencer dan validator.

Mengapa ia Optimistic? Ini kerana mana-mana validator boleh mengesahkan kesahihan mana-mana blok. Terma Rollup pula menerangkan bagaimana maklumat boleh digunakan untuk membina semula sejarah lengkap rantaian berdasarkan log yang direkodkan. Protokol Arbitrum memastikan kod berjalan dengan betul selagi validator yang ada melakukan kerja secara jujur, membantu network menentang pakatan sulit dan apa-apa bentuk serangan.

Seperti kebanyakan blockchain, mana-mana node individu boleh mengambil bahagian dalam rantaian Arbitrum. Validator Node akan terlibat dalam memerhatikan keadaan rantaian, manakala Full Node akan membantu untuk mengagregat transaksi Layer 1. Aggregator yang menyalurkan maklumat transaksi ke rantaian Layer 1 akan diberikan ganjaran dalam ETH. Yuran transaksi bagi pengguna lain akan dikongsi di kalangan peserta seperti validator dalam rangkaian.

Arbitrum turut memperkenalkan keselamatan tambahan untuk rollup block. Validator yang menyemak ketepatan blok boleh melakukan challenge jika mereka percaya berlakunya kesalahan pada blok tersebut. Jika challenge gagal dibuktikan salah, maka stake oleh validator akan dirampas. Ini memastikan validator melakukan kerja yang adil dan perlu mengambil risiko dalam setiap tindakan yang diambil.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan beranikripto.com

CLICK untuk mendaftar

Keunikan Arbitrum

Arbitrum direka untuk menyediakan platform kepada para pembangun untuk melancarkan smart contract bercirikan Ethereum-compatible yang efisien dan scalable. Walaupun terdapat lebih dari sedozen solusi yang menawarkan fungsi yang sama dalam menyelesaikan keterbatasan dalam Ethereum, terdapat beberapa keunikan yang ada pada Arbitrum.

Keserasian EVM Yang Tinggi (High EVM Compatibility)
Arbitrum boleh dianggap salah satu Rollup yang paling serasi dengan EVM. Ia serasi dengan EVM di level bytecode dan bahasa programming yang boleh digunakan adalah seperti Solidity dan Vyper. Ini memudahkan tugas para pembangun kerana mereka tidak perlu belajar dan memahami bahasa baharu sebelum menggunakan Arbitrum.

Alat Pembangun Yang Mantap
Team yang menjadi tunjang Arbitrum melakukan yang terbaik untuk meminimumkan kesukaran pembangun untuk menggunakan platform mereka. Mereka menyediakan dokumentasi lengkap untuk kegunaan para pembangun dan tool untuk Ethereum yang sedia ada turut boleh digunakan. Jadi tiada keperluan untuk memuat turun alat-alat khas Arbitrum seperti plugin atau compiler khusus seperti Hardhat atau Truffle.

Yuran Yang Rendah
Sebagai solusi penskalaan Layer 2 untuk Ethereum, Arbitrum bukan sahaja direka untuk meningkatkan daya pengeluaran transaksi Ethereum, ia juga meminimumkan yuran transaksi pada masa yang sama. Terima kasih kepada teknologi Rollup yang sangat cekap, Arbitrum dapat menawarkan yuran yang rendah di samping insentif yang cukup untuk para validator.

Pelancaran Yang Menarik
Arbitrum telah menjalankan beberapa testnet sejak Oktober dan kini live di mainnet untuk pembangun. Tidak seperti kebanyakan solusi penskalaan layer 2 yang lain, Arbitrum tidak mempunyai token utiliti aslinya sendiri. Hanya pada 16 Mac lalu, pihak Arbitrum mengumumkan airdrop $ARB bagi menambah kecairan dalam ekosistemnya.

Usia Arbitrum yang masih “muda” memberi banyak ruang untuk para pembangun sama-sama “membesar”. Setakat ini Arbitrum telah berjanji kepada lebih 250 pembangun untuk memberi sekurang-kurangnya dua minggu penuh masa pembangunan sebelum membuka Arbitrum One kepada umum.

Ekosistem Yang Dibangunkan Dengan Baik
Arbitrum sudah pun bekerjasama dengan pelbagai Ethereum DApps dan projek infrastruktur termasuk seperti Uniswap, DODO, Sushi dan lain-lain.

TESTIMONI PELAJAR 

Team Arbitrum, Pelabur dan Roadmap

Arbitrum telah dibangunkan oleh Offchain Labs yang diasaskan oleh Ed Felten dan Steven Goldfeder. Syarikat yang berpengkalan di New York ini telah menerima dana sejumlah $123.7 juta dalam 3 pusingan pelaburan dari tahun 2019 hingga 2021. Pada pusingan pertama pelaburan pada tahun 2019, Offchain Labs menerima $3.7 juta. Pada pusingan kedua iaitu April 2021, dana yang berjaya dikumpulkan adalah berjumlah $20 juta manakala dana terbesar diterima pada pusingan ketiga iaitu sebanyak $100 juta pada Ogos 2021. Antara nama-nama besar yang menjadi penyumbang dana dalam Arbitrum adalah termasuk Pantera Capital, Lightspeed Venture Partners, Polychain Capital, Ribbit Capital, Redpoint Ventures, Alameda Research dan Mark Cuban.

Arbitrum Beta Mainnet dilancarkan pada Mei 2021, diikuti dengan pelancaran mainnet pada Ogos 2021 dan sokongan rantaian sisi (sidechain) pada Q1 2022. Pada masa ini terdapat lebih daripada 80 DApps yang beroperasi di Arbitrum. Menurut Arbiscan, Arbitrum mempunyai lebih 720,000 alamat unik setakat Jun 2022 dan terus berkembang pesat. Antara 50,000 dan 100,000 transaksi setiap hari diproses dan Arbitrum mempunyai hampir $1.5 bilion dalam total value locked.

Potensi Arbitrum Pada Masa Hadapan

Pada awal kemunculan blockchain Layer 1 seperti Ethereum dan Bitcoin, ciri-ciri terdesentalisasi dan sekuriti menjadi keutamaan para pembangun. Isu kebolehskalaan mula timbul setelah pengguna mula merungut berkenaan dengan yuran trasaksi yang tinggi. Oleh itu, Arbitrum bertekad untuk menyelesaikan trilemma ini dengan penggunaan Optimistic Rollup.

Komuniti Ethereum percaya zk-Rollup boleh menjadi penyelesaian yang komprehensif untuk jangka masa panjang. Pada masa ini, Arbitrum merupakan penyelesaian Layer 2 yang paling kehadapan. Seluruh komuniti berharap agar Arbitrum dapat terus berkembang seiring dengan perkembangan trend dan teknologi pada masa hadapan.

Baca juga >>> XRP Menang Kes Saman SEC

sumber: coinmarketcap

Anda nak cuba melabur dalam kripto tapi takut kena SCAM???

Bertenang…

Anda tahu tak TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Tunggu apa lagi? CLICK untuk mendaftar

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!