Lambakan kemunculan rangkaian blockchain layer-1 (L1) yang baharu, membuatkan ramai pelabur dan pedagang kripto mula garu kepala. Mereka perlu melakukan lebih “homework” dan memilih projek mana yang perlu diberi perhatian. Satu projek baru yang berjaya mencuri perhatian adalah SUI blockchain. Beberapa keunikan yang dimiliki SUI menjadikannya bukan blockchain yang biasa.

SUI bermaksud air dalam bahasa Jepun. Jadi SUI seharusnya bersifat seperti air yang membawa kecairan (liquidity) dan fleksibiliti ke dalam ekosistem Web3. Ia adalah blockchain L1 yang bertujuan untuk menyelaraskan pembangunan merentasi pelbagai kes penggunaan.

Apa yang membuatkan SUI ini berbeza daripada blockchain L1 yang lain? Jom kita tengok mengapa anda perlu beri perhatian kepada SUI.

Apa Itu SUI?

SUI adalah platform blockchain L1 yang pertama seumpamanya dan platform kontrak pintar yang direka untuk menjadikan pemilikan aset digital dilakukan dengan pantas, bersifat peribadi, selamat dan boleh diakses oleh semua orang. Ia memfokuskan kepada pelaksanaan transaksi serta-merta dan pemprosesan transaksi berkelajuan tinggi. Ini menjadikan SUI amat sesuai menjadi platform untuk penggunaan on-chain seperti games, kewangan dan lain-lain aplikasi real-time. Smart contract oleh SUI ditulis dalam Move, bahasa pengaturcaraan berasaskan Rust yang mengutamakan pelaksanaan transaksi yang pantas dan selamat.

Perbezaan antara SUI dengan generasi L1 yang terdahulu ialah ia membenarkan parallel processing of transaction dan horizontal scalling bagi membolehkan ia mengekalkan kos transaksi yang rendah. Dalam kata yang lebih mudah, SUI memfokuskan kepada melakukan proses transaksi dengan sangat pantas dan mempercepatkan proses melancarkan smart contract. SUI beroperasi menggunakan konsensus delegated proof-of-stake dan mempunyai bilangan token $SUI yang terhad sebanyak 10 bilion.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? Berpinar-pinar mata nak pilih aset kripto?

Jangan bimbang. LUNO kan ada…

LUNO adalah Digital Asset Exchange yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

CLICK untuk mendaftar

Team Pembangun, Pelabur dan Roadmap

SUI dibangunkan oleh 5 orang bekas jurutera di Meta iaitu Evan Cheng, Adeniyi Abiodun, Sam Blackshear, George Danezis and Kostas Chalkias. Mereka mengasaskan Mysten Labs untuk membangunkan SUI.

Mysten Labs mendapat sokongan daripada Andreessen Horowitz (a16z) yang melabur $36 juta dalam pusingan Siri A pada Disember 2021. Ini disusuli dengan dana pelaburan $300 juta dalam pusingan Siri B dan menjadikan Myten Labs sebagai sebuah entiti yang bernilai $2 bilion. Ketika pusingan Siri B, FTX Ventures menjadi pelabur terbesar sebanyak $140 juta. Lain-lain pelabur adalah termasuk Jump Crypto, Apollo, Binance Labs, Franklin Templeton, Coinbase Ventures, Circle Ventures, Lightspeed Venture Partners, Sino Global, Dentsu Ventures, Greenoaks Capital, and O’Leary Ventures.

SUI telah melancarkan insentif ketika testnet yang dijadualkan pada Ogos tahun lalu, seterusnya ia memperkenalkan beberapa ciri utama secara beransur-ansur untuk menguji rangkaiannya. Pelancaran mainnet Sui pada 3 Mei telah disertai dengan jualan token $SUI. Setiap bursa kripto yang mengambil bahagian menawarkan 225 juta token. Setiap pengguna layak mendapat sehingga 10,000 token SUI pada harga $0.10 setiap satu.

$SUI yang merupakan native token bagi blockchain SUI digunakan untuk memudahkan mekanisme konsensus PoS dalam rangkaian, undian on-chain untuk naik taraf blockchain dan yuran transaksi. $SUI juga membolehkan pengguna mengambil bahagian dalam aktiviti DeFi. Token SUI diedarkan kepada komuniti (untuk penyelidikan dan pembangunan, geran dan subsidi), penyumbang awal kepada projek untuk tujuan menguji aplikasi dan pihak berkepentingan yang lain. Secara keselurahan, terdapat 10 bilion token SUI dan 14% daripadanya telah diedarkan semasa pelancarannya kepada para pelabur.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan beranikripto.com

CLICK untuk mendaftar

Bagaimana SUI Berfungsi

Kelainan yang dimiliki SUI berbanding blockchain L1 yang lain ialah ia memiliki konsensus dan cara memproses transaksi yang berbeza. Biasanya validator dalam sesebuah blockchain memproses dan merekodkan transaksi mengikut turutan. Proses ini dikenali sebagai vertical scaling dan ia menjadikan proses transaksi lambat dan menghadkan kebolehskalaan dalam sesebuah blockchain.

SUI mengambil pendekatan yang berbeza. Memandangkan kebanyakan transaksi tidak berkaitan antara satu sama lain, SUI tidak membiarkan setiap transaksi disahkan oleh semua nod dalam rangkaian kerana proses pengesahan akan mengambil masa yang lama. Sebaliknya, ia melihat pada data berkaitan dan bukannya mengesahkan seluruh rangkaian. Untuk mencapai tujuan itu, SUI menggunakan model objek berpusat (object-centric model) yang mana storan data rantaian tidak berpusat di sekitar akaun tetapi di sekitar object. Penyimpanan data jenis baru ini membolehkan nod Sui untuk mengesahkan aliran transaksi yang tidak berkorelasi secara bebas dan individu.

Baca juga >>> XRP Menang Kes Saman SEC

TESTIMONI PELAJAR

SUI Tokenomics

$SUI yang merupakan native token untuk blockchain SUI berfungsi sebagai mekanisme insentif untuk semua pihak yang terlibat dalam rangkaian. Token SUI mempunyai 4 kegunaan utama:

  • Staking
  • Pembayaran gas fee
  • Menyediakan kecairan dalam rantaian (on-chain liquidity)
  • Tujuan tadbir urus (governance)

Sehingga 10 Julai 2023, terdapat sekitar 655 juta SUI dalam edaran, manakala bekalan maksimum dihadkan kepada 10 bilion token. Pengedaran token SUI telah diumukan pada Disember 2022.

Kes Penggunaan (Use Case) SUI

Mainnet SUI telah dilancarkan pada 3 Mei 2023. Malah sebelum pelancarannya, terdapat beberapa kes penggunaan untuk blockchain SUI.

Permainan (Game)
Game adalah salah satu cara terbaik untuk menarik ramai orang memasuki Web3. Sebagai sebuah blockchain yang berasaskan objek, para pembangun game berharap mereka dapat menggunakan sejumlah besar aset in-game.

Setakat Mei 2023, kira-kira 9 projek game sedang dijalankan di SUI. Abyss World adalah satu permainan high-fantasy dan action game yang mana pemain perlu mengembara. Run Legend pula adalah dAPP di SUI yang membantu pengguna menjadi cergas. Pergerakan mereka dikira sebagai serangan dalam game tersebut.

Lain-lain game termasuk Cosmocadia dan Panzerdogs. Orange Comet, sebuah syarikat permainan dan hiburan Web3 yang popular turut bekerjasama dengan SUI untuk melancarkan game di blockchain tersebut.

Protokol DeFi
SUI Move mempunyai ciri keselamatan in-built yang membantu pembangun membina pakej kewangan yang lebih selamat. Ini termasuklah Turbos Finance, OmniBTC, Cetus, Aftermath Finance, Cetus Protocol dan banyak lagi.

Namun begitu, SUI hanya boleh memproses sekitar 4 transaksi sesaat buat masa ini. Isu ini perlu ditangani SUI dengan kadar segera.

Interaksi Sosial Terdesentralisasi
Terdapat beberapa dApp yang bersifat community-centric. Contohnya Polymedia Chat yang merupakan rangkaian sosial di mana pengguna boleh bersembang secara on-chain tanpa rasa takut dengan centralized censorship.

Suia ialah sebuah dApp dalam SUI. Ia memadankan orang yang mempunyai kelas NFT yang sama untuk dimasukkan ke dalam sebuah on-chain family bagi mewujudkan interaksi sosial. Pada masa ini, projek ini mempunyai lebih 300 ribu komuniti dan lebih 220 ribu pengguna

Project NFT
SUI kini menjadi hos kepada 7 projek NFT iaitu Cosmocadia, Haven’s Compass, Abyss World, Studio Mirai, Aftermath Finance, Run Legends dan Suia. Studio Mirai misalnya memberi tumpuan kepada fesyen dan gaya hidup.Setakat ini, projek itu memberi kemudahan kepada beberapa pakaian jalanan, acara fesyen, dan sebagainya. Buat masa ini, tidak banya projek yang melibatkan NFT dalam blockchain SUI tetapi bilangan dan kualitinya mungkin akan meningkat dari semasa ke semasa.

Kesimpulan

Daripada segi teknikal, SUI adalah L1 dengan seni bina yang dibangunkan dengan teliti, memiliki tokenomics yang baik dan mempunyai asas kejuruteraan yang mampan. Walau bagaimanapun, perjalanan blockchain ini masih jauh. SUI berpotensi melakar semula perspektif Web3 gaming dan beberapa kes penggunaan yang lain pada masa hadapan.

sumber: coinmarketcap, decrypy,hacken.io

Anda nak cuba melabur dalam kripto tapi takut kena SCAM???

Bertenang…

Anda tahu tak TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Tunggu apa lagi? CLICK untuk mendaftar

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!