Baby Boomer adalah golongan yang lahir sekitar tahun 1946 – 1964. Pada tahun 2023, usia mereka adalah dalam lingkungan 59-77 tahun. Ya golongan ini seusia dengan ibu atau ayah anda. Mungkin juga mereka adalah datuk atau nenek anda. Berapakah umur anda pada tahun 2023 ini? Berapa tahun jarak perbezaan umur anda dengan golongan Baby Boomer?

Baby Boomer lahir selepas Perang Dunia Ke-2. Pastinya anda pernah mendengar kisah cerita mereka yang perlu menolong ibu bapa menoreh getah sebelum ke sekolah. Selepas itu perlu berjalan kaki sejauh 5km untuk sampai ke sekolah. Apabila sudah bekerja, hanya ada mesin taip (type writter) yang digunakan untuk menyiapkan tugasan pejabat. Tiada WhatsApp untuk mengajak teman keluar makan. Tiada juga TikTok, Twitter, Facebook atau Instagram untuk berkongsi cerita menarik yang menghiburkan.

Ya kebanyakan Baby Boomer bukanlah mahir dalam penggunaan teknologi. Tetapi sebahagiannya “survive” dalam dunia Gen Z. Apa yang lebih menarik ialah mereka adalah pelabur kripto yang lebih baik berbanding generasi millenial dan zoomer. Mengapa ini boleh terjadi? Jom kita lihat.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Menurut kaji selidik oleh sebuah syarikat penyelidikan pengguna, Toluna dan syarikat Bybit, Baby Boomer melakukan lebih banyak penyelidikan sebelum melabur. Mereka menggunakan kaedah penyelidikan yang sama seperti pasaran tradisional dan digunapakai ke dalam kripto.

Laporan kaji selidik juga mendapati bahawa 34% Baby Boomer menghabiskan beberapa hari melakukan kajian sebelum melabur. Masa penyelidikan ini adalah 50% lebih tinggi berbanding apa yang dilakukan oleh generasi lain. Lebih membimbangkan, 64% pelabur di Amerika Utara menghabiskan kurang dari 2 jam kajian atau tidak melakukan kajian langsung.

Baby Boomer lebih cenderung menumpukan penyelidikan mereka terhadap fundamental analysis seperti tokenomik, revenue dan pesaing projek. Manakala generasi muda pula lebih mementingkan elemen reputasi seperti pengasas projek yang berkarisma dan laman web yang cantik dan meyakinkan.

Ini menunjukkan bahawa memiliki kemahiran digital dan kesedaran kripto sahaja tidak mencukupi. Dunia pelaburan bukan sekadar menekan butang buy dan sell di telefon pintar sahaja. Ia juga memerlukan kemahiran ala-ala Warren Buffet.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan beranikripto.com

CLICK untuk mendaftar

Mungkin kebanyakan generasi Baby Boomer ini sudah bersara dan disebabkan itu mereka mempunyai lebih banyak masa. Walaupun golongan muda lebih celik dan mahir teknologi, tetapi tidak salah jika golongan muda lebih merendah diri dan belajar daripada orang-orang lama.

Mungkin kripto dilihat sebagai suatu bentuk aset yang berteknologi tinggi, tetapi untuk melabur dalam pasaran kripto, seseorang masih perlu mempunyai kemahiran menganalisa yang biasa (decent). Jika lihat dari segi pergerakan harga, aset digital seperti kripto tetap bergantung kepada konsep bekalan dan permintaan (supply and demand) sama seperti pasaran tradisional.

Orang-orang lama sudah terbiasa dengan pelbagai nombor-nombor penting semasa melabur dalam pasaran saham. Contohnya mereka akan melihat atau mengira price-to-earn dan price/earnings-to-growth ratio. Mereka cuba menggunakan kemahiran yang sama dengan melihat data yang terdapat dalam laman web CoinGecko atau CoinMarketCap. Jadi, orang muda perlu belajar perkara asas seperti apakah perbezaan circulating supply dan maximum supply dan mengapa volume sangat penting.

Pastinya terdapat persamaan antara pelaburan saham dan kripto. Projek kripto yang bagus akan menggunakan protokol yang baik dalam penghasilan token dan ini pastinya dapat menarik minat pelabur. Begitu juga dalam saham, jika sesebuah syarikat yang diuruskan dengan baik, tentunya dapat menjana keuntungan untuk dikongsi bersama-sama para pemegang saham. “Real Yield”dalam projek kripto boleh disamakan dengan dividen sesebuah syarikat. Itulah yang dilakukan oleh golongan Baby Boomer ini. Mereka mencari persamaan antara kedua aset ini yang mungkin dijadikan asas dalam membuat keputusan pelaburan.

Sesuatu yang tidak boleh diabaikan dalam dunia pelaburan moden terutamanya kripto adalah kepentingan naratif dan komuniti. Dalam pelaburan tradisional ia mungkin lebih dikenali sebagai analisa sentimen. Di zaman serba-serbi dilakukan di hujung jari, melakukan penyelidikan memerlukan pengetahuan dalam penggunaan media sosial terutamanya Twitter. Twitter adalah salah satu platform media sosial yang utama dalam melakukan penyelidikan tentang projek kripto. Para pelabur boleh menggunakan platform media sosial untuk mencari naratif, menilai kedudukan naratif tersebut dan seterusnya mengagak sentimen pasaran secara umum.

Namun begitu, golongan Milenial dan Gen Z dilihat tidak memiliki kelebihan dalam penggunaan media sosial untuk menilai trend pasaran kerana ia bukanlah perkara yang baharu lagi. Sosial media ialah aplikasi Web2 dan semua orang tahu dan mahir menggunakannya. Mungkin anak-anak muda terlalu taksub dengan penggunakan media sosial sebagai satu alat atau medium penyelidikan, tetapi mereka lupa bahawa orang-orang lama lebih cenderung berpegang kepada fakta.

Maka jelaslah mengapa cara tradisional telah terbukti dapat membezakan kematangan seseorang pelabur. Inilah sebabnya Baby Boomer lebih berjaya berbanding orang-orang muda kerana mereka melakukan lebih penyelidikan dan sabar, seterusya menikmati keuntungan yang lebih tinggi berbanding orang-orang muda yang terjun melabur tanpa betul-betul faham apa yang dilakukan. Jadi jika anda ingin mencari seseorang yang boleh dipercayai dan berpengetahuan dalam pelaburan, jangan segan untung bertanya kepada ibu bapa atau datuk nenek anda.

Sumber: cointelegraph

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!