Keadaan pasaran kripto yang bearish pada ketika ini telah memberikan tekanan yang amat hebat tidak hanya kepada para pelabur dan pedagang runcit malah beberapa syarikat pengendali dana kripto turut longlai sehingga ada yang terpaksa “tutup kedai”. Nama-nama besar syarikat pinjaman kripto seperti BlockFi, Celsius Network dan Genesis Global Trading nampaknya terpaksa akur dengan keadaan pasaran yang semakin tidak menentu.
Apakah sebenarnya yang terjadi kepada syarikat pinjaman kripto ini? Apakah kesilapan dalam perniagaan pinjaman kripto (crypto lending)?
Sebelum anda ketahui apakah yang terjadi atau apakah kesilapan dalam perniagaan pinjaman kripto ini, jom kita fahami apakah sebenarnya pinjaman kripto. Pinjaman kripto atau crypto lending memberi peluang kepada para pelabur untuk meminjam aset kripto atau wang fiat dan juga membolehkan mereka meminjamkan atau menyimpan aset kripto mereka bagi tujuan untuk mendapat keuntungan. Platform pinjaman kripto menawarkan 2 perkhidmatan kepada pengguna.
Anda masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar
Crypto-Backed Loan – Peminjam mendeposit matawang kripto miliknya sebagai cagaran (collateral) dan menerima pinjaman dalam bentuk matawang kripto atau wang fiat.
Crypto Saving Account – Pendeposit menyimpan matawang kripto miliknya dalam saving account dan menerima pulangan dalam bentuk interest.
Dalam erti kata yang lebih mudah, syarikat pinjaman kripto umpana bank dalam industri kripto.
Di kala keadaan pasaran sedang rancak, perniagaan pinjaman kripto merupakan satu perniagaan yang begitu menguntungkan. Celsius yang turut digelar sebagai “neobank” mengendalikan lebih $11 bilion aset dalam platformnya. Tahun lepas nilai syarikat BlockFi pernah mencecah sehingga $3 billion. Sayangnya baru-baru ini ia memfailkan perlindungan muflis Chapter 11. Manakala Genesis yang dimiliki oleh Digital Currency Group pernah menguruskan pinjaman aktif bernilai $2.8 bilion pada akhir suku ketiga tahun ini, walaupun nilai itu merosot dari $11.1 bilion pada suku yang sama tahun sebelumnya.
Perniagaan pinjaman kripto telah berkembang begitu pesat dengan menawarkan kadar pulangan yang tinggi kepada para pendeposit. Di kala bank hanya memberikan faedah kurang daripada 1%, terdapat beberapa crypto lenders yang menawarkan pulangan sehingga 20%. Pulangan yang begitu tinggi menyebabkan ramai orang tertanya-tanya tentang dari mana pulangan itu datang.
Sama seperti bank, syarikat pinjaman kripto menjana keuntungan dengan meminjamkan kripto atau wang fiat kepada orang ramai. Peminjam biasanya perlu membayar 5%-10% yuran pinjaman. Syarikat akan mendapat keuntungan daripada spread antara interest yang perlu dibayar kepada pendeposit dan yuran yang dibayar oleh peminjam.
Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?
Tak tahu bagaimana nak mula?
Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto
CLICK untuk mendaftar
Walaupun perniagaan pinjaman kripto dilihat amat menguntungkan, tetapi keadaan ketidaktentuan pasaran telah memberi tekanan kepada aktiviti urus niaga harian pernigaan ini. Bilangan pendeposit dan peminjam dilihat semakin berkurangan. Syarikat pula terpaksa menghadapi peningkatan dalam pengeluaran yang menyumbang kepada pengurangan kecairan sehingga menyebabkan muflis.
Lebih menyedihkan bukan semua syarikat pinjaman kripto menjalankan perniagaan secara jujur. Terdapat syarikat pinjaman kripto yang terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang. Mereka meminjamkan semula (re-loaning) aset yang mereka kendalikan yang sebenarnya bukan milik mutlak mereka atau melakukan pertaruhan yang salah. Dalam satu pemfailan, pengawal selia sekuriti Vermon berkata Celsius seakan-akan beroperasi seperti skim ponzi kerana ia bergantung kepada cara untuk menarik pelabur baru supaya pulangan dapat diberikan kepada pelabur lama. Ia menawarkan program reward yang terikat dengan token CEL dan menggunakan budget pemasaran (marketing) untuk membayar pulangan yang melangkaui standard. FTX juga mengguna cara yang sama terhadap program “earn” mereka sebelum tembelang mereka pecah. Turut melakukan perkara yang sama adalah protokol Anchor iaitu protokol pemberi pinjaman terdesentralisasi yang dibina di Tera.
Pastinya bukan semua syarikat pinjaman kripto dibina dan beroperasi dengan cara yang sama. Sudah tentu juga tidak semua firma tersebut menjadi muflis dengan alasan yang sama. Adalah tidak adil jika anda mengesyaki dan menghukum semua firma pinjaman kripto itu menyalahgunakan dana pelanggan. Ini kerana sesebuah organisasi terutamanya yang besar juga adakalanya mempunyai masalah dalaman yang mereka sendiri tidak pasti melainkan individu-individu tertentu.
Maka tidak hairanlah terdapat peningkatan terhadap kesedaran dalam pengawalseliaan kripto dan ini adalah sesuatu yang baik untuk industri. Walaupun insuran FDIC (Federal Deposit Insurance Corporation) tidak mendapat kelulusan untuk melindungi pinjaman kripto, pengawalseliaan terhadap kripto telah semakin meningkat agar syarikat-syarikat pinjaman ini dapat menguruskan deposit pelanggan dengan lebih baik.
Sumber: Coindesk
Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto