4 minit bacaan
Analisis on-chain Bitcoin menunjukkan lebih banyak pemegang jangka pendek (short-term holder) yang mencatatkan kerugian dan mereka secara statistik lebih cenderung untuk menjual menurut Glassnode.
Penyedia analisis blockchain Glassnode telah menggambarkan senario menurun untuk Bitcoin (BTC) oleh kerana metrik on-chain mencadangkan peningkatan tekanan jualan akan berlaku.
Dalam laporan analisis mingguannya pada hari Isnin, Glassnode berkata bahawa kenaikan harga Bitcoin “menghadapi beberapa masalah,” merujuk kepada data rangkaian yang semakin menurun. Para penyelidik Glassnode menunjukkan kelemahan umum dalam pasaran arus perdana (mainstream market) bersama-sama isu geopolitik yang lebih luas sebagai sebab untuk sentimen penghindaran risiko (risk-off sentiment) semasa untuk aset kripto:
“Kelemahan dalam Bitcoin dan pasaran tradisional mencerminkan risiko berterusan dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenaikan kadar Fed yang dijangkakan pada bulan Mac, kebimbangan konflik di Ukraine, serta pergolakan awam yang semakin meningkat di Kanada dan tempat lain.”
Glassnode juga melaporkan bahawa apabila aliran menurun semakin mendalam, “kebarangkalian untuk pasaran menurun berterusan juga boleh dijangka meningkat.” Bitcoin kini didagangkan bawah 47% daripada paras tertinggi sepanjang masa November dan telah menjadi trend menurun sejak 15 minggu yang lalu.
Kekurangan aktiviti on-chain adalah salah satu isyarat jelas pasaran Bitcoin yang menurun. Jumlah address atau entiti aktif (active entities) pada masa ini berada di sempadan bawah bear market channel yang menggambarkan aktiviti on-chain semasa pasaran berada dalam keadaan sideway atau menurun dan ini mencadangkan penurunan dalam permintaan dan minat.
3 benda ni diperlukan utk semua org yg nk mahir ttg sesuatu perkara:
1. Ilmu asas sampai advance.
2. Guru yg berpengalaman. Bukan cakap kosong dan hanya teori tapi dah lalui pelbagai cycle dlm bidang yg ingin diceburi dan guru yang sentiasa upgrade ilmunya dari semasa ke semasa sesuai dgn keadaan terkini.
3. Praktikal sampai faham ilmu yg diajar.
Semua perkara ini ada pada Cikgu Mayee Nazrich. Pegilah berguru dgn beliau. Tak sesat. All covered. In sha Allah.
100%, 200%, 1000% profit. Sy dah tgk semua tu dlm portfolio sy.

Entiti on-chain yang aktif. Sumber: Glassnode
Glassnode melaporkan bahawa sekitar 219,000 address telah dikosongkan sepanjang bulan lalu menunjukkan bahawa ia boleh menjadi permulaan tempoh aliran keluar pengguna daripada rangkaian.
Ia mengira harga yang direalisasikan oleh pemegang jangka pendek (short-term holder realized price) pada asas kos agregat yang mencapai harga $47,200, bermakna purata kerugian pada harga semasa adalah sekitar 22% bagi mereka yang masih memegang aset.
“Semakin lama pelabur berada di bawah kerugian pada kedudukan mereka dan semakin jauh mereka jatuh ke dalam kerugian yang tidak direalisasikan, semakin besar kemungkinan coin yang dimiliki akan dibelanjakan dan dijual.”
Terdapat beberapa ukuran lain bagi posisi on-chain jangka panjang dan pendek yang dapat disimpulkan bahawa terdapat sejumlah 4.7 juta BTC pada masa ini berada dalam kerugian yang tidak direalisasikan (underwater). Lebih separuh daripadanya atau 54.5%, dimiliki oleh pemegang jangka pendek (kurang daripada 155 hari), “yang secara statistik lebih cenderung untuk membelanjakannya,” tambahnya.
Crypto di Twitter juga telah dibanjiri dengan sentimen menurun sejak beberapa hari lalu dan Crypto Fear & Greed Index sedang berada di 23 iaitu “extreme fear”.
Not everything will last in crypto.
Quick thoughts on the fallout of a bear market:
— Jason Choi (@mrjasonchoi) February 21, 2022
Pada masa penulisan, harga BTC telah jatuh 6% dalam tempoh 24 jam yang lalu untuk berdagang pada $36,738 menurut Coinmarketcap. Bitcoin kini berharga hampir kepada paras terendahnya pada 2022 iaitu lebih daripada $35,000 pada 23 Jan.
Dari perspektif positif, pada hari Sabtu lepas, Cointelegraph telah melaporkan bahawa bekalan Bitcoin yang tidak aktif menghampiri paras rekod dengan lebih daripada 60% BTC kekal tidak dibelanjakan untuk sekurang-kurangnya setahun. Pengasas bersama Three Arrows Capital, Zhu Su mengulas bahawa ramai orang yang membeli BTC pada 2017 dan 2018 masih memilikinya, sambil menambah, “Secara anekdot ramai daripada golongan ini tetap rendah diri pada masa ini dan membeli setiap bulan tanpa mengira apa lagi yang berlaku.”
Sumber bacaan daripada glassnode, cointelegraph, coinmarketcap dan mycryptoversity
Baca juga: Adakah Bitcoin Mampu Mencecah $100,000 pada 2022?