kredit gambar: theguardian
Pada 31 Oktober 2008, individu atau sekumpulan individu yang bernama Satoshi Nakamoto telah menerbitkan 9 muka surat whitepaper yang menerangkan tentang sistem tunai elektronik menggunakan kaedah peer-to-peer yang sebenar. Ini adalah pengenalan kepada sistem pembayaran atas talian yang dipanggil BITCOIN ($BTC). Tahun lepas adalah sambutan kelahiran Bitcoin yang ke-12 dan team Cointelegraph telah menemubual beberapa pemain utama industri untuk bertanyakan tentang harapan mereka terhadap Bitcoin.
Tahun ini Bitcoin berusia 13 tahun. Secara kebetulan tarikh 31 Oktober jatuh pada hari sambutan Halloween. Sekali lagi team Cointelegraph menemuramah sekumpulan pemain utama industri. Tetapi kali ini dengan tema soalan yang sedikit berbeza bersempena dengan sambutan Halloween. Persoalan yang diutarakan pada kali ini ialah apakah mimpi ngeri yang paling ditakuti berlaku kepada industri kripto.
Jom kita lihat pendapat tentang ketakutan tersebut daripada 17 orang pemain utama industri kripto.
Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK di sini untuk mendaftar
1. ALAN CHIU – ENYA
Alan ialah Ketua Pegawai Eksekutif di Enya, sebuah syarikat yang mempelopori privasi terdesentralisasi (decentralized privacy) dan menjadi penyedia terbesar dalam perkhidmatan pengiraan berbilang pihak (multiparty) yang selamat. Selain itu, Alan juga merupakan ahli lembaga alumni pasca siswazah dalam School of Business di Universiti Stanford dan beliau turut menjadi Presiden Bersama dalam lembaga Stanford Angels and Enterpreneurs.
“Apa yang paling menakutkan saya ialah Amerika mengikut jejak langkah China, membawa inovasi keluar dari negara. Kripto akan terus hidup dan berkembang, tetapi jika Amerika melaksanakan polisi seperti yang dilakukan China, negara akan ketinggalan dari segi innovasi yang ditawarkan oleh kripto seperti Web 3.0, DAO dan lain-lain.
2. AMANDA KELEHER – CONSENSYS
Amanda ialah ketua pegawai di Consensys, sebuah komuniti untuk para pembangun, ahli perniagaan, programmer, wartawan, peguam dan lain-lain yang membangunkan dan mempromosikan infrastruktur blockchain dan aplikasi peer-to-peer.
“Apa yang paling saya takuti ialah apabila saya bangun tidur lima tahun akan datang, industri kripto telah menjadi seperti Wall Street suatu masa dahulu di mana ia menjadi satu industri yang eksklusif. Ekosistem kripto adalah sesuatu yang unik yang memberi peluang yang lebih inklusif terutamanya bagi memperkasa lebih ramai golongan wanita dan minoriti. Jadi untuk menjadikan ia suatu realiti, kita memerlukan mereka yang berbakat dan datang dari pelbagai latar belakang.”
“Saya juga takut kita gagal untuk memperjuangkan peluang untuk melakukan perubahan yang mempunyai impak nyata serta berpanjangan. Ayuh lakukannya bersama-sama dan jangan takut.”
3. ANDREW LEVINE – KOINOS GROUP
Andrew ialah Ketua Pegawai Eksekutif Koinos Group, sebuah syarikat kejuruteraan yang diketuai oleh veteran blockchain tegar yang begitu berpengalaman. Beliau juga merupakan arkitek kepada blockchain BitShares dan Steem.
“Perkara yang menjadi mimpi ngeri saya ialah apabila kita terpaksa menggunakan platform smart contract yang hanya memenuhi keperluan pengguna awal kripto dan menjadikan orang lain sebagai warga kelas kedua. Pengguna yang ordinary mengharapkan yuran transaksi sangat minimum dan pembangun (developer) yang ordinary pula berharap mereka dapat bekerja menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer yang mereka tahu dan suka. Pengguna mahupun pembangun ini tidak peduli perkara seperti adakah blockchain ini sesuai dgn rangkaian Ethereum. Orang yang ordinary hanya mahukan sesuatu yang mudah, menyenangkan dan bebas untuk digunakan. Jika kita tidak ada semua ini, maksudnya kripto belum lagi mencapai tahap penerimaan secara menyeluruh.”
4. CAITLIN LONG – AVANTI FINANCIAL GROUP
Caitlin adalah pengasas dan ketua pegawai eksekutif di Avanti Financial Group, sebuah syarikat pengendali perbankan aset kripto yang fokus kepada memberi perkhidmatan yang sah bagi aset-aset digital.
“Perkara yang boleh menjadi mimpi ngeri saya ialah penemuan eksploitasi zero-day dalam kod Bitcoin Core yang masih belum ditemui oleh sesiapa pun. Setiap hari yang berlalu, kebarangkalian semakin berkurangan tetapi ia tidak akan menjadi sifar.”
5. DANIELA BARBOSA – HYPERLEDGER
Daniela ialah pengarah eksekutif di Hyperledger dan pengurus besar blockchain, penjagaan kesihatan dan identiti di Yayasan Linux Foundation.
“Saya paling takut jika terjadi big crash atau keadaan pasaran yang terumbang-ambing terlalu lama kerana ia akan menjejaskan penggunaan teknologi ledger oleh syarikat-syarikat besar.”
6. DARREN FRANCESCHINI – BLOCKBANK
Darren ialah pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif di Blockbank, wallet utiliti pelbagai protokol yang menggabungkan kuasa teknologi desentralisasi dan berpusat dalam satu aplikasi yang mudah dan selamat.
“Ketakutan terbesar saya ialah kehilangan kunci peribadi (private key) saya. Ataupun saya menjadi orang tebusan dan diminta untuk menyerahkan kunci tersebut.”
7. DAVID KHALIF – VIRIDI FUNDS
David ialah pengasas bersama dan ketua operasi di Viridi Funds, penasihat pelaburan berdaftar dan pengurus dana bagi dana-dana baru yang menawarkan pilihan pelaburan kripto yang mementingkan alam sekitar.
“Mimpi paling ngeri ialah apabila pelombong kripto terus menggali bumi sehingga tidak menemui Bitcoin yang baharu. Selepas membelanjakan begitu banyak untuk perolehan peralatan perlombongan dan pergi ke bawah tanah untuk mencarinya di dalam gua, kami masih belum menemui Bitcoin. Kami hanya menemui sesuatu yang aneh yang dipanggil “emas”. Kami masih belum berputus asa sehingga kami jumpa Bitcoin yang pertama dan kami akan jadikannya sebagai NFT.”
8. HALSEY MINOR – VIDEOCOIN
Halsey ialah rakan teknologi strategik di VideoCoin Netwok yang menyediakan infrastruktur video untuk blockchain-enabled internet dan menampilkan decentralized video encoding, penyimpanan dan pengedaran yang dipacu oleh token kripto.
“Apa yang saya bimbang ialah SEC akan mengabaikan berpuluh-puluh bilion dolar kepunyaan pengguna yang hilang dalam nota dagangan bursa (exchange-traded notes atau ETN) dan sebaliknya memberi perhatian kepada inovasi yang terdapat dalam DeFi. ETN ialah satu sekuriti yang baru yang bersandarkan gadai janji. Banyak aduan oleh whistleblower telah diabaikan. Sekuriti bersandarkan gadai janji, Libor, Well Fargo, manipulasi pasaran emas dan perak dan sekarang ETN semuanya telah diabaikan oleh SEC. Mereka perlu menghalang bank dari terus menerbitkan sekuriti yang bersifat toksik dan bukan menahan inovasi yang sebenar.”
9. JOEL JOHN – LEDGERPRIME
Joel ialah prinsipal untuk pelaburan DeFi dan VC di LedgerPrime, sebuah firma pelaburan aset digital kuantitatif dan sistematik.
“ Apa yang saya paling takut ialah kita gagal untuk memberi pemahaman kepada masyarakat umum dengan cara yang mudah. Tidak banyak aplikasi yang mudah untuk masa sekarang, tetapi Axie Infinity dan OpenSea adalah contoh aplikasi yang baik. Industri kripto dan pemainnya harus memainkan peranan dalam hal ini.”
10. MANCE HARMON – HEDERA HASHGRAPH
Mance ialah pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif di Hedera Hashgraph, generasi masa depan untuk teknologi distributed ledger yang dikatakan memiliki kelajuan yang lebih tinggi dan jaminan keselamatan berbanding blockchain sedia ada.
“Kami amat bimbang tentang ketidaktentuan peraturan dan akibat yang tidak diingini daripada pelaksanaan peraturan yang tidak berkesan. Kami sebagai pemain industri perlu bekerja keras untuk mendidik keseluruhan ekosistem perundangan di Amerika mahupun di peringkat global, agar sesiapa yang merencana polisi, merangka perlindungan pengguna dan membentuk industri dapat bergerak ke hadapan dan mempunyai maklumat dan pemahaman secukupnya. Pengguna biasa harus dilibatkan secara inklusif dan inovasi mestilah berterusan supaya Amerika tidak ketinggalan.”
11. MAX EINHORN – 4K
Max berkhidmat sebagai ketua pegawai operasi di 4K, satu pasaran peer-to-peer untuk barang-barang koleksi dan barangan mewah yang dikuasakan oleh NFT.
“Saya paling takut jika industri kripto dan dunia tradisional berperang antara satu sama lain dan bukannya bekerjasama secara kolaboratif. Beberapa bulan lepas, kita lihat penggubal undang-undang Amerika hampir meluluskan rang undang-undang terhadap ekosistem kripto secara menyeluruh. Walaupun ia masih belum ada kata putus, tetapi keadaan ini begitu membimbangkan kita. Industri kripto selalu dipersalahkan. DeFi selalu menjadi kebanggaan dalam dunia kripto, tetapi perlu diingat, terdapat sebahagian sistem kewangan tradisional masih memberi manfaat kepada kita semua. Kita terlalu ghairah untuk mencipta semula sistem sedia ada tanpa menghargai hasil usaha orang sebelum kita yang membawa kita di mana kita berada hari ini. Kripto ialah matematik. Tiada siapa boleh menghentikannya. Mereka yang membangunkan kripto dengan menggunakan teknologi yang hebat ini, haruslah dapat mencipta satu ekosistem yang harmoni.”
“Yang kedua, perkara yang paling saya takuti ialah industri kripto akan kehilangan arah tuju yang sebenar. Bitcoin dicipta semasa terjadinya krisis kewangan terbesar sejak The Great Depression berlaku. Ia adalah hasil kerja individu atau sekumpulan individu yang mengambil berat untuk memperkasa yang lemah, mengembalikan semula kuasa kepada yang berhak dan merebut kuasa dari tangan segelintir pihak untuk dipulangkan kepada tangan orang ramai. Namun sebahagian pendatang baru dalam kripto tidak memahami objektif asal kripto dicipta kerana apa yang mereka nampak hanyalah mereka boleh memperoleh keuntungan dengan pantas. Mereka harus ingat bahawa gerakan radikal telah membantu masyarakat bergerak ke hadapan. Jadi ia harus diteruskan.”
12. MITCHELL CUEVAS – STACK FOUNDATION
Mitchell ialah head of growth di Stack Foundation, organisasi yang menyokong misi internet milik pengguna melalui tadbir urus, penyelidikan dan pembangunan, pendidikan dan geran.
“Mimpi ngeri untuk saya adalah apabila seseorang “memukul” Metaverse dan semua NFT akan menimbulkan huru-hara dalam kehidupan kita.
“Saya tak pasti mengapa ramai yang tidak bimbang tentang ini. Jika ia benar-benar terjadi, di mana Elon apabila anda memerlukannya.”
Tahukah anda Tokenize adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK di sini untuk mendaftar
13. PHILIP GARA – RENDER NETWORK
Philip ialah pengarah strategi di Render Network, sebuah platform pengkomputeran GPU blockchain yang memberi kuasa kepada content creation untuk 3D generasi akan datang.
“Ramai artis mencipta CGI yang hebat menggunakan perkhidmatan blockchain kami, RNDR yang mengumpulkan berjuta-juta GPU yang melombong matawang kripto untuk menghasilkan digital content generasi akan datang. Dengan kuasa pengkomputeran yang hampir tiada had dan kontrak pintar dalam rantaian, artis-artis bergerak ke hadapan dalam memajukan pengimejan hiper-realistik dan pengalaman yang berasaskan kod generatif. Tidak mustahil kita mampu mencipta duinia sintetik yang hampir tidak dapat dibezakan dengan dunia realiti, sama seperti kita menonton filem The Matrix. Salah seorang penasihat kami ialah Beeple selalu mencipta funhouse dystopia dalam karya “Everydays”. Dengan RNDR, kami membangunkan teknologi yang membolehkan anda menyelami dunia “Everydays”. Saya tidak pasti sama ada ini adalah mimpi ngeri atau impian atau sesuatu di antaranya, tetapi realiti ini akan datang kepada kita.”
14. ROB VIGLIONE – HORIZEN
Rob ialah pengasas bersama dan team lead di Horizen, sebuah platform blockchain yang bertujuan untuk menghidupkan ekosistem inklusif yang kaya dengan aplikasi melalui penyelesaian rantaian sampingan yang canggih.
“Perkara yang paling saya takuti ialah apabila matawang USD atau mana-mana matawang utama di dunia tiba-tiba menjadi begitu kukuh. Maksudnya, satu matawang yang ditadbir secara bertanggungjawab dan telus, mempunyai peraturan yang jelas dan bekalan yang bersandar kepada sesuatu yang agak terhad. Saya tak pasti Bitcoin boleh bertahan dengan cabaran sebegini, tetapi sekurang-kurang kita masih boleh berharap kepada DeFi dan NFT.
15. RYAN SHEFTEL – RADKL
Ryan ialah ketua pegawai eksekutif di Radkl, sebuah firma perdagangan kuantitatif yang memfokus kepada aset digital.
“Mimpi ngeri saya dalam industri kripto ini ialah ia menjadi legasi kepada industri kewangan dan pengawal selia kewangan semasa. Ini akan melumpuhkan inovasi dan dinamik yang terdapat dalam kripto. Jika ini terjadi, pusat kecemerlangan dan penemuan baru akan ditolak ke luar, si bijak pandai yang ingin bekerja dalam industri ini, terpaksa bertukar mencari bidang baru untuk meneruskan minat mereka dan mencipta perubahan.”
16. SHEILA WARREN – WORLD ECONOMIC FORUM
Sheila ialah ketua bahagian data, blockchain dan aset digital di World Economic Forum
“Mimpi yang paling mengerikan saya ialah industri kripto dilihat hanya mencipta hype dan melupakan teknologi itu sendiri yang sepatutnya menjadi ubat kepada masalah sosial dan kewangan.”
“Saya yakin dengan potensi kripto yang mana ia dapat meningkatkan ekuiti dan bersifat inklusif serta mencipta sistem yang baharu yang dapat memperkasa ramai orang. Tetapi ini akan terjadi hanya apabila ekosistem kripto termasuk komuniti kripto itu sendiri memberi fokus sepenuhnya kepada permasalahan yang ada. Jika tidak, saya bimbang kita akan hanya mengulangi proses yang sama yang membawa kita ke tahap sekarang yang mana begitu ramai orang yang tidak berpeluang meningkatkan taraf hidup mereka.”
17. TIM DRAPER – DRAPER ASSOCIATES DAN DRAPER FISHER JURVETSON
Tim ialah perintis dalam usaha perniagaan di Amerika dan juga pengasas bersama Draper Fisher Jurvetson, sebuah firma pelaburan terkemuka dalam syarikat teknologi peringkat awal.
“Saya tidak takut dengan jangka masa panjang. Bitcoin pasti datang. Jangka masa pendek lebih menakutkan kerana sesetengah orang mungkin akan berputus asa dalam memperjuangkan kebebasan ini dan kembali kepada sistem yang dikawal kerajaan. Kawalan kerajaan telah memusnahkan banyak kehidupan dan kebebasan.”
sumber: cointelegraph