Kredit Gambar: fintechnews

MyEG Services Sdn Bhd begitu sinonim dengan perkhidmatan atas talian bagi pembaharuan cukai jalan dan insuran kenderaan di negara kita. Kini syarikat tersebut meluaskan skop perkhidmatan mereka apabila memperkenalkan perkhidmatan kewangan terdesentralisasi (decentralized finance atau singkatannya DeFi) kepada pengguna platform pertukaran aset digital yang berlesen di Malaysia.

Jom kita lihat perkhidmatan DeFi ditawarkan oleh MyEG.

Dalam satu kenyataan, MyEG mengatakan bahawa perkhidmatan baharu itu nanti membolehkan pelabur matawang kripto menggunakan kontrak pintar (smart contract) untuk tujuan meminjam atau memberi pinjaman aset digital. Oleh kerana penerimaan terhadap pelaburan aset digital semakin tinggi dan mawatang kripto digunakan secara meluas, perkhidmatan DeFi membolehkan pelabur memaksimumkan pulangan pelaburan mereka.

DeFi adalah satu perkhidmatan yang menggunapakai teknologi blokchain dan smart contract. Jadi ia membolehkan penyediaan dan penyelesaian transaksi seperti meminjam dam memberi pinjaman dilaksanakan tanpa memerlukan perantaraan konvesional.

MyEG mengatakan bahawa mereka berhasrat untuk menjadi perintis dalam memperkenalkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang menggunakan teknologi blockchain. Mereka percaya bahawa semua jenis aset akan akhirnya dapat didigitalkan dalam platform terdesentralisasi ataupun platform pelbagai pusat (multi-centered). Tambahan lagi, teknologi blockchain sangat sesuai digunakan untuk perkhidmatan kerajaan kerana data yang direkodkan tidak boleh diubahsuai dan mudah untuk dikesan serta disahkan.

Tokenize

Menurut laman web Securities Commission Malaysia, terdapat empat pengendali pasaran aset digital yang diiktiraf berlesen di Malaysia ketika ini, iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, MX Global Sdn Bhd, SINEGY Technologies (M) Sdn Bhd, dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd.

Pada hari Jumaat, harga saham MyEG naik dua sen atau 1.3% untuk ditutup pada RM1.59 dan menjadikan jumlah pasaran modal sebanyak RM5.84 bilion.

Adakah anda patut beli saham MyEG? Atau anda pilih untuk menggunakan perkhidmatan DeFi yang MyEG tawarkan?

MyEG Lock-Earn Wallet

DeFi pertama yang diperkenalkan MyEG adalah sebagai langkah menggalakkan pengadoptasian aset digital dan fungsi sokongan kepada platform pertukaran aset digital yang berlesen di negara ini. Industri blockchain dilihat berkembang dengan begitu pesat menyebabkan sektor perniagaan harus bergerak seiring dengan perkembangannya kerana para pelabur sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan modal dan pulangan pelaburan.

MyEG memperkenalkan Lock-Earn Wallet yang mana pelabur aset digital boleh mendeposit aset digital mereka dan memperoleh pulangan sehingga 5% secara pasif. Pelabur perlu lock aset digital yang mereka ada untuk menikmati pulangan daripada kadar yuran pinjaman (borrowing fee rates – BFR). Jumlah minimum aset yang perlu untuk lock ialah 0.01 BTC atau 1 ETH. Pelabur boleh memilih jangka masa untuk lock aset mereka. Pulangan akan dinikmati oleh pelabur selepas tamat jangka masa tersebut.

Kadar asas BFR ialah 2.5% dan pulangan dapat ditingkatkan berdasarkan tawaran berikut.

  • Tambahan 0.25% – Untuk setiap pelabur baru yang diperkenalkan dan membuka akaun di platform pertukaran aset digital dalam masa 30 hari sebelum membuat pilihan untuk Lock-Earn.
  • Tambahan 0.5% – Nilai dagangan melebihi 0.5 BTC dalam masa 30 hari (untuk BTC Lock-Earn)
  • Tambahan 0.5% – Nilai dagangan melebihi 8 ETH dalam masa 30 hari (untuk ETH Lock-Earn)

Di tengah-tengah situasi ekonomi yang serba mencabar ini, MyEG ingin menyumbang kepada pemulihan ekonomi dan menyediakan platform digital-ready untuk masa hadapan bagi kegunaan pengguna di Malaysia.

Sumber: theedgemarket, myeg.com.my

error: Content is protected !!