5 minit bacaan

Analisa on-chain terkini oleh Glassnode telah menunjukkan bahawa kitaran bear (bear cycle) Bitcoin semasa digambarkan sebagai yang paling teruk apabila dibandingkan dengan kitaran bear sebelumnya.

Menurut Glassnode beberapa faktor telah menyumbang kepada kejadian ini di mana kebanyakan pedagang Bitcoin (BTC) berada dalam keadaan underwater dan terus menjual pegangan Bitcoin mereka dalam keadaan kerugian.

Laporan hari Sabtu minggu lepas oleh firma analisis blockchain Glassnode bertajuk “A Bear of Historic Proportions” menggambarkan bagaimana penurunan semasa Bitcoin di bawah purata pergerakan 200 hari (MA), perubahan negatif daripada harga yang direalisasikan dan kerugian bersih yang direalisasikan telah membentuk untuk menjadikan 2022 sebagai bear cycle yang paling teruk dalam sejarah Bitcoin:

“Di tengah-tengah peristiwa ini, Bitcoin dan Ethereum kedua-duanya telah didagangkan di bawah kitaran ATH (all time high) sebelumnya dan ini merupakan yang pertama dalam sejarah.”

Petunjuk pertama dan paling jelas bermulanya pasaran bear ialah apabila harga spot Bitcoin (BTC) turun di bawah purata pergerakan 200 hari (MA) dan senario yang lebih ekstrem ialah turun di bawah purata pergerakan 200 minggu (MA). Untuk menggambarkan betapa peliknya paras harga semasa, Glassnode telah menunjukkan bahawa semasa pasaran bear 2022 Bitcoin telah turun di bawah separuh paras purata pergerakan 200 hari (MA).

Harga Bitcoin telah turun di bawah 0.5 MM buat kali pertama sejak 2015: Glassnode

Glassnode juga menunjukkan bahawa penurunan di bawah 0.5 Mayer Multiple (MM) adalah peristiwa yang sangat jarang berlaku dan tidak pernah berlaku sejak 2015. Faktor MM dalam perubahan harga di atas dan di bawah purata pergerakan 200 hari (MA) adalah untuk menunjukkan situasi berada dalam keadaan terlebih beli atau terlebih jual. Laporan itu menyatakan, “Hanya 84 daripada 4160 hari dagangan (2%) telah merekodkan nilai penutupan MM di bawah 0.5:”

“Buat pertama kali dalam sejarah, kitaran 2021-22 telah merekodkan nilai MM yang lebih rendah (0.487) berbanding daripada paras rendah kitaran sebelumnya (0.511).”

Mengesahkan keterukan keadaan pasaran semasa ialah apabila harga spot turun di bawah harga yang direalisasikan dan ini telah memaksa pedagang untuk semakin menjual coin mereka dalam kerugian. Glassnode menyatakan bahawa kesan paksaan ini adalah “kebiasaan pasaran bear dan penyerahan (capitulation) pasaran.”

Baca juga: Apa Itu Cosmos (ATOM)? | Pakar Mengatakan Pelaburan Kripto Akan Mengatasi Pelaburan Tradisional Dalam 10 Tahun | Adakah Bitcoin Mampu Mencecah $100,000 pada 2022?

Glassnode menyatakan kejadian apabila harga spot didagangkan di bawah harga yang direalisasikan adalah situasi yang jarang berlaku dengan menyatakan bahawa ini hanya kali ketiga terjadi dalam tempoh enam tahun lalu dan kali kelima ia berlaku sejak pelancaran Bitcoin pada 2009:

“Harga spot kini didagangkan pada diskaun 11.3% kepada harga yang direalisasikan, menandakan bahawa purata peserta pasaran kini berada dalam keadaan underwater di posisi mereka.”

Kejarangan peristiwa ini digambarkan oleh model Glassnode yang menunjukkan bahawa hanya 13.9% daripada semua hari dagangan Bitcoin telah menyaksikan harga spot turun di bawah harga yang direalisasikan.

Hanya 13.9% daripada hari dagangan telah menunjukkan harga spot di bawah harga yang direalisasikan: Glassnode

Keadaan ini diburukkan lagi oleh pelabur mengunci kerugian mereka pada kripto terbesar mengikut permodalan pasaran (market cap). Apabila Bitcoin turun di bawah paras $20,000 pada Jun 2022, Glassnode menyatakan bahawa pelabur BTC mengunci “kerugian yang direalisasikan dalam denominasi USD harian terbesar dalam sejarah:”

“Pelabur secara kolektif mengalami kerugian -$4.234B dalam sehari iaitu peningkatan 22.5% daripada rekod sebelumnya sebanyak $3.457B yang ditetapkan pada pertengahan 2021.”

Apabila mengambil kira semua metrik negatif di atas, Glassnode membuat penilaian bahawa pasaran berada di tengah-tengah peristiwa penyerahan (capitulation). Cointelegraph telah menyokong penilaian ini pada hari Jumaat minggu lepas dengan menunjukkan bahawa pelombong telah mula menjual pegangan Bitcoin mereka dan ini merupakan satu lagi penunjuk bahawa peristiwa penyerahan (capitulation) telah berlaku. Peristiwa sedemikian selalunya menandakan julat harga terendah kitaran.

BTC kini turun 70% daripada paras tertinggi November 2021 dan didagangkan pada $19,288.78 menurut coinmarketcap.

Sumber bacaan daripada cointelegraph, investopedia, coinmarketcap dan mycryptoversity

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!