Kenaikan harga Bitcoin yang mendadak pada tahun 2020 telah melahirkan ramai jutawan kripto di seluruh dunia dan sebahagian besar dari kekayaan tersebut didominasi oleh para pedagang dan pelabur dari Amerika Syarikat.

Pada tahun lalu, pedagang di Amerika telah berjaya mengaut keuntungan dengan anggaran sebanyak USD 4.1 bilion daripada aktiviti perdagangan Bitcoin dan jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding negara yang menduduki tangga kedua. Kajian ini telah dilakukan oleh Chainalysis iaitu sebuah firma penyelidikan yang berpengkalan di New York. Chainalysis telah menerbitkan laporan berkenaan ranking 25 Negara Paling Untung dalam aktiviti perdagangan dan pelaburan Bitcoin.

Matawang kripto telah berjaya memikat hati pedagang runcit dan profesional di seluruh dunia berdasarkan kepercayaan bahawa matawang digital tersebut mampu menjadi aset pelindung nilai terhadap inflasi akibat percetakan wang fiat secara berleluasa oleh bank-bank di seluruh dunia. Matawang kripto turut menarik perhatian para pedagang untuk menjana keuntungan secara pantas dengan mengambil peluang terhadap turun naik pasaran kripto yang memiliki kadar kecairan yang begitu tinggi.

Menurut Chainalysis, para pelabur menyaksikan kenaikan harga yang tertinggi menjelang akhir tahun 2020. Pada ketika kenaikan harga itu berlaku, para pelabur di Amerika telah mula membawa keluar keuntungan dari pasaran dengan sebahagian besar keuntungan mereka dijana dari aktiviti di Coinbase.

Tokenize

China menduduki tangga kedua dalam senarai dengan keuntungan sebanyak USD 1.1 bilion, diikuti oleh Jepun (USD 0.9 bilion), United Kingdom (USD 0.8 bilion), Rusia (USD 0.6 bilion) dan Jerman (USD 0.6 bilion).

Kegilaan terhadap matawang kripto bermula apabila nama-nama besar dalam bidang pelaburan seperti Paul Tudor Jones telah mengiktiraf dan menyatakan sokongan terhadap Bitcoin. Paul Tudor Jones adalah pengasas Tudor Investment Corporation dan The Robin Hood Foundation. Sejak itu harga Bitcoin telah meningkat berlipat kali ganda pada tahun 2020 dan menamatkan tahun tersebut pada harga menghampiri USD 29,000.

Bull market yang berlaku pada awal tahun 2021 telah menyaksikan harga Bitcoin melonjak melebihi USD 60,000 dan mencecah USD 65,000 untuk mencipta all-time-high yang baharu. Walau bagaimanapun, harga tersebut dilihat mengalami kemerosotan disebabkan oleh pengumuman kerajaan China untuk melaksanakan peraturan yang lebih ketat terhadap aktiviti perdagangan mahupun perlombongan Bitcoin. Harga Bitcoin turut terjejas akibat kritikan yang dilontarkan oleh Elon Musk melalui ciapan di akaun Twitter milik beliau. Harga Bitcoin telah didagangkan sekitar USD 30,000 – USD 35,000 pada hari Selasa.

Sumber: The Edge Market, Chainalysis, The Economics Time

error: Content is protected !!