10 tahun dahulu tiada siapa pun yang pandang kriptokurensi Bitcoin, hanya para programer IT dan gamer sahaja yang mengumpul Bitcoin pada waktu itu.

Banyak kisah suka duka naik turun Bitcoin sepanjang 10 tahun lalu.

Bermula dengan harga kurang dari $0.01/1btc pada May 2010, hari ini (Mei 31,2020) harga Bitcoin sudah mencecah $9700/1btc (MYR42,000)

Di antara tahun 2011 – awal 2013, sendiket pengedaran dadah dan senjata (black market) antarabangsa menggunakan Bitcoin dalam urusniaga mereka kerana akaun Bitcoin tidak boleh disekat oleh mana-mana negara dan agak sukar bagi pihak berkuasa untuk jejaki pemilik akaun Bitcoin. Atas sebab ini banyak negara diseluruh dunia tidak mengiktiraf Bitcoin sebagai matawang yang sah walaupun ia telah di istiharkan sebagai matawang digital pertama didunia pada May 2013.

2013 – 2016, Bitcoin tidak begitu popular sehinggalah harga 1 Bitcoin mencecah sehingga $19,891/1btc (MYR80,000/1btc) pada 23 Feb 2017 dan ini merupakan harga tertinggi Bitcoin buat masa ini. Mulai saat ini lah Bitcoin dan matawang kripto telah menjadi bahan mulut dan perbahasan di peringkat antarabangsa dan institusi kewangan dunia, semua negara diseluruh dunia yang sebelum ini menentang habis habiskan akan penggunaan matawang crypto dan Bitcoin, akhirnya terpaksa tunduk dengan teknologi yang ada bersama Bitcoin dan crypto, iaitu teknologi Blockchain (blockrantaian) yang merupakan teknologi internet yang terhebat di masa ini.

Buy Bitcoin In MYR at Remitano

2017 – 2020, Bitcoin telah mula menjadi perhatian institusi kewangan di seluruh dunia, disaat banyak negara diseluruh dunia sudah mula mengiktirafkan Bitcoin dan Crypto. Banyak institusi kewangan yang menentang melabelkan Bitcoin sebagai fraud, scam dan bermacam lagi. Sebagai contoh statement JP Morgan pada 2017 ini yang telah menyebabkan harga Bitcoin jatuh ke paras $3600/1btc (MYR13000/1btc), tetapi pada 2020 JP Morgan telah bertindak sebaliknya, mereka menerima dan mengiktiraf Bitcoin (mungkin sebab mereka sempat kutip masa harga jatuh) dan yang terbaru Goldman Sachc mula menentang penggunaan Bitcoin dalam urusniaga kewangan (mungkin sebab mereka tak sempat kutip Bitcoin kot 😄, merea pun nak buat macam JP Morgan jugak..kikiki)

Negara kita Malaysia, telah mengiktirafkan Bitcoin sebagai Aset Sekuriti pada jan 2019 di bawah kawalselia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan dikenakan zakat.

Buy Bitcoin in MYR at Luno

Oleh berbalik kepada tajuk kita diatas… (panjangnya celoteh kali ni…)

Menurut laporan Grayscale dari tahun 2018 hingga ke Q1, 2020 peningkatan pegangan Bitcoin oleh institusi kewangan dunia telah meningkat dengan begitu ketara sekali iaitu dari 66% sebelum ini telah meningkat kepada 83% setakat Q1, 2020.

Di media masa mereka lantang menentang penggunaan Bitcoin dan matawang crypto sehingga mencetuskan suasana ‘panic selling’ dikalangan pengumpul Crypto newbie (newbie Coiner), tapi dalam masa yang sama mereka mula mengumpul ketika orang ramai panik menjual – bijak tak strategi mereka?

Di sini saya sertakan laporan dari Grayscale untuk tahun 2018, 2019 dan Q1, 2020

Bitcoin - 2018 Grayscale Investor Profile by Type
2018 – Pelabur Institusi Kewangan Memegang 66% Pegangan Bitcoin

Bitcoin - 2019 Grayscale Investor Profile by Type
2019 – Pelabur Institusi Kewangan Memegang 73% Pegangan Bitcoin

Bitcoin - Q1,2020 Grayscale Investor Profile by Type
Q1,2020 Pelabur Institusi Memegang 88% Pegangan Bitcoin

Sekarang, nampak tak apa yang saya nampak akan potensi Bitcoin dan Matawang Crypto di masa depan?

Nampak tak permainan (game) institusi kewangan yang cuma manipulasi harga Bitcoin? (mereka kata harga crypto sangat volatile, tak stabil tapi sebenarna mereka lah yang membuat angkara ini)

Sebab itu kita jangan ‘Nerd’ sangat bila institusi kewangan (terutamanya yang gah dan hebat) bercerita negatif pasal Bitcoin dan Crypto, belakang kita mereka kutip sedikit demi sedikit hingga sekarang ni mereka telah memegang 83% pegangan Bitcoin di pasaran.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda, kongsikan trade ideal ini dengan rakan-rakan lain agar mereka juga mendapat manfaat.

“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya. [HR Muslim, 3509]. “

Penafian :
Ini bukanlah nasihat pelaburan, perniagaan mahupun kewangan, hanya sekadar perkongsian pendapat peribadi admin dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan/kewangan. Nazrich Wealth Consult tidak bertanggungjawap diatas sebarang keuntungan dan kerugian portfolio anda,’Crypto’ adalah suatu aset pelaburan yang berisiko tinggi. Pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat, tidak berhutang dan hanya menggunakan sumber kewangan yang anda sanggup rugi apabila anda berdagang.

Klik juga :

👉 Ramai Yang Tidak Tahu Bitcoin Boleh Dibeli Dengan Serendah RM3

👉 Amalkan Ayat 114 Surah Al-Ma’idah, Untuk Dapatkan Rezeki Yang Tidak Putus-Putus

error: Content is protected !!