Assalamualaikum dan salam sejahtera para followers MyCryptoversity yang dirahmati Allah semua,

Ramai yang tanya saya apa perbezaan antara crypto dan token, sebenarnya soalan ini salah…Eh! Salah??? Habis tu yang sebetulnya apa?

Aaa…sabaq ya! kali ini dalam segmen pendidikan saya akan kongsi tentang persoalan ini.

OK! tentunya korang semya pernah dengar mengenai cryptocurrency. Bitcoin, Litecoin, Token Ethereum, Token Ripple, dan macam macam lagi…

Tetapi pernahkah korang perhatikan penggunaan coin dan token?
Apa sebenarnya perbezaan antara kedua dua ini?
Bolehkah mereka digunakan secara bergantian, atau adakah mereka membawa maksud perkara yang berbeza?

Saya andaikan korang semua memahami asas-asas cryptocurrency, jom kita kupaskan.

Pertama sekali, penting untuk tahu bahawa kedua-dua ini samada token dan coin adalah termasuk dalam kategori cryptocurrency.

Kedua, Sekiranya sesuatu projek dikuasakan oleh token, ini bermaksud projek tersebut berjalan pada blockchain yang disokong seperti Ethereum dan sekiranya ia disokong oleh coin, secara amnya ia bermaksud bahawa projek itu mengembangkan blockchainnya sendiri, sehingga ia dapat mencetak coinnya sendiri.

 

COIN / ALTCOINS

Adalah alternatif coin kepada Bitcoin, biasanya ia dibangunkan menggunakan protokol sumber terbuka Bitcoin yang asal dengan sedikit perubahan pada kod yang mendasarinya, sehingga menghasilkan coin yang sama sekali baru dengan sekumpulan ciri-ciri yang unik dan mungkin sedikit berbeza dari versi asal. Konsep ini adalah “Fork” – iaitu perpecahan dari blockchain yang asal tetapi satu kesamaan antara semua coin adalah mereka masing-masing memiliki blockchain bebas mereka sendiri.

 

TOKEN

Adalah aset digital; mereka mewakili aset atau utiliti tertentu. Kita boleh katakan kata kunci penting, Token biasanya dikeluarkan khusus untuk projek (sebagai pertukaran untuk membiayainya), token biasanya juga bertindak sebagai kaedah pembayaran di dalam ekosistem sesuatu projek dengan hak untuk beroperasi didalam rangkaiannya. Token juga mewakili nilai dan fungsi bahagian dan tawaran syarikat berbanding pulangan spekulatif yang ditawarkan oleh coin.

Baca juga : Apa Itu Altcoins?

Pada masa ini,ada lagi perbezaan antara token utiliti dan token keselamatan yang boleh dikenal pasti atau dispesifikasikan dengan bantuan Howey Test, iaitu ujian yang dicipta oleh Mahkamah Agung (Supreme Court) bagi tujuan pembezaan utama ini, terutamanua token yang dibina di atas blockchain lain yang sediaada, seperti Blockchain Ethereum iaitu ERC-20.

Saya ambil contoh Spiking, platform Spiking dibina di blockchain Ethereum ERC-20, ia telah mengembangkan token SPIKE sendiri yang berfungsi dalam bentuk token dan bertindak sebagai mata wang pelaburan dalam platformnya.

Token SPIKE membenarkan pengguna yang memegangnya untuk berpartisipasi dalam rangkaian ekosistemnya dengan mengadaptasi cara transaksi pelabur besar (Whales) memberi peluang yang lebih tinggi untuk mendapat keuntungan dari perdagangan (trading), token SPIKE yang mengadaptasi cara transaksi pelabur besar (Whales) ini juga dapat digunakan untuk pendaftaran Program Pedagang Pintar Bertauliah (CST) yang dilakukan oleh “Whales” itu sendiri. Model ekosistem ini dipanggil Proof Of Stake (PoS) yang sekarang ini digunapakai di dalam Ethreum 2.0

Baca juga : Apa itu ERC-20 & Ethereum 2.0

“Alhamdulillah,terimakasih Cikgu Mayee Nazrich atas bimbingan dan ilmu yang sanggat bermanafaat. Modul yang lengkap, bemula dari fundamental crypto hingga ke cara nak trade crypto. Guru yang tak penat menjawab soalan yang sama dari saya, sehingga saya betul-betul faham. Guru yang tak lokek dengan ilmu.Terimakasih Cikgu Mayee Nazrich, really appreciate. Ikutilah setiap kelas yang Cikgu adakan. Jangan tertinggal.”
Highly recomended.⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Pn.Sari Sukor-Singapore

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, coin & token berbeza dari segi struktur dan utiliti. Coin sebagai blockchain bebas yang kebiasaannya merupakan mata wang yang berasingan – kaedah pembayaran untuk membeli dan menjual barang.
Token pula yang dibangun di atas blockchain yang sedia ada, sesuatu yang memudahkan fungsi platform, memberikan akses ke produk atau sesuatu perkhidmatan dan juga mempunyai penggunaan khusus dalam ekosistem sesuatu projek.

Atau dalam erti kata lain..
Coin hanyalah kaedah pembayaran sementara token mungkin menunjukkan atau mewakili bahagian syarikat, memberi akses kepada produk atau perkhidmatan dan melaksanakan banyak fungsi lain. Coin adalah mata wang yang boleh digunakan untuk membeli dan menjual barang, sementara token mempunyai penggunaan khusus dalam ekosistem seseuatu projek.

Jadi…
Sekarang korang faham dan jelas tak kenapa korang sebenarnya salah tanya soalan?

Soalan yang sepatutnya korang tanya ialah :

“Apa Perbezaan Antara Coin dengan Token?” bukannya pi tanya “Apa Perbezaan Antara Crypto dengan Token?”

Sebab apa soklan korang tu salah?
– Sebab kedua-duanya adalah di hasilkan secara kriptografi.

Abiss daa..

Terima kasih sebab korang sudi baca sampai abis dan tahniah saya ucapkan kerana sentiasa mengikuti perkongsian saya.

Semoga kita berjumpa lagi, saya doakan semua anda semua menjadi seorang Coiner yang berjaya dunia akhirat suatu hari nanti.. Insya Allah, Aamiin.

Ikut Kami di : Telegram | Facebook

h

<<<Back

 

Photo & sumber : medium.com

error: Content is protected !!