kredit gambar: theblockchainland

Bitcoin tidak mencipta harga tertinggi setiap minggu. Jadi apabila harga $BTC mencecah all-time-high yang baru, ramai pelabur yang girang meraikannya. Dalam masa yang sama, dua Bitcoin ETF telah dilancarkan di Amerika dan menyebabkan ramai pelabur runcit berlumba-lumba memasuki pasaran sehingga menghasilkan kenaikan harga yang mendadak. Kenaikan harga $BTC ini dijangkakan berterusan kerana didorong oleh beberapa faktor yang melanda dunia ketika ini seperti kadar inflasi yang semakin meningkat di beberapa negara ekonomi terbesar di dunia, ketidaktentuan ekonomi yang berpunca dari pandemik Covid-19 dan kritikan yang berpanjangan dari bank pusat di seluruh dunia.

Jom kita tinjau apa yang telah dilalui oleh Bitcoin pada sekitar tarikh 18-22 Oktober 2021 dan apa yang bakal menanti para pelabur.

Berita Yang Mendorong Bullish Trend

Pasaran bertukar positif apabila mendapat khabar ProShares akan melancarkan Bitcoin ETF pada hari Selasa. Grayscale pula mengumumkan rancangan pada hari Isnin bahawa mereka akan menukar keseluruhan dana GBTC berjumlah $38 bilion kepada ETF pada minggu hadapannya, jika SEC meluluskan ETF tersebut. Seorang jutawan bernama Carl Icahn berkata Bitcoin telah membuktikan nilainya yang kalis inflasi, seolah-olah tidak ada apa yang berlaku sejak sedekad yang lalu.

SELASA

Pada hari Selasa, semua orang memperkatakan tentang Bitcoin ETF hinggakan nilai dagangan mencecah $250 juta dalam masa 15 minit pertama dan lebih banyak syarikat pelaburan mengesahkan rancangan untuk melancarkan Bitcoin ETF dalam masa terdekat. Tom Lee berpendapat Bitcoin akan mengalami fasa bull dan beliau melihat aliran masuk ke Bitcoin ETF bakal mencecah $50 bilion pada tahun pertama berdasarkan perancangan Grayscale yang ingin menukar dana $38 bilion ke Bitcoin ETF.

Jika berita hangat di Amerika tertumpu kepada pelancaran $BITO ETF, di El Salvador pula syarikat penerbangan nasional, Volaris mula menerima pembayaran menggunakan Bitcoin. Hari Selasa merupakan hari yang gemilang untuk $BITO ETF apabila mengakhiri hari tersebut dengan nilai dagangan sebanyak $1 bilion. Pencapaian hari pertama yang cukup luar biasa dan menyebabkan pasaran menjadi hyper-bulish pada keesokan harinya.

RABU

Hari Rabu merupakan hari yang penting bagi Bitcoin. Ia bermula dengan video terbaharu yang memaparkan operasi perlombongan Bitcoin di El Salvador yang 100% menggunakan tenaga boleh diperbaharui iaitu tenaga geoterma yang dijana dari gunung berapi. Harga Bitcoin meneruskan kenaikan apabila hari kedua dagangan $BITO ETF menyaksikan volume dagangannya melepasi $1 bilion sejurus selepas jam 1 petang. Bitcoin kemudiannya berjaya menembusi $65,000. Kemudian harga mencecah $66,000 seterusnya mencipta harga all-time-high yang baharu melebihi $66,878 dan bakal menyaksikan $BTC menduduki tangga ke-13 sebagai satu matawang terbesar di dunia.

Pada hari yang sama juga, satu lagi ETF bagi Bitcoin futures milik Van Eck diluluskan dan akan mula didagangkan pada hari Isnin, 25 Oktober. Seorang jutawan bernama Peter Thiel menyatakan bahawa Bitcoin menjadi “harapan” dalam memerangi kezaliman. Hari itu berakahir dengan pengurus aset, PIMCO yang menguruskan aset berjumlah $2.2 trilion mendedahkan rancangan untuk melabur lebih banayk dalam Bitcoin dan aset digital.

Tahukah anda Tokenize adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK di sini untuk mendaftar

Tokenize

KHAMIS

Walaupun Khamis menyaksi harga Bitcoin mula mengalami pembetulan, tetapi sentimen pasaran masih kekal positif. Mantan Speaker Dewan Amerika Syarikat, New Gingrich mengatakan bahawa bank pusat negara itu akan memegang Bitcoin sebagai rizab melawan inflasi (reserve against inflation). Kenaikan harga Bitcon masih berterusan apabila The Houston Firefighters’ Relief and Retirement Fund menyatakan hasrat untuk melabur dalam Bitcoin. Ini menjadikan ia sebagai dana pencen awam yang pertama di Amerika yang melabur dalam raja kripto itu. Pelaburan bernilai $25 juta dalam Bitcoin dan Ethereum telah dilaburkan melalui New York Digital Investment Group.

Team strategi pelaburan di J.P. Morgan berkata kenaikan harga semasa yang berlaku pada Bitcoin adalah didorong oleh peningkatan kadar inflasi di beberapa negara gergasi ekonomi dunia. Mantan pengerusi SEC pula menyatakan bahawa kemunculan Bitcoin ETF telah mencipta satu anjakan paradigma dalam dunia pelaburan.

Selain itu, terdapat satu pendedahan berkaitan lebih 1 juta hodler yang menggunakan aplikasi perdagangan kontroversi, Robinhood sedang berada dalam senarai menunggu untuk pendaftaran wallet kripto yang baharu dilancarkan. Ini menunjukkan bahawa para pelabur berniat untuk HODL dan mereka mula memahamu konsep “jika anda tidak memegang kunci, Bitcoin itu bukan milik anda”.

JUMAAT

CME group pula telah mencuri tumpuan apabila berjaya mengatasi Binance sebagai platform niaga hadapan (futures) terbesar di dunia. Valkyrie pula menjadi firma kedua di Amerika yang melancarkan ETF Bitcoin futures. Ketua Eksekutif Bitmex, Alex Hopter menjangkakan Bitcoin akan mencecah harga $100,000 sebelum akhir tahun ini.

Bear” Masih Berhibernasi

Minggu lepas menyaksikan pasaran dikuasi oleh BULL manakala BEAR masih lagi berhibernasi. Apa yang pasti, amat jarang kedengaran bear mengaum apabila sentimen pasaran kripto sentiasa dihiasi lautan candlestick hijau. Namun begitu, masih kelihatan beberapa candlestick merah terbentuk menjelang akhir minggu lepas terutamanya pada hari Jumaat kerana harga dijangka turun dari paras $60,000 sekali lagi. Tetapi ini bukan bermakna pasaran bertukar bearish. Ini adalah satu peluang untuk membeli.

“Saya bukan seorang yang aktif di media sosial. Malahan jarang aktif di mana2 group whatsapp@telegram. Komen ini selepas hasil sebulan kelas Mac 2021. Terima kasih Cikgu Mayee. Selepas masuk kelas Mac 2021 baru jelas matlamat & cara nak grow portfolio. Setakat ini alhamdullilah roi +- 700%.”

Adyrizal Amry

Kesimpulan

Sekiranya anda berminat untuk memiliki Bitcoin, anda boleh mula dengan membeli beberapa sat (sat ialah singkatan bagi satoshi iaitu unit dalam bitcoin) dan menyimpannya dalam private wallet. Walau bagaimanapun, pelabur runcit dan spekulator amat gemar berdagang dalam pasaran hadapan dan Bitcoin ETF yang baru dilancar terus menjadi kegilaan terutamanya apabila Grayscale mengumumkan rancangan untuk menukarkan dana GBTC kepada ETF. Keghairahan ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan Bitcoin untuk jangka masa pendek terutamanya apabila dunia mengalami ketidaktentuan ekonomi yang semakin meruncing.

Sepertimana yang berlaku semasa fasa bull run pada 2017, pelabur institusi dan para spekulator akan menjadi penyebab kepada berlakunya pembetulan harga yang besar. Jelas sekali, jika itu terjadi, Bitcoin akan mengalami lonjakan harga yang begitu signifikan dan ia bukanlah suatu yang luar biasa dalam pasaran kripto. Kita bakal menyaksikan Bitcoin terus-menerus melakukan harga all-time-high yang baharu dalam bulan-bulan mendatang. Kita akan melihat Bitcoin melepasi harga enam angka buat kali pertama dan ramai HODLER yang bakal menjadi jutawan untuk pertama kalinya.

Tiada keraguan bahawa Bitcoin sedang menuju paras $100,000. Malah ia mungkin mencecah $200,000 bahkan $300,000 dalam beberapa bulan akan datang. Ini didorong oleh penerimaan terhadap Bitcoin di seluruh dunia yang semakin meningkat dan masyarakat dunia mahukan sistem kewangan yang lebih liberal.

Jika dilihat prestasi Bitcoin pada minggu lepas, jelas menunjukkan Bitcoin masih mempunyai momentum yang kuat dan lonjakan harga sebanyak 5% atau 10% dalam sehari bukanlah suatu yang luar biasa. Walaupun harga Bitcoin terus-menerus melakukan kenaikan, kritikan berkenaannya juga semakin kuat kedengaran. Oleh itu, jika anda percaya kepada Bitcoin, anda masih punya masa untuk memiliki dan menyimpan Bitcoin kerana perjalanan $BTC masih jauh.

Sumber: bitcoinmagazine.com

Disclaimer: Artikel ini bukan buy call. Sila lakukan DYOR (do-your-own-research) sebelum melakukan sebarang pelaburan.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK di sini untuk mendaftar

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Pelabur Crypto Berjaya seperti 16 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!