Sejak kejatuhan FTX, topik Proof of Reserve hangat diperkatakan di kalangan komuniti kripto. Masing-masing menuntut agar syarikat perdagangan kripto memberi bukti pegangan aset kripto mereka. Tetapi apakah sebenarnya Proof of Reserve ini dan mengapa ianya begitu penting.

Proof of Reserve (PoR) atau Bukti Rizab adalah satu kaedah untuk mengesahkan bahawa sesebuah platform dagangan atau firma pelaburan kripto itu mempunyai rizab dengan nisbah 1:1 bagi memastikan mereka sebernarnya mempunyai dana yang cukup dan menyamai jumlah pelaburan para pelanggan mereka.

Syarikat pelaburan selalunya akan menggunakan organisasi pihak ketiga untuk menjalankan operasi pengesahan. Keputusan bagi pengesahan tersebut akan diterbitkan untuk membantu para pelabur memahami keadaan kewangan bagi sesebuah centralized exchange dan sama ada exchange tersebut mempunyai dana yang mencukupi untuk menyamai deposit pelaburan dari para pelanggan.

Desakan PoR telah menjadi satu trend sehingga munculnya pelbagai jenis pengesahan yang dilaksanakan bagi meraih lebih keyakinan para pelabur.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? Berpinar-pinar mata nak pilih aset kripto?

Jangan bimbang. LUNO kan ada…

LUNO adalah Digital Asset Exchange yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

CLICK untuk mendaftar

Merkle Tree-based Proof of Reserve

Salah satu cara untuk melaksanakan pengesahan PoR adalah dengan menggunakan protokol Merkle Tree-based yang mana ia mengumpulkan sejumlah data yang besar ke dalam satu hash atau pecahan kecil. Data tersebut kemudiannya disahkan status integritinya.

Dengan menggunakan bukti kriptografi, protokol PoR mengesahkan kesahihan baki dan transaksi pengguna.

Syarikat perdagangan kripto boleh menerbitkan laporan pengesahan PoR dalam bentuk snapshot secara berkala termasuk secara mingguan, bulanan atau setiap suku tahun. Pengesahan PoR juga boleh diterbitkan secara real-time di laman web syarikat.

Snapshot secara real time boleh menjadi bukti kukuh tahap kecairan sesebuah exchange kerana sesiapa sahaja boleh melihat dana yang dimiliki oleh exchange tersebut.

Protokol Proof of Reserve Oleh Chainlink

Chainlink Lab pula menawarkan sistem PoR versi tersendiri yang mana ia direka untuk membantu projek-projek Web2 dan Web3 membuktikan rizab aset secara automatik. Selepas dilancarkan pada tahun 2020, pengguna pertama sistem ini adalah TrueUSD. Sistem ini menghubungkan nod Chainlink ke API sesebuah exchange, alamat bilik kebalnya (vault) dan PoR smart contract yang boleh dipersoal (query) oleh mana-mana akaun dalam rangkaian untuk menentukan sama ada jumlah rizab kripto dalam exchange tersebut adalah sama dengan jumlah liabilitinya.

Sistem ini menyediakan data tentang jumlah deposit, pinjaman dan stake pada protokol tertentu pada satu-satu masa. Syarikat perdagangan kripto boleh juga menggunakan sistem Chainlink sebagai sistem pertahanan yang menjamin bahawa mereka tidak boleh memperdagangkan lebih token daripada aset dalam simpanan.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan beranikripto.com

CLICK untuk mendaftar

Exchange Yang Telah Laksanakan Proof of Reserve

Beberapa exchange dan platform pinjaman kripto termasuk Kraken, Nexo, BitMEX dan Gate.io telah melaksanakan PoR mereka sebelum kejadian kejatuhan FTX. Setelah kejadian buruk itu, banyak platform perdagangan kripto mula melaksanakan PoR mereka sendiri.

Binance, bursa kripto dengan volume terbesar di dunia telah melaksanakan sistem berasaskan Markle Tree untuk Bitcoin dan Ethereum. Begitu juga dengan OKX, Crypto.com dan ByBit.

Manakala Coinbase mengambil pendekatan berbeza. Coinbase selaku syarikat yang tersenarai di bursa saham, mereka telah membuktikan rizab yang ada melalui pemfailan SEC yang telah diaudit. Pada 25 November lalu, syarikat yang berpengkalan di San Francisco menyatakan tentang masa depan perakaunan dalam rantaian dan mereka bersedia untuk meneroka pelbagai sistem pembuktian rizab terutamanya yang menggunakan cara native crypto.

Salah satu usaha yang dilakukan oleh Coinbase ialah pelancaran geran bernilai USD500,000. Geran ini dilancarkan untuk membantu individu atau team yang ingin memajukan sistem perakaunan dalam rantaian, teknik memelihara privasi (privacy-preserving) yang berkaitan dengan pembuktian aset dan liabiliti termasuk penggunaan teknik zero-knowledge.

Apakah Yang Menjadi Kebimbangan

Walaupun PoR jelas merupakan satu langkah yang tepat dan secara teknikalnya dapat membantu memastikan dana pelanggan adalah selamat serta secara kriptografi ia dapat membuktikan bahawa sesebuah syarikat itu memiliki kecairan yang mencukupi, tetapi PoR juga boleh memberikan pengguna rasa selamat yang palsu.

Ini adalah kerana, data yang disiarkan adalah snapshot iaitu pihak exchange memberi gambaran keseluruhan aset yang dipegang pada alamat berkait dengan platform. Namun dikhuatiri terdapat beberapa pengecualian yang mana exchange tidak mendedahkan liabiliti syarikat kepada pelanggan. Ini bermakna pelanggan terpaksa mempercayai pengesahan yang dilakukan oleh auditor. Hal ini boleh mengundang kepada situasi di mana pihak exchange menggunakan PoR untuk kelihatan telus tanpa mendedahkan risiko kecairan yang sebenar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kraken, Jesse Powel telah menyatakan bahawa pengesahan perlu mempunyai 3 komponen utama iaitu:

  1. Jumlah liability pelanggan (auditor mesti mengecualikan baki negatif)
  2. Bukti kriptografi yang disahkan pengguna bahawa setiap akaun telah dimasukkan dalam jumlah liabiti
  3. Tandatangan yang membuktikan penjaga (custody) mempunyai kawalan terhadap wallet

Powel begitu lantang mengkritik pengesahan yang dilakukan oleh Binance pada November lalu dengan menyifatkannya sebagai “ignorance” atau sengaja dilakukan dan berkata bahawa penyata aset adalah sia-sia tanpa penyata liabiliti.

Kontroversi Di Binance

Walau bagaimanapun, Binance meredakan serangan terhadap keadaan kewangannya dengan melantik Mazars Group (sebuah firma audit dari Afrika Selatan) untuk melakukan laporan PoR tambahan. Laporan yang dikeluarkan oleh Mazars telah menyatakan bahawa semasa penilaian dilakukan, Binanace mengawal aset dalam skop melebihi 100% daripada jumlah liabiliti mereka.

Namun begitu, laporan tersebut telah menimbulkan lebih banyak kontroversi. Banyak pakar berpendapat bahawa laporan Mazars itu tidak memberi apa-apa makna kerana ia tidak menyertakan sebarang maklumat tentang kualiti kawalan dalaman oleh Binance seperti sistem penyimpanan buku dan rekod yang tepat.

Menurut laporan Wall Street Journal, laporan Mazars hanyalah sebanyak 5 muka surat berbanding dengan sebuah laporan audit yang lengkap. Laporan tersebut tidak menyatakan keberkesanan (effectiveness) kawalan bagi laporan kewangan dalaman oleh Binance. Mazars juga dilihat tidak menyatakan sebarang pendapat atau kesimpulan dalam laporannya.

Mazars telah menyatakan bahawa mereka melakukan tugasan audit sepertimana prosedur yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Mazars juga boleh tidak boleh membuat representasi terhadap kesesuaian (appropriateness) prosedur yang dilaksanakan.

Selain itu, menurut laporan, Bitcoin yang dimiliki Binance hanya dicagarkan sebanyak 97% dan jurucakap Binance memberitahu bahawa baki 3% lagi dipinjamkan kepada pelanggan melalui program margin atau pinjaman.

Tidak lama selepas itu, Mazars yang sebelum ini pernah melakukan audit PoR terhadap Crypto.com dan Kucoin telah mengumumkan bahawa mereka bakal menghentikan sebarang servis berkaitan firma kripto pada masa akan datang.

Sumber: Decrypt

Anda nak cuba melabur dalam kripto tapi takut kena SCAM???

Bertenang…..

Anda tahu tak TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Tunggu apa lagi? CLICK untuk mendaftar

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!