Bila sebut pasal Bitcoin, ramai yang beranggapan yang matawang kripto ini hanya mampu dibeli oleh golongan yang berada atau berduit sahaja.

Anggapan ini adalah Salah!

Bitcoin sebenarnya boleh di beli sedikit -sedikit sama seperti kita membeli emas, kalau emas di kira dalam bacaan kilogram dan gram, Bitcoin di kira dalam bacaan Bitcoin dan Satoshi (di ambil sempena nama pencipta Bitcoin).

Malah cara yang terbaik untuk mengumpul Bitcoin adalah dengan membeli sedikit – sedikit setiap bulan atau setiap hari (stacking) tanpa mengira turun naik harga semasa Bitcoin. Lagi rendah harga semasa Bitcoin, lagi banyak Bitcoin/Satoshi yang kita dapat dan jika harga semasa Bitcoin makin tinggi, makin sedikit Bitcoin/Satoshi yang kita dapat.

Tetapi jika kita membeli setiap bulan tanpa mengira turun naik harga semasa Bitcoin, kita sebenarnya membeli Bitcoin dengan harga purata. Kaedah ini di kenali juga dengan panggilan ‘stacking sats’ atau ‘stack sats’ (kami ada ajarkan semua ini di dalam Seminar #BeraniCrypto2019 dan Kelas Online)

Ada Berapa Jumlah Satoshi Dalam 1 Bitcoin?

Setiap 1 Bitcoin bersamaan dengan 100 juta Satoshi, menjadikan Satoshii unit terkecil bitcoin yang kini direkodkan pada blockchain.

Fikirkan Satoshi sebagai bahagian “bit” dari Bitcoin, Satoshi mewakili kira-kira 0.00000001 BTC – atau bitcoin untuk perpuluhan yang ke 8.

Kami telah menyediakan jadual penukaran Satoshi ke Bitcoin di bawah ini untuk membantu anda visualisasikan nombor yang begitu kecil.

Di Mana Boleh Dapatkan Bitcoin Serendah RM3 ?

Kini anda boleh beli Bitcoin dalam Ringgit Malaysia di BursaKripto Luno , Luno Malaysia adalah pengendali pasaran kripto yang pertama diiktiraf oleh kerajaan Malaysia di bawah kawalselia Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menyediakan perkhidmatan, menguruskan dan menyelenggara tukaran mata wang kripto di Malaysia.

Baca laporan penuh berkenaan Luno Malaysia di sini

Di bawah ini adalah gambar pembelian Bitcoin sebanyak Rm3 di Luno pada 5jan dan hari ni 7jan 2020

error: Content is protected !!