Sejak kebelakangan ini, ramai yang telah mulakan pelaburan aset digital khususnya dengan pengumuman Suruhanjaya Sekuriti yang memberi pengesahan kepada tiga platform digital iaitu Luno, Tokenize, dan Sinegy.

 Minat terhadap aset digital ini dikuatkan lagi dengan Resolusi Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti pada 29 Jun 2020 dan 20 Julai 2020 yang lepas.

Walaubagaimapun, masih ramai yang tertanya-tanya dan keliru dengan hukum pelaburan aset digital.

Dalam resolusi tersebut, MPS telah membincangkan tiga isu:

  1. Adakah aset digital boleh dianggap sebagai aset menurut perspektif Shariah?
  2. Adakah aset digital dikira sebagai matawang atau barang dagangan?
  3. Bagaimana menentukan status Shariah token digital?

Sebelum ini, terdapat perbezaan di antara aset digital, matawang digital, dan token digital.

Baca Juga : Apa Itu Cryptocurrency

Berdasarkan resolusi tersebut, aset digital merujuk kepada kedua-dua matawang digital dan token digital.

Matawang digital pula dibahagikan kepada dua jenis, satu yang disandarkan kepada teknologi semata-mata seperti Bitcoin, Litecoin, Ripple dan sebagainya dan jenis kedua adalah yang disandarkan kepada aset ribawi seperti emas dan perak.

Antara matawang digital yang disandarkan kepada aset ribawi adalah GoldX yang dikeluarkan oleh HelloGold.

MPS membuat resolusi bahawa matawang digital yang disandarkan kepada teknologi tidak dikira sebagai matawang dalam perspektif Shariah, maka ianya tidak boleh disamakan dengan pelaburan FOREX yang tertakluk kepada ketetapan Shariah dalam bab perdagangan matawang.

Bagi matawang digital yang disandarkan kepada aset ribawi pula, maka ketetapan Shariah terhadap perdagangan matawang adalah tertakluk. Ketetapan paling utama adalah ia perlu dilakukan secara lani (spot) dan semisal.

Bagi token digital pula, MPS merumuskan bahawa ianya barang dagangan dan bukannya matawang.

Bagi menentukan status Shariah token digital, ia perlu dipastikan bahawa hasil atau perolehan daripada jualan token digital itu haruslah digunakan untuk projek atau aktiviti yang patuh Shariah dan segala manfaat kepada pemegang token digital itu haruslah patuh Shariah.

Itulah rumusan ringkas daripada resolusi Shariah tentang aset digital oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, ia boleh dibaca di pautan: https://www.sc.com.my/development/islamic-capital-market/resolutions-of-the-sc-shariah-advisory-council

“Syukur alhamdulillah tq kelas. Kelas mantap n trbaek. Penerngn yg jelas sesuai utk newbies n jugk org lama kripto…
Plaburn trbaek utk long term.
Kpd yg lum memiliki bitcoin dll coin anda rugi tapi msih lum trlmbat utk bljr, Tq cg Mayee cari cg yg betul jgn kena scam..”

Rudziah Abu Hassan - Shah Alam

Ditulis oleh Arham Merican, Pengurus Shariah di sebuah institusi kewangan negara dan pemegang sijil Islamic Financial Planner (IFP). Merupakan lepasan Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan, Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Beliau boleh dihubungi di arham.merican@gmail.com.

error: Content is protected !!