Setelah berbulan – bulan hal ini telah diperkatakan, akhirnya Ripple yang merupakan salah satu syarikat blockchain terbesar di dunia, telah mengesahkan khabar angin ini.

 

 

Syarikat Gergasi Fintech Ripple (XRP) dalam webnya mengesahkan untuk bekerjasama dengan Bank of America (BOA), yang merupakan bank kedua terbesar di AS. Dalam kerjasama ini, Ripple menyediakan infrastruktur teknologi kepada Bank of America yang kini menggunakan teknologi RippleNet, yang merangkumi token XRP sama seperti ratusan institusi kewangan lain yang telah menggunapakai XRP.

Ripple mempunyai kerjasama dengan bank-bank gergasi dunia seperti American ExpressStandard Chartered, SBI Remit, Moneygram dan Santander.

Apa Sebenarnya Yang Dilakukan oleh Teknologi RippleNet?

Platform RippleNet milik syarikat gergasi Ripple ini menawarkan alternatif yang lebih berkesan kepada sistem pembayaran tradisional kepada bank. Teknologi ini digunakan terutamanya untuk pembayaran antarabangsa, ia membolehkan institusi kewangan melakukan transaksi antara satu sama lain dengan cara yang lebih pantas dan lebih murah berbanding dengan teknologi yang digunapakai sekarang.

Gergasi Fintech ini menggunakan token XRP untuk memberikan kecairan kepada transaksi yang dilakukan melalui RippleNet. Inilah sebab mengapa transaksi berlaku lebih pantas daripada biasa. Tetapi ini tidak bermakna semua rakan kongsi RippleNet menggunakan token XRP secara langsung.

Seperti dalam kerjasama ini, Bank of America menggunakan RippleNet, bukan XRP.

Boleh faham?

Harga XRP Meningkat Dalam 16 Bulan Terakhir

Sementara Ripple terus meningkatkan jumlah rakan kerjasama dengan banyak bank dan institusi kewangan di seluruh dunia, harga XRP mulai meningkat naik setelah lama dalam keadaan sideway.

Sepanjang tahun lalu XRP berada di antara MYR 0.80 – MYR 1.20 dan telah mula meningkat naik sejak beberapa hari lalu. Harga XRP berjaya melepasi paras halangan MYR 1.20 kesan dari kenaikan umum di pasaran cryptocurrency sejak minggu lalu.

Semasa artikel ini ditulis, XRP kini diperdagangkan pada MYR 2.92

Setakat ni dulu perkongsian kami tentang Ripplenet, jelas tak?

Amacam? Nampak tak potensi XRP ni?

Sudahkah anda mempunyai Portfolio XRP?
Jika belum dan tidak tahu cara-cara untuk setup, untuk khidmat nasihat anda boleh hubungi admin di sini >>>

Baca juga :
Ripple Menjadi Salah Satu Syarikat Yang Berkembang Pantas
Permintaan Baru Yang Banyak Telah Melonjakan Rangkaian Pembayaran Ripple

 

Photo : Herald Sheets, Crypto Gazette, Sumber : Ripplenet, The Daily Hodl &  CMC

<< Back 

error: Content is protected !!