Susulan SC warning Binance, kita jangan lah panik. Kalau kena block nanti pun, hanya ekses ke Binance saja yang kena sekat, aset kita yang kat dalam tu masih ada, bukannnya Binance kena hacked ke apa, sama la mcam kes macam SC sekat Remitano, tapi sampai sekarang pun kita masih lagi boleh login Remitano – 1 domain Remitano SC sekat, 5 domain baru Remitano buat dan elok elok jer bolehlogin sampai ke lani.

Saya percaya Binance pun akan buat macam ni, mereka tentunya ada solution mereka sendiri selepas 5 negara dah sekat mereka, ini bukan kes micro atau kes individual/personel, ini kes melibatkan komuniti 1 negara – kalau rujuk https://t.me/MalaysiaCryptoversity/3722 mereka sudah bgtau detail.

Kepada yang nak pakai VPN tu, jangan lah pakai VPN yang IP dari negara yang di ada isu dengan Binance, nt WD tak lepas.

Bagi newbie, anda tentu panik, stress, geram sebab banyak benda lepas ni nak kena buat, spt : transfer ke private wallet & exchanges lain jika nak trade

Tapi anda jangan lah panik,bila panik macam-macam boleh silap, salah wallet address la, salah network la & macam-macam lagi.

Kat sini saya nak share beberapa tip apa yang anda boleh buat.

1. Belajar guna provate wallet, belajar transfer keluar aset – aset anda ke private wallet.

2. Belajar jual beli guna extension wallet, Metamask contohnya (klik sini untuk Tutorial Setup Metamask)

3. Belajar guna DAX lain ada banyak kat luar sana: kucoin, poloniex, huobi, ftx, kraken dan macam-macam lagi.

4. Belajar trade tanpa leverage (futures), pakai spot saja sebab market crypto sangat volatile, kalau trade futures nanti takut anda gelabah nak transfer keluar aset tapi portfolio masih loss dan tak pasal – pasal anda rugi.

5. Untuk lebih selamat lagi,transfer aset ke DAX yang di iktiraf oleh SC seperti Luno, tapi dalam tu anda hanya boleh trade 5 aset jer (Oh SC sungguh ketinggalan zaman kita ni..korang duk zaman batu ke apa ni?)

 

Dan yang akhir sekali…

Rileks..rilek..rilek…tak panik, tak payah gelabah

Tunggu update dari Binance, SC dah buat keje mereka sekarang giliran Binance pula respond kepada SC.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua.

error: Content is protected !!