Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia telah mendaftarkan dua pengendali Tawaran Pertukaran Permulaan – Initial Exchange Offering (IEO) iaitu Kapital DX Sdn Bhd dan Pitch Platforms Sdn Bhd untuk mempromosikan inovasi yang bertanggungjawab ini dalam ruang aset digital.
Pengendali IEO yang berdaftar akan menyediakan jalan alternatif untuk syarikat yang layak mengumpul dana melalui pengeluaran token digital di Malaysia.
Penerbit boleh mengumpul dana sehingga RM100 juta daripada pelabur runcit, pelabur sofistikated, serta ‘Angel Investor’, tertakluk kepada had pelaburan yang disediakan dalam Garis Panduan SC mengenai Aset Digital.
Pengendali baharu ini akan dikehendaki menjalankan penilaian yang diperlukan, antara lain, untuk mengesahkan cadangan nilai digital penerbit, menyemak cadangan dan pendedahan pengeluar dalam Kertas Putihnya dan menjalankan usaha wajar yang komprehensif ke atas pengeluar dan tawaran tokennya, sebelum menganjurkan token digital penerbit pada platform mereka.
Selain itu, mereka akan diberi masa sehingga sembilan bulan untuk mematuhi semua keperluan kawal selia sebelum memulakan operasi, dan ini termasuk melaksanakan proses Pencegahan Pengubahan Wang Haram/Membanteras Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) yang teguh dan berkesan untuk mengurangkan Risiko Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (ML/TF).
Dapatkan 36 video panduan lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 16 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.
