Sambungan kepada post Part 1.
Part 1 kita dah sembang kepantasan dan Scalability SEI, part ni kita sembang adakah betul SEI ni blockchain yang paling power untuk kegunaan DeFi/Trading/Finance.
Yang belum terbaca Part 1, boleh cuba baca kat sini >>>

Post kali ini agak panjang ya. Mungkin yang terpanjang dalam sejarah page ini. 🤣🤣

Macam biasa, sumber utama saya masih Website dan Whitepaper SEI.
Website : https://www.sei.io/
Whitepaper : https://github.com/…/main/whitepaper/Sei_Whitepaper.pdf

Kalau tengok pada Website dan Whitepaper SEI, pada pendapat saya, ada beberapa marketing point yang mungkin SEI guna untuk claim kononnya SEI ni Defi/Trading specific blockchain. Point tersebut adalah, FAST, Frontrunning Protection, Native Matching Engine/On Chain Order Book.
Untuk point Fast dan Frontrunning Prevention, saya akan cuba gabungkan penjelasannya.

Lihat pada gambar perbandingan antara BTC ETH SOL SEI di website atau lihat gambar dibawah.
Nampak tak BTC,ETH, SOL tu semua tiada frontrunning prevention manakala SEI ni pula ada?

So, apa itu Frontrunning Prevention?

Untuk nak faham lebih, boleh cuba google apa itu MEV (Maximal/Miner Extractable Value) . Dan kita juga kena tahu yang setiap transaksi blockchain adalah terbuka dan transparent tak kisah la mereka dah finalize atau still pending.

Secara ringkasnya, MEV ni merupakan keadaan dimana miner/validator cuba mengubah susunan pending transaksi dalam dunia blockchain untuk kepentingan mereka atau pihak tertentu. Dulu, sebelum era PoS, miner, tak kisah la miner BTC ETH dll, mereka menjana hasil dengan mining reward dan transaction fee.

Part mining rewards tu tiada hanky-panky, tapi kat Transactions fee tu selalunya banyak perkara boleh berlaku. Transaction fee tu adalah gas fee yang kita bayar untuk transaction blockchain. Contoh, semua tahu gas fee atas platform ETH paling mahal kan? Gas fee ni akan dapat pada siapa nanti? Miner/validator.

Miner/validator selalunya akan tengok transaction mana yang offer gas fee yang tinggi, dan itu la yang mereka akan process dahulu. Makin tinggi gas fee, makin untung la miner/validator. ETH EIP 1559 tu contoh dimana kita boleh set berapa gas fee/tips kita nak bagi pada miner supaya mereka dahulukan process transaction kita.

Makin mahal gas fee yang kita sanggup bayar, maka makin cepat la transaction kita diproses.

Yang berminat, boleh cuba baca posting pasal EIP 1559 di post lama link dibawah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=447340703350873&id=331595004925444

Jadi apa kaitan MEV ni dengan DeFi/Trading?

Nak cepat transaksi cepat, offer je la gas fee tinggi sikit kan? Apa yang complicated sangat?

Cuba bayangkan senario ni. Jerung A nak dump sesuatu coin kat DEX, tapi macam biasa la kan kalau platform ETH ni, lepas swap kat DEX tu, bukan sekelip mata terus trade/swap tu lepas/finalize kan?

Kena tunggu lama juga kan apa lagi kalau kebetulan terkena dengan timing network tengah sibuk. Selalunya 20-30 minit juga kena tunggu kan?

Dalam crypto trading ni, biasanya kalau ada jerung besar dump holding mereka, harga coin tu tentu akan terus jatuh junam kan?

Cuba bayangkan kalau kita dapat awal tahu info jerung tu nak dump holding mereka, pastu kebetulan kita juga ada hodl coin yang sama, apa kita akan buat?

Sudah tentu kita juga akan cuba jual coin tu sebelum jerung tu dump holding mereka kan?

Disini la kejadian MEV tu boleh berlaku. Kalau saya tahu awal jerung tu nak dump coin mereka, maka saya juga akan dump coin saya sebelum trade jerung tu lepas/finalize.

Bagaimana caranya?

Offer gas fee/tips yang lebih tinggi supaya miner/validator dahulukan proses swap/trade saya itu sebelum trade/swap jerung itu. Dengan itu, saya akan terselamat daripada kesan price dumping oleh jerung itu dan saya dikatakan telah extract value yang maximal dari info transaksi blockchain tu. Dengan menggunakan info awal itu, maka saya telah terselamat daripada kesan price dumping oleh jerung itu.

Contoh lain, cuba bayangkan kalau kita tahu awal ada jerung/group nak pump sesuatu coin tu, apa kita akan buat?

Sudah tentu beli sebelum mereka pump/beli kan?

Macam biasa, bayar gas fee yang lebih tinggi supaya trade kita lepas dahulu sebelum trade jerung itu. Lepas kita beli, pastu order jerung tu lepas, harga coin spike, pastu kita dump coin tu dan profit 100x.

Easy money. Profit yang maximum dari info awal yang kita dapat.

Macam mana? Dapat tangkap sikit apa konsep MEV ni?

 

Persoalannya, adil ke MEV ni?

Banyak taktik MEV ya, dan bukan setakat trader/user yang akan guna konsep MEV, miner/validator tu semua pun pakai taktik ni ya, selitkan/sandwich order mereka sebelum mana-mana transaksi yang berpotensi memberi untung yang tinggi.

Kejadian “bribe/rasuah” pun boleh berlaku wey nak cepat punya pasal.
Frontrunning ni salah 1 taktik MEV. SEI ni kan kata mereka ada Frontrunning Prevention.

So, bagaimana mereka boleh dapat cegah frontrunning dan dll taktik MEV? FAST.

Transaksi finalize dalam masa sub-zero finality. Tak sempat kita dapat info, trade/swap tu dah lepas dah. Even dah dapat info pun, tak sempat tekan butang trade/swap, transaksi jerung tu pun dah lepas dah.

Kiranya kita bertarung dengan masa la kan. Every milisecond count.

Senang je kan. MEV kat ETH platform senang berlaku sebab ada jurang masa yang lama sebelum sesuatu transaksi tu lepas/finalize. So, SEI yang scalability laju dengan Sub-Zero TTF tu kononnya boleh la counter aktiviti MEV ni.

Btw, jika nak baca lebih pasal MEV ni, boleh cuba baca Flashbot link di bawah ni. Selain flashbots, boleh juga cuba baca BackRunMe jika nak tahu lebih pasal dunia MEV ni.

https://www.flashbots.nethttps://backrunme.com/

Selain itu, bahagian 4.3-Frequent Batch Auctioning kat whitepaper SEI tu juga salah 1 cara SEI untuk counter taktik MEV. Cuba bayangkan senario dimana miner/validator nampak ada 5 transaksi jerung besar pending proses untuk coin A, kelima-lima transaksi tu offer gas fee yang sama.

Susunan transaksi yang masuk adalah Buy-Buy-Sell-Sell-Buy.

Miner/Validator pun banyak yang bijak nak cari untung. Gas fee 5 transaksi tu semua sama, jika miner/validator proses ikut giliran, mungkin tiada ruang untuk buat MEV. Tapi cuba fikir, bagaimana kalau miner/validator tu ubah susunan transaksi jerung tu?

Kita ubah jadi Sell-Sell-Buy-Buy-Buy.
2 transaksi jerung Sell berturut-turut, harga coin dump kan?
Pastu 3 transaksi jerung buy berturut-turut pula, harga coin pump semula kan?

Cuba bayangkan kalau miner/validator SELITKAN order mereka sendiri antara Sell-Buy jerung tu?
Clear dahulu semua transaksi Sell jerung, Harga dah dump, pastu miner/validator selitkan order mereka sendiri untuk buy, pastu baru proses transaksi 3 Buy oleh jerung tu, pastu SELITKAN lagi order Sell miner/validator sendiri.

Maka untung la miner/validator kan?
Melalui Frequent Batch Auctioning SEI, maka transaction akan masuk secara bundle/batch, bukan asing-asing, maka ruang untuk miner/validator pecahkan dan adjust susunan transaksi juga dah tiada.
Dan ruang untuk buat MEV dah tiada.

Macam mana? Okay tak idea SEI untuk counter MEV ni?

Selain frontrunning/MEV prevention, antara marketing point lain SEI ni adalah On Chain Order Book/Matching Engine.

Ada 2 point di sini, iaitu ON CHAIN dan ORDER BOOK/Matching Engine. On Chain ni senang la kan, invest crypto ni basic fundamental off chain-on chain ni wajib tahu ya.

Boleh cuba google sendiri beza off/on chain dari segi Security, Scalability, Decentralization danTransparency.

Order book ni pula boleh cuba google AMM vs Order Book. Order book ni macam list buy/sell yang kita nampak kat CEX, AMM ni pula macam yang kita nampak kat Liquidity Pool DEX.

Cuba tanya diri kita sendiri, jika abaikan faktor centralized/decentralized, untuk trading, kita lebih suka guna CEX(Binance Kucoin Bybit MEXC dll) atau DEX(Uni Pancakeswap dll)?

Bagi saya, saya lebih suka guna CEX sebab boleh nampak buy/sell order, trading fee vs slippage yang lebih murah bahkan ada yang free saja, transaksi yang laju, dan liquidity yang lebih besar berbanding trade dalam pool DEX.

New Generation DEX sekarang pun banyak yang dah nak bergerak dari sistem AMM ke Order Book untuk beri user trading experiance yang sama seperti CEX tetapi dengan tahap decentralization dan transparency yang lebih tinggi.

Selepas isu FTX dan beberapa DeFi platform yang crash tahun lepas, bagi saya, konsep on chain order book oleh SEI ni agak bagus untuk digunakan secara meluas dalam DeFi. Melalui build in on chain order book SEI, mana-mana projek DEX DeFi atas platform SEI boleh share akses order book dan Liquidity SEI tu.

Ditambah lagi dengan Interoperability sesama blockchain dalam L0 Cosmos, bukan setakat DEX atas SEI, DEX lain dalam blockchain IBC Cosmos juga boleh akses liquidity dalam SEI.

Dalam DeFi, nak tengok projek tu maju ke tak, kita akan tengok TVL/liquidity yang platform itu ada. Tanpa liquidity, apa yang kita nak jual/beli atas platform tu kan?

SEI ni claim mereka dah selesaikan Exchange Trilemma iaitu Scalability,Decentralization dan Capital Efficiency. Scalability SEI selesaikan dengan TTF sub-zero finality, Decentralization diselesaikan dengan Layer 1+on chain order book, Capital Efficiency pula diselesaikan dengan Order book+shared liquidity.

So, agak-agak SEI ni boleh jadi the fastest L1 dan top blockchain untuk DeFi/Trading ke?

Pendapat peribadi, mungkin agak mencabar juga. Kalau guna point FAST, macam saya kata dalam Part 1 tu, belum tentu SEI ni the fastest blockchain. Kalau nak kata SEI ni ada Frontrunning/MEV Prevention, CANTO projek DeFi atas Cosmos tu pun ada MEV Prevention juga. Projek DEX seperti ArcherSwap, CoWSwap dan MistX ni semua pun utilize MEV untuk beri benefit kepada user mereka.

Jika nak kata ada On Chain Order Book, Injective Protocol yang juga L1 dan guna Cosmos SDK tu pun ada On Chain Order Book juga. Projek DEX yang dah lama atas ETH seperti Perp DEX dYdX tu pun guna konsep Order Book juga, Gridex tu pun guna On Chain Order Book juga. SERUM atas SOL tu pun guna Order Book sistem juga.

Bezanya pada ada yang Order Book mereka di L2 dan Off Chain saja.

Dunia DeFi crypto sekarang TVL hampir 60% adalah berada atas platform ETH, nak buat projek DEX ke apa-apa, Liquidity adalah sangat penting. Sebab tu masih banyak projek baru yang nak built on ETH supaya senang nak akses liquidity dan ekosistem ETH yang dah sangat complete dan besar.

TVL atas Cosmos sekarang pun masih jauh dibelakang ETH TRON BSC SOL dll.

Oh ya, SEI ni Permissioned Blockchain ya, bukan permissionless Blockhain macam BNB(BSC) ETH. Permissioned blockchain akan vote/saring project yang boleh dibina atas platform SEI, ertinya susah sikit shitcoin/project cap ayam/scam project nak launch atas platform SEI.

SEI ni coin jenis platform smart contract, jika ekosistem SEI banyak, maka permintaan untuk coin SEI juga akan tinggi sebab orang akan guna SEI ni sebagai gas fee. Demand tinggi, maka harga coin juga akan tinggi.

Tapi jika lihat pada part terakhir whitepaper SEI tu, dia kata no trading fee?

Marketing point SEI ni adalah On Chain Order Book/Matching Engine, projek DeFi atas SEI semua boleh akses dan guna Matching Engine SEI.
Tapi jika no trading fee needed, then dekat mana timbulnya demand untuk coin SEI ni?

Buat apa nak hold SEI jika trading fee tiada kan?
In future tak pasti jika SEI akan kenakan fee ke tak.

Dari segi potensi price SEI pula, bagi saya, di masa bear/red market ni, buy la coin apa sekalipun, bull run nanti hampir 70% coin dalam market tetap akan pump juga. Beza pada pump banyak atau sikit saja.

Untuk SEI, jika nak carry+hodl ke next bull run, mungkin saya akan cuba target ROI 10-15x dengan target price sekitar $1.5-$2.3. Tapi so far macam belum ada minat lagi nak carry+hodl SEI ni.

SEI bukan projek pertama yang perkenalkan konsep MEV prevention, Fast, dan On Chain Order Book.

Pendapat peribadi, projek DEX generasi baru pasni semua akan bergerak ke arah MEV Protection/Utilization dan akan guna Order Book sistem juga berbanding menggunakan AMM seperti DEX generasi lama seperti Uniswap Sushiswap dan Pancakeswap semua tu.

Kelebihan On Chain tu rasanya tetap tak akan dapat tandingi kelebihan Capital Efficiency/Liquidity yang mana sekarang ini banyak tertumpu atas platform ETH.

Apa-apa pun, penulisan sekadar pendapat peribadi.

Kepada yang gigih baca habis, anda memang terbaik.
Membaca jambatan ilmu😁😁

Moga semua coin yang anda carry ke bull run semua hit target ROI. 😁😁
NFA. DYOR.
YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.

Kepada Yang Berminat Menjana Pendapatan Kripto Secara Santai, boleh lah sertai bengkel 2 hari (face to face) Beranikripto pada 23 & 24 Sept nanti di Kuala Lumpur.

📚Yuran Bengkel:
👉 1. Early Bird 1 – Rm1369 (sebelum 30 Ogos)
👉 2. Normal – Rm1769 (Sept 2023)

>> Video Testimoni Pelajar MyCryptoversity
>> Hubungi admin @Blockversity

error: Content is protected !!