Ada peminat coin jenis platform smart contract lepak disini?

Jom kita DYOR sikit pasal SEI ni. Nampak ada orang komen minta bahas SEI ni kat post kemarin tu.

SEI ni projek yang dibangunkan dengan menggunakan Cosmos SDK, pendek kata SEI ni merupakan blockchain L1 atas blockchain L0 Cosmos ATOM. Sama macam coin seperti LUNC LUNA IRIS JUNO OSMO CRO CANTO, semua ni juga projek L1 atas L0 Cosmos. BNB BEP2(Binance Beacon Chain) dulu tu pun guna Cosmos SDK juga.

Btw, ada yang berminat nak tahu lebih pasal L1 L0 dan SDK seperti Cosmos SDK dan Polkadot Substrate SDK ni semua?
Cuba komen kat bawah, kalau banyak request, nanti kita cuba buat posting lain untuk sembang pasal topik ni.

Post kali ni kita fokus SEI dulu.😬

 

Apa kelebihan SEI ni jika dibandingkan dengan platform smart contract seperti ETH, SOL, BNB, FTM SUI, AZERO, APT dll tu?

Btw, coin Fintoch FTC yang otai crypto Borneo rajin promote tu pun tergolong dalam kategori coin jenis platform smart contract juga ya. Baru-baru ni FTC dengar-dengar macam dah rebranding ke Standard Cross Finance Chain SCF dah, ada perkataan Finance tu.

SEI ni pun fokus dalam Finance/DeFi/Trading, twitter youtube banyak orang review, pastu grand listing kat major CEX pula tu.

FTC/SCF ni pula bila nak listing major CEX? Whitepaper dah update baru ke?

Antara projek legit dan scam, sekilas pandang je pun dah boleh bezakan ya. Kepada yang masih hodl on to FTC/SCF, insaf dan taubat la, kembali la ke dunia sebenar teknologi blockchain. 🤣🤣

Balik kepada SEI, lepas baca whitepaper dan website mereka, bagi saya, mungkin marketing point yang paling utama untuk SEI ni adalah FAST dan DeFi/Trading Specific blockchain. Untuk post SEI ni, kita sembang sama ada betul ke SEI ni fast dan bagaimana SEI ni boleh jadi DeFi/trading specific blockchain.

Sumber saya ambil dari Website dan whitepaper SEI ya.

Website
https://www.sei.io/
Whitepaper
https://github.com/…/main/whitepaper/Sei_Whitepaper.pdf

Fast. So, Betul ke SEI ni paling laju?

Hurmmm..Dah berapa banyak projek yang claim mereka ni the fastest blockchain ya? SOLANA yang dulunya claim the fastest blockchain dan TPS kononnya cecah 65k tu pun dah kecundang, banyak kali dah blockchain SOL down/hang. Yang lawaknya pula, sehingga kini, masih tiada penyelesaian yang solid untuk SOL ni. Pendek kata, anytime je blockchain SOL ni boleh jem/hang.

So, SEI yang kononnya claim the fastest blockchain ni boleh percaya ke?

Kalau tengok kat website SEI tu, mereka ada buat perbandingan TPS antara BTC ETH SOL dan SEI. Boleh lihat gambar dibawah. Agak menarik data yang mereka guna sebab TPS SOL tu mereka letak 10k TPS saja, bukan ke kebanyakan sumber kata SOL ni TPS 65k?

Pendapat saya, data 65k TPS ni mungkin jika kita kira user Tx dan Consensus communication sesama Nodes sekali. Kebanyakan blockchain hanya claim TPS berdasarkan user Tx, so 10k TPS untuk SOL yang SEI guna untuk perbandingan tu mungkin hanya TPS yang SOL mampu handle untuk kegunaan user Tx. Untuk ETH pula, SEI kata ETH TPS hanya 20 TPS. 1 perbandingan yang mungkin tak tepat bagi saya. 20 TPS ETH ni untuk era ETH Proof of Work, masuk era ETH Proof of Stake ni TPS ETH dikatakan boleh cecah 1500- 2000 TPS. Pastu di fasa akhir upgrade ETH PoS nanti akan ada sharding untuk tingkatkan lagi Scalability ETH. Setakat ni, yang saya dengar adalah mungkin ETH PoS bila fully siap nanti akan 18 shard chain, tapi ada juga saya dengar ada yang kata akan ada 64 shard.

Tanpa sharding, TPS ETH adalah 2000 TPS. Jika dengan 18 shard chain, maka 18×2000=36000 TPS. Jika 64 shard chain, maka 64×2000=128k TPS. Ertinya, jika setakat banding dari segi TPS, maka ETH yang dah fully upgrade tu akan lebih tinggi TPS berbanding SOL dan SEI ni.

Kiranya tak la laju/Scalable mana pun SEI ni kan?

Kalau kita tengok jadual perbandingan tu, kita akan perasan BTC ETH SOL tu guna unit TPS, manakala SEI tu pula guna unit OPS.
TPS ni transaction per second. OPS ni pula Optimistic per Second.

Kita sentuh OPS lebih detail nanti.

Selain TPS, untuk nilai Scalability dan kelajuan sesuatu blockchain itu, antara faktor lain yang kita kena tengok adalah kelajuan TTF(Time to Finality). Kalau tengok dalam jadual perbandingan BTC ETH SOL SEI tu, kita boleh nampak dimana Transactional Time untuk SEI ni adalah 500ms atau bersamaan dengan 0.5saat.

Kiranya sangat laju la kan jika banding dengan TTF BTC 60min, ETH 6min, dan SOL +-2.5saat.

Apa beza TPS dan TTF ni?

Cuba bayangkan situasi di pejabat kerajaan A dan B. Di pejabat A, ada 5 kaunter dibuka dan setiap kaunter tu mampu selesaikan urusan pelanggan dalam tempoh 10 minit. Dekat pejabat B pula, ada 3 kaunter dibuka dan setiap kaunter tu mampu selesaikan urusan pelanggan dalam tempoh 2 minit sahaja.

Pejabat mana yang lebih efisien?

Dalam tempoh 10 minit, Pejabat A akan mampu process 5×1=5 pelanggan. Pejabat B pula dalam masa 10 minit akan mampu proses sebanyak 3x(10/2)=15 Pelanggan. Jumlah kaunter tu ibarat TPS, Kecepatan/Efficieny setiap kaunter tu pula ibarat TTF.

Setakat TPS laju/banyak kaunter dibuka, tapi proses nak layan urusan pelangan slow tu pun tiada guna kan?

Kaunter kena banyak, pastu setiap kaunter kena laju layan urusan pelanggan baru ada guna kan? Blockchain juga begitu, TPS tinggi mana sekalipun, jika TTF tu rendah pun tiada guna juga. Kaunter B tu proses laju, tapi kalau jumlah pelanggan dah terlalu banyak, sama juga akan mengambil masa yang lama untuk proses semua pelanggan kan?

So, TPS dan TTF kena la scale bersama.

Jika setakat tengok pada TPS, APT SUI dan ada banyak lagi blockchain yang lebih laju daripada SEI. Tapi kalau tengok dari segi TTF tu, SEI ni mungkin adalah yang paling laju setakat ni. TTF bawah 1 saat ni biasanya kita panggil Sub-zero Finality.

Setakat ni, jika tengok gambar data dari Messari dibawah, antara blockchain yang dah berjaya hit Sub-Zero Finality ni antaranya adalah AVAX APT dan SEI.

Kat website SEI, mereka claim 500ms(0.5s) TTF, data Messari tu pula kata 600ms(0.6s).

So, adakah SEI dengan 0.6s TTF ni dah paling laju?

 

AZERO ni pernah dengar?

AZERO ni pun antara blockchain yang guna marketing point the fastest blockchain, TTF kononnya dah cecah 416ms(0.416saat) semasa testing dengan AWS.

Lihat gambar dibawah atau baca di link dibawah.

AZERO
https://medium.com/…/aleph-zero-not-just-a-regular…

Btw, kenapa SEI ni boleh hit TTF yang sangat rendah berbanding blockchain lain?

Team SEI guna cara Twin Turbo Consensus+Blockchain Parallezation+Native Order Matching Engine untuk melajukan/Scalable blockchain mereka. Boleh baca detail kat whitepaper ya, sehari tak siap jika nak type terangkan semua ni.

OPS Optimistic Block Processing per seconds tu ada diterangkan dalam part Twin Turbo Consensus tu. Blockchain lain guna unit TPS, sebab block(transaction) tu dah FINAL dah. SEI ni pula guna unit OPS, sebab transaction tu tak FINAL lagi, masih boleh dicabar/discarded jika ada bad actor yang submit fraudulent transaction.

Konsep Optimistic ni ibarat kita bersikap optimistik, iaitu semua transaksi dianggap legit selagi tiada orang complaint ada fraud berlaku, pasal “sikap” optimistik tu maka proses “Pre-vote” dan “Pre-commit” tu SEI skip terus, kat situ dah jimat 300ms(0.3saat).

Laju tu memang laju la kan, tapi dari segi Security wise pula macam mana?

Banyak dah saya nampak kes orang bersangka baik/optimistik, pastu in the end kena tikam kat belakang juga, sakit wey. 😂😂

Kat part Blockchain Parallezation tu juga agak menarik sebab mereka ada buat perbandingan dengan DAG. Lihat gambar dibawah.

Crypto yang guna DAG seperti FTM HBAR ni claim mereka laju sebab mereka boleh propagate information melalui hashes/cabang, tak macam old school blockchain yang sebaris sahaja. APTOS, SUI, SOL tu pun guna taktik Blockchain Parallezation ya. Native Order Matching Engine tu pula boleh cuba google CLOB jika nak lebih mudah faham.

So, jika analisis dari segi point FAST tu, bagi saya, claim la TPS TTF tu laju mana sekalipun, kena juga tunggu projek dah take off, traffic dah mula masuk network, kena battle tested dulu baru boleh percaya marketing Fastest Blockchain tu.

Part Fast dah siap analisis.

Jom ke part Specific Blockchain for DeFi/Trading pula. Huhhhh..Penat pula menaip ni, sambung esok je la ya untuk part SEI for DeFi/Trading ni. Sabar peminat semua.🤣🤣

Penulisan sekadar pendapat peribadi. DYOR. NFA.

Kepada Yang Berminat Menjana Pendapatan Kripto Secara Santai, boleh lah sertai bengkel 2 hari (face to face) Beranikripto pada 23 & 24 Sept nanti di Kuala Lumpur.

📚Yuran Bengkel:
👉 1. Early Bird 1 – Rm1369 (sebelum 30 Ogos)
👉 2. Normal – Rm1769 (Sept 2023)

>> Video Testimoni Pelajar MyCryptoversity
>> Hubungi admin @Blockversity

error: Content is protected !!