KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pelaburan mata wang kripto dikenali ‘AliExchange’ yang dipercayai mengakibatkan pelabur kerugian RM4.7 juta.
Kejayaan itu berikutan penahanan sembilan individu, termasuk dalang utama sindiket berkenaan dalam satu operasi pada Isnin lalu.
Dengan menawarkan kadar keuntungan antara 5 hingga 15 peratus, seramai 27 pelabur tempatan menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan melibatkan kerugian lebih RM4.7 juta sejak ia mula beroperasi pada Mac hingga Oktober tahun lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, bagi meyakinkan mangsa, sindiket telah mengupah warga Eropah sebagai penceramah bagi mengadakan seminar di hotel di beberapa negeri.
Untuk lebih meyakinkan mangsa, sindiket ini menggunakan platform dagangan matawang krpto, dikenali sebagai AliCoin yang mana pelabur diberi akses melalui aplikasi AliExchange yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.
“Keuntungan yang dijanjikan adalah 5 hingga 15 peratus sebulan berdasarkan jumlah pelaburan yang dibuat.
“Mangsa dikehendaki membeli AliCoin (matawang digital) dengan harga RM4.70 bagi setiap satu AliCoin.
“Jumlah minimum yang ditawarkan sebanyak 10,000 AliCoin bersamaan dengan nilai RM47,000,” katanya pada sidang media di Menara KPJ, hari ini.
Susulan itu, pihaknya telah menangkap sembilan suspek warganegara Singapura berusia 32 hingga 59 tahun di sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, pada 14 Disember lalu.
“Dalam serbuan bermula kira-kira jam 8.50 pagi hingga 12.50 tengahari itu, pihak polis turut menangkap seorang lelaki disyaki perancang utama sindiket itu.
Katanya, polis masih memburu tiga lelaki bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Seorang dikenali sebagai Haji Rashid, umur dan alamat terakhirnya belum dikenal pasti. Seterusnya, kita cari Mohamad Mohamed Nordin, 39, beralamat No 21, Lorong Desa Sutera, Taman Desa Sutera, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
“Seorang lagi, Mohd Amin Hassan, 48, dengan alamat di Kampung Lubok Kepong, Batu Enam, Segamat, Johor,” katanya.
“Polis turut merampas lima kereta mewah, 11 telefon bimbit, 20 kad ATM pelbagai bank, dua kad kredit, empat tablet, lima komputer riba, satu hard disk, seutas jam mewah, pelbagai dokumen pelaburan AliExchange dan wang tunai dengan nilai rampasan mencecah hampir RM2 juta,” katanya.
Beliau berkata, kesemua suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
“Saya hampir terjebak dalam skim pelaburan scam crypto, tetapi nasib baik saya sempat bertanya cikgu mayee tentang skim tersebut dan saya terus buat keputusan untuk belajar dengan beliau. Dengan modul yang tersusun rapi yang disediakan oleh beliau, bermula dari asas crypto sehinggalah kepada fundamental crypto, cara trade crypto sekarang saya sudah celik dan mahir tentang crypto, tahu bagaimana nak buat keuntungan dalam crypto dengan kaedah yang cukup mudah.
High recommended kelas cikgu mayee!“
“Undang-Undang memperuntukkan hukuman sehingga 10 tahun penjara dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
“Pihak polis juga akan mengambil tindakan diambil di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA),” jelasnya.
Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan testimoni dan janji-janji tawaran keuntungan lumayan dalam masa singkat.
“Sebaliknya hanya tiga pelaburan Bitcoin di Malaysia yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang boleh dipercayai.
Antaranya ialah LUNO (M) Sdn Bhd
Sumber : MalaysiaGazette & Berita Harian
Please let me know if you’re looking for a article writer for your weblog. You have some really great articles and I feel I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I’d really like to write some material for your blog in exchange for a link back to mine. Thanks!
sound great sir, maybe we can dp some link exchange
Well-written article. I was checking continuously to this website and Im really inspired! Very educational information, especially the fifth sentences. I really want this kind of info. I was looking for this particular knowledge for a very long. Thankx and best of luck.
My pleasure..thanks for follow our blog!