7 minit bacaan
Dalam kehidupan seharian, kita membuat pelbagai jenis kontrak. Kontrak ini adalah perjanjian yang melibatkan pertukaran nilai. Perjanjian ini boleh terdiri dari yang sederhana hingga yang kompleks, dari membeli kopi pada waktu pagi hingga menandatangani gadai janji untuk rumah. Cardano, blockchain generasi ketiga pertama yang berkembang daripada falsafah yang dikaji oleh kajian pakar, akan melancarkan platform smart contract sendiri pada masa akan datang iaitu Plutus. Matlamat Plutus adalah untuk memodelkan kontrak yang paling luas yang ada di dunia pada hari ini dalam bentuk smart contract yang selamat & boleh diprogramkan secara digital.
Apa Itu Smart Contract?
Kontrak tradisional adalah perjanjian yang terikat dari segi undang-undang mengenai penjualan, pinjaman, pembelian dan banyak lagi. Untuk smart contract, kontrak tradisional itu akan wujud dalam bentuk digital yang dapat diprogramkan pada blockchain Cardano yang terdesentralisasi serta berskala, lestari, dan boleh saling beroperasi (interoperable). Konsep “perjanjian” akan dihapuskan dari kontrak. Sebaliknya “perjanjian” (seperti menandatangani kontrak, berjabat tangan atau setuju secara lisan), smart contract Cardano akan memastikan bahawa ada jaminan digital yang dijamin oleh perisian (software-ensured) bahawa tidak ada yang pihak yang terlibat dapat merosakkan kontrak melalui tindakan jahat.
Smart contract Cardano tidak akan bergantung pada tindakan individu, syarikat atau kerajaan untuk melaksanakan smart contract. Sebaliknya, mereka akan bergantung pada pelaksanaan smart contract berkod sendiri (self-coded) untuk mengawal pemindahan dana antara peserta atau pengguna kontrak tersebut. Apabila syarat-syarat tertentu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak yang terlibat, maka hasil perjanjian akan dilaksanakan secara langsung dan hasil perjanjian tersebut akan dikodkan secara digital ke dalam kontrak.
Hasil daripada smart contract ini akan kekal selamanya di blockchain Cardano yang diedarkan. Peserta akan melakukan smart contract secara eksklusif di rangkaian Cardano yang diedarkan. Ini akan menjamin semua perincian kontrak direkodkan secara digital dengan selamat dan boleh dipercayai. Cardano akan menjadi sistem pembukuan global untuk individu dan syarikat di seluruh dunia, terutamanya kerana ia dibina untuk generasi terakhir dan menjadi protokol pilihan bagi pihak yang perlu menangani data berskala besar.
Memandangkan Cardano adalah blockchain generasi ketiga pertama yang berkembang daripada falsafah saintifik dan pendekatan yang berasaskan penyelidikan, Cardano dibina untuk menjadi berskala, lestari, dan boleh saling beroperasi dengan sistem blockchain & legasi yang lain. Berbanding dengan projek protokol blockchain yang lain, Cardano sangat unik dan berbeza dalam beberapa hal:
- Pembangunan protokol berdasarkan kajian pakar.
- Penggunaan kod jaminan tinggi yang terdapat pada tahap kejuruteraan tertinggi.
- Penggunaan Haskell sebagai bahasa yang berfungsi untuk pembangunan protokol yang selamat.
Smart contract untuk Cardano perlu ditulis dalam Plutus atau IELE dan bertujuan untuk menyokong tahap jaminan yang lebih tinggi. Plutus adalah bahasa smart contract yang menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming languange) Haskell. Haskell diiktiraf di peringkat akademik dan pemaju kerana gabungan bakat akademik dan industri dengan kelayakan teras dalam sains komputer. Oleh itu, menulis smart contract akan menjadi lebih selamat dan lebih dipercayai daripada bahasa smart contract yang lain.
Platform Plutus akan menjadi perpustakaan Haskell dan akan menjadi kotak alat yang dapat diakses oleh pemaju untuk membuat smart contract dan dapat menyokong kod yang berjalan on-chain dan off-chain. Disebabkan kajian pakar dan jaminan tinggi, kod untuk smart contract Cardano selamat, diuji, dan didokumentasikan. Pada akhirnya, pendekatan ini didorong oleh penyelidikan yang digunakan oleh pasukan akademik yang bertauliah secara profesional dan pakar kriptografi yang dapat memisahkan smart contract Cardano dan Cardano, dari yang lain di ruang tersebut.
Kekuatan smart contract Cardano pada masa depan terletak pada kemampuan untuk menjadi entiti yang tidak boleh berubah & dipercayai untuk pemindahan aset pihak berkepentingan (stakeholder). Aset pihak berkepentingan ini diperlukan untuk pihak yang terlibat untuk mengambil bahagian dalam kontrak. Aset yang akan dipindahkan ke dalam kontrak akan dilakukan mengikut peraturan yang dipersetujui oleh pihak yang terlibat, dan diprogramkan ke dalam kontrak.
Namun, dana yang komited untuk smart contract tidak akan pernah “dikunci” untuk jangka waktu yang tidak terhingga. Pengarang dapat memastikan bahawa terdapat waktu tamat, supaya dana dapat dikembalikan setelah jangka masa tertentu. Smart contract yang ditulis dan diprogramkan dalam Plutus pada blockchain Cardano memberikan setiap pihak yang terlibat dapat melihat sepenuhnya apa sebenarnya kontrak tersebut. Apabila ditulis dengan betul, mustahil bagi seorang pelaku jahat untuk turut serta dengan cara permusuhan (adversarial way).
Cardano sudah pun membenarkan pemindahan nilai dan ketelusan transaksi ADA melalui Seiza Cardano Blockchain Explorer yang dibangunkan EMURGO. Sebagai contoh, EMURGO mengetuai kempen bagi pemegang ADA untuk menggunakan aset digital ADA Cardano untuk membeli barang makanan di cawangan utama Osaka “BBQ Restaurant Tamura.” Ini menunjukkan utiliti sebenar ADA dan kemudahan penggunaan Wallet Yoroi yang dibangunkan EMURGO untuk menghantar dan menerima ADA. Semua transaksi ADA dapat dilihat dalam masa nyata di Seiza.
Baca juga: Ramalan Menunjukkan ADA Boleh Mencapai $3-$5 Selepas Alonzo Hard Fork
Contoh Kes Penggunaan Smart Contract Blockchain Cardano : Crowdfunding
Pengumpulan dana secara besar-besaran (Crowdfunding) telah muncul sepanjang dekad yang lalu sebagai cara yang adil dan seimbang untuk mengumpul kapital awal. Kapital awal ini, yang disumbangkan dalam jumlah kecil oleh sebilangan besar orang, membantu membina projek sehingga siap. Setelah projek dibiayai sepenuhnya, produk akhir dibuat dan kemudian dihantar kepada penyumbang kewangan (financial contributors). Sekiranya produk tidak dibiayai sepenuhnya, wang yang telah dikumpulkan akan dikembalikan kepada penyokong kewangan (financial backers). Ini adalah kaedah popular untuk mengumpul kewangan yang mengabaikan usaha pembiayaan tradisional atau permulaan pinjaman.
Seperti yang telah kita lihat di atas, kontrak adalah satu bentuk perjanjian. Dalam konteks crowdfunding, perjanjian ini dapat dilihat dengan jelas. Sekiranya projek tidak mendapat dana yang mencukupi, wang tersebut akan dikembalikan kepada penyumbang. Sekiranya mencukupi, wang itu digunakan untuk membiayai projek tersebut.
Smart contract yang dibina di blockchain Cardano dapat digunakan untuk mewakili kempen crowdfunding dengan ketelusan dan keselamatan mengetahui bahawa jika syarat tertentu tidak dipenuhi, dana akan dikembalikan kepada penyumbang. Sekiranya sejumlah masa berlalu dan sasaran projek tidak tercapai, wang itu akan dikembalikan kepada penyokong. Sekiranya matlamat itu tercapai, wang tersebut akan dilepaskan kepada pencipta projek. Dalam kedua-dua senario ini, kontrak dipengaruhi oleh peredaran masa (kempen pengumpulan dana masa terhad) dan tindakan orang lain (nilai pengiriman).
Ini adalah salah satu kes penggunaan yang tidak terkira untuk smart contract berasaskan Cardano pada masa akan datang.
Apa Itu Plutus Core?
Smart contract yang dijalankan di blockchain Cardano akan ditulis dalam bahasa pengaturcaraan (programming language) yang disebut Plutus Core. Pencipta smart contract tidak menulis secara langsung dalam Plutus Core. Sebaliknya, mereka akan menulis kontrak di Platform Plutus seperti yang disebutkan sebelumnya. Ini adalah kit pembangunan perisian (SDK).
Kit pembangunan perisian boleh dianggap sebagai kotak alat (toolbox) dan meja kerja (workbench) yang membantu pembina atau pembangun membina sesuatu. Pembangun aplikasi menggunakan SDK untuk membangunkan aplikasi untuk platform mudah alih (mobile platform) menggunakan kod yang dapat difahami oleh manusia, tetapi ia akan dijalankan dengan cara yang difahami oleh komputer. Platform Plutus akan membolehkan pembangun menulis smart contract dengan cara yang mudah difahami, yang akhirnya akan dijalankan pada teras blockchain Cardano sebagai Plutus Core.
Konklusi
Kesimpulannya, smart contract blockchain Cardano akan menjadi kaedah digital yang sangat berkesan untuk memodelkan & melaksanakan kontrak dunia nyata. Kontrak dan perjanjian mengenai nilai pada asasnya membentuk dunia kewangan kita. Kontrak-kontrak ini, apabila ditulis di blockchain Cardano, menawarkan nilai dengan memberikan penglihatan sepenuhnya kepada semua peserta kontrak, sementara juga memberikan keselematan yang ekstrem dan kontrak dapat dilaksanakan sendiri (self-execute) sesuai dengan keadaan yang diprogramkan.
Pembangun akan dapat menggunakan Platform Plutus untuk mencipta kaedah yang kompleks namun berkesan untuk memindahkan nilai dengan selamat dan memberikan perkhidmatan kepada sejumlah besar orang di seluruh dunia.
Sumber daripada emurgo.io, iohk, investopedia, coinmarketcap dan mycryptoversity