S&P Dow Jones Indices (S&P DJI), penyedia indeks terkemuka di dunia mengumumkan pelancaran indeks cryptocurrency terkininya termasuk S&P Cryptocurrency Broad Digital Market (BDM) Index yang baru. BDM menyediakan gambaran prestasi yang luas daripada pasaran cryptocurrency dan merangkumi lebih daripada 240 coin semasa pelancaran.

Indeks ini adalah sebahagian daripada pengembangan siri penanda aras aset digital S&P DJI yang baru dilancarkan, Indeks Pasaran Digital S&P.

Indeks baru yang ditambah merangkumi yang berikut:

Indeks cryptocurrency yang baru ini menyertai penanda aras sedia ada yang membentuk S&P Digital Market Indices:

Indeks ini menggunakan data harga dari Lukka (pembekal perisian dan data crypto) untuk menentukan keseluruhan kelayakan dan harga setiap komponen. Jawatankuasa Indeks S&P DJI mentadbir kesemua indeks. S&P DJI pertama kali mengumumkan keupayaan indeks yang baru untuk aset cryptocurrency dengan Lukka pada Disember 2020.

Artikel lain: Firma Cryptocurrency Circle Untuk Menjadi ‘Awam’ Dengan Perjanjian Penggabungan $4.5bn!

Pasaran untuk aset cryptocurrency terus berkembang dan dengan itu, penanda aras yang telus (transparent) dan penyelesaian berasaskan indeks berdasarkan aset crypto dan blockchain lebih penting daripada sebelumnya. Indeks Pasaran Digital akan memudahkan para pelabur untuk mengakses dan menilai kelas aset yang didorong oleh teknologi yang baru muncul ini (blockchain) serta berpotensi mengurangkan beberapa risiko biasa yang berkaitan dengan pasaran tradisional yang spekulatif ini.

Kata Peter Roffman, Ketua Inovasi dan Strategi Global di S&P Dow Jones Indices,

“Selama lebih dari satu abad, indeks kami telah memberikan gambaran mengenai prestasi pasaran. Sekarang, dengan pengenalan S&P Cryptocurrency Broad Digital Market Index, kami menyediakan jawapan itu kepada pelabur cryptocurrency. Pengembangan keluarga Indeks Pasaran Digital kami memberikan salah satu gambaran paling luas daripada kelas aset yang berkembang pesat ini dengan kemampuan untuk ‘slice and dice’ berdasarkan permodalan pasaran. Kami teruja dapat membawa ketelusan (transparency) tambahan di tahap signifikan ini dalam pasaran cryptocurrency. “

Untuk pengetahuan, S&P Dow Jones Indices adalah sumber global terbesar untuk konsep berasaskan indeks penting, data dan penyelidikan serta sumber utama bagi petunjuk pasaran kewangan yang ikonik seperti S&P 500® dan Dow Jones Industrial Average®. Lebih banyak aset dilaburkan dalam produk berdasarkan indeks tersebut daripada produk berdasarkan indeks dari mana-mana penyedia yang lain di dunia. Sejak Charles Dow mencipta indeks yang pertama pada tahun 1884, S&P DJI telah melakukan inovasi dan mengembangkan indeks di seluruh spektrum kelas aset untuk bantu menentukan cara pelabur mengukur dan memperdagangkan pasaran.

S&P Dow Jones Indices adalah sebahagian dari S&P Global (NYSE: SPGI) yang memberikan kepentingan kefahaman untuk individu, syarikat, dan kerajaan untuk membuat keputusan dengan yakin. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati www.spglobal.com/spdji/.

error: Content is protected !!