Nama pun sudah dipanggil stablecoin, pasti ia satu coin yang stabil. Benarkah tanggapan itu?

Suatu ketika dahulu matawang USD boleh dikategorikan sebagai stablecoin yang bersandarkan pada harga emas. Tetapi sejak sistem wang fiat diperkenalkan, nilai USD tidak lagi terikat dengan harga logam berharga itu. Sama juga konsepnya dengan stablecoin yang digunakan dalam dunia matawang kripto. Stablecoin adalah matawang digital yang bersandarkan aset luaran seperti matawang USD atau mana-mana token kripto untuk menstabilkan harganya.

Tanpa stablecoin, pasaran decentralized finance (DeFi) tidak akan berkembang pesat dan pertumbuhan non-fungible token (NFT) pada ketika ini tidak mungkin berlaku. Jumlah pasaran modal stablecoin telah meningkat 10 kali ganda sejak awal tahun 2020 dengan Tether (USDT) menguasai pasaran dan menjadi stablecoin yang paling banyak digunakan.

Jadi, ayuh kenali secara ringkas jenis-jenis stablecoin yang ada di pasaran kripto. Mengapa sehingga kini industri matawang kripto masih terus berusaha menjadikan stablecoin algoritma benar-benar berfungsi. Apa keistimewaan stablecoin algoritma?

Jenis 1: Stablecoin yang bersandar pada nilai wang fiat

Stablecoin jenis ini juga dikenali sebagai off-chain collateralized stablecoin atau fiat-collateralized stablecoin. Biasanya nilai stablecoin ini akan diikat dengan nisbah 1:1 mengikut nilai wang fiat. Contohnya seperti Tether (USDT) dan USD Coin (USDC). Penerbit stablecoin memerlukan sejumlah wang fiat sebagai jaminan dan mengeluarkan token dengan jumlah yang sama. Walau bagaimanapun, pengguna perlu memberi kepercayaan kepada penerbit coin kerana mereka adalah entiti yang mengawalselia rizab wang fiat dan bertanggungjawab terhadap penerbitan dan penebusan token mereka.

Jenis 2: Stablecoin yang bersandar pada nilai token kripto

Stablecoin jenis ini adalah lebih kurang sama dengan Jenis 1, cuma bezanya ia bersandar pada nilai token kripto. Ia turut dikenali sebagai on-chain collateralized stablecoin atau crypto-collateralized stablecoin. Proses penerbitan coin ini dikendalikan menggunakan smart contract dan tiada pengawalan dari sesebuah entiti seperti penerbit coin. Contohnya MakerDAO (DAI) dan Synthetix (sUSD). Token akan diterbitkan melalui DeFi apabila pengguna mendeposit aset digital seperti ETH atau SNX sebagai cagaran. MakerDAO dan Synthetix masing-masing memerlukan sehingga 150% dan 600% aset digital sebagai cagaran/jaminan.

Jenis 3: Stablecoin Algoritma

Stablecoin jenis ini dipanggil non-collateral stablecoin. Istimewanya coin ini menggunakan algoritma bagi memastikan ianya didagangkan dengan nilai sekitar $1. Tujuan stablecoin jenis ini dicipta adalah untuk mencapai kecekapan modal (capital efficiency) yang lebih tinggi dari collateralized stablecoins yang mana ia berupaya mengekalkan pegangan dengan mengawal supply and demand hanya dengan menggunakan protokol. Protokol bertindak sama seperti “bank pusat” yang akan meningkatkan supply ketika situasi cenderung kepada deflasi dan mengurangkan supply ketika demand untuk membeli token rendah.

Tokenize

Menurut Lisa Jy Tan, pengasas Economics Design (sebuah syarikat kajiselidik ekonomi kripto), beliau telah melakukan kajian mendalam terhadap stablecoin algoritma dan mendapati bahawa ianya masih belum cukup bersedia untuk digunakan secara meluas. Selain itu, Sam Kazemian, pengasas bersama ensiklopedia terdesentralisasi, Everipedia berpendapat bahawa stablecoin algoritma adalah sama seperti Bitcoin yang transaksinya berlaku secara dalam rantaian, tetapi dengan menganggap nilainya stabil.

Masalah utama stablecoin algoritma adalah ianya memerlukan protokol yang mantap yang berupaya mengekalkan pegangan dengan mengimbangi supply and demand semasa dengan cekap. Basis Cash dan Empty Set Dollar dilihat masih tidak dapat mencapai kestabilan. Tetapi FRAX dan UST boleh dikatakan sangat stabil. Walau apapun, masalah paling utama ialah membina keyakinan dan kepercayaan pengguna dan ini akan memakan masa mungkin bertahun-tahun.

Sumber: coindesk, bitcoin suisse, dragonfly research

error: Content is protected !!