Stake Technologies Inc., penyedia infrastruktur untuk aplikasi desentralisasi dan Protokol Web 3.0, telah berjaya mengumpulkan sejumlah $10 juta dari pelaburan strategik untuk membantu membangunkan ekosistem Polkadot dan Kusama melalui rangkaian Plasm dan Shiden yang dimiliki sepenuhnya.  Pusingan pelaburan tersebut telah diterajui oleh firma modal urusniaga Fenbushi Capital, dengan penyertaan dari Hypersphere Ventures, Gumi Cryptos, IOSG Ventures, TRG Capital, AU21 Capital dan lain-lain. Nobuyuki Idei, bekas CEO dan Pengerusi Sony turut serta sebagai penyumbang labur (angel investor). 

Dana baru tersebut akan segera disalurkan untuk membantu Stake Technologies untuk  memenangi slot di dalam  penawaran sewa parachain  (Parachain Lease Offering; PLO) bagi Kusama dan Polkadot. PLO Kusama akan dijalankan melalui parachain jaringan Shiden, manakala  jaringan Plasm pula dikhususkan untuk Polkadot. Kedua-dua jaringan Plasm dan Shiden ini akan membawa lapisan pembangunan kontrak pintar kepada Polkadot dan Kusama, yang boleh digunakan bersama Ethereum, DeFI dan NFT DApps serta pelbagai penyelesaian 2 lapisan penskalaan (scaling) . 

Secara umumnya  terdapat 2 kaedah untuk mengambil bahagian dalam lelongan parachain; sama ada melalui penjualan secara langsung (direct sales) atau pendanaan awam (crowdloan). Stake Technologies yang berpusat di Singapura telah menggunapakai strategi berpusatkan pendanaan awam (strategi crowdloan-centric) untuk menjamin lelongan Shiden parachain  mereka. Melalui kaedah ini, pemilik token meminjamkan token DOT atau KSM mereka untuk digunakan sebagai cagaran utk penyewaan parachain (parachain lease). Sebaik sahaja tempoh sewaan tamat (selalunya mengambil masa antara 6 bulan ke 2 tahun), token yang dipinjam akan dipulangkan semula kepada pemilik asalnya.   

Menurut Stake Technologies, rangkaian Plasm dan sepupunya Shiden menyasarkan untuk menjadi hub pelbagai rngkaian Dapps bagi Polkadot dan Kusama. Kedua-dua rangkaian ini akan menjadi pintu masuk (gateway) untuk aset cross chain dari rangkaian lain, platform dua lapisan dan parachain. Pendekatan multi-blockchain ini bermaksud Plasm dan Shiden akan menjadi penyumbang utama dalam keseluruhan ekosistem parachain, dengan hasil kerja mereka dalam scaling bakal memanfaatkan setiap parachain masa akan datang.  

Apakah lelongan parachain (auction parachain)?  

Kedua-dua Polkadot dan Kusama dibina melalui dua jenis blockchain iaitu rantai geganti (relay chain) dan parachain.  . Relay chain menyelesaikan transaksi rangkaian, sementara parachain mengesahkan bahawa transaksi yang dijalankan adalah tepat. Relay chain tidak menyokong kontrak pintar sendiri, sebaliknya ia menjamin fungsi kontrak pintar dari parachain yang dipasangkan kepadanya. Untuk melancarkan projek di salah satu relay chain seperti Polkadot atau Kusama, projek mesti bersaing untuk mendapatkan salah satu daripada 100 slot parachain yang tersedia, namun angka itu boleh berubah dari semasa ke semasa melalui pemilihan tadbir urus (governance voting).  

Untuk memenangi lelongan parachain, projek mesti mempertaruhkan puluhan juta dolar, yang biasanya dilakukan melalui pendanaan awam (crowdloans) yang disokong komuniti tersebut.  Projek mesti bersaing dengan jumlah tempat yang terhad, jumlah modal yang besar dan mempunyai modal cukup untuk mengharungi turun naik pasaran. Namun begitu, jumlah dana yang paling banyak tidak semestinya menjamin slot parachain. 

Lelongan parachain  Kusama yang dinanti-nantikan bakal mendapat pemenang pertamanya akhir bulan ini sekiranya Kusama Council  meluluskan jadual tentatif yang diterbitkan pada awal minggu ini oleh penciptanya Gavin Wood. Seperti yang dilaporkan oleh Cointelegraph sebelum ini, Kusama telah bersedia menjadi tuan rumah parachain sejak bulan Mei lagi, lebih-lebih lagi apabila pembangunnya yakin bahawa semua rintangan teknikal telah dapat diselesaikan.  

Bagaimana Untuk Menyertai Lelongan Kusama?

Terdapat pilihan berpusat (centralised) dan desentralisasi untuk pengguna mempertaruhkan (staking) DOT dan KSM mereka untuk lelongan parachain. Peserta boleh menyumbang KSM secara langsung tanpa meninggalkan pertukaran melalui Kraken, KuCoin dan Okex atau pun alternatifnya, boleh mempertaruhkan (staking) melalui pilihan terdesentralisasi seperti Bounce Decentralized Auction Protocol, MathWallet, FearlessWallet dan Polkadot.js.

Slot lelongan parachain Kusama yang pertama akan diadakan bermula 15 Jun hingga 22 Jun 2021. Tarikh bagi lelongan parachain Polkadot masih belum ditetapkan lagi.

 

Sumber artikel : cointelegraph.com, chainbulletin.com, forbes.com

Sumber imej : Google

error: Content is protected !!