Tetapi apa itu DOLLAR COST AVERAGING (DCA)?
Istilah purata harga dolar atau DCA merujuk kepada strategi pembelian atau pelaburan iaitu apabila pelabur membahagikan jumlah keseluruhan yang akan dilaburkan ke dalam pembelian aset tertentu secara berkala atau membuat pembelian aset secara berkala. Teori di sebalik strategi pelaburan ini adalah bahawa apabila aset naik atau turun, pelabur dapat memperoleh keuntungan dari kedua-duanya dan mengurangkan kesan negatif turun naik harga.
Semua orang tahu yang Warren Buffett memang suka membuat strategy DCA didalam pelaburan indeks pasaran saham utama dan data menunjukkan bahawa strategi yang sama juga berfungsi dengan baik untuk pembelian Bitcoin sejak sedekad yang lalu.
Buffett telah lama menyatakan keyakinannya terhadap strategy DCA didalam pelaburan indeks pasaran saham. Secara khusus, “Oracle of Omaha” menyukai dana indeks S&P 500 dan membuat DCA ke dalam indeks ini.
Data terkini menunjukkan bahawa strategi yang sama juga terbukti berkesan untuk pembelian Bitcoin sejak beberapa tahun terakhir ini. Sejak 5 tahun lalu, Bitcoin telah mencatat kenaikan sebanyak +4,269% dan data menunjukkan 98% alamat wallet Bitcoin kini berada dalam keadaan untung.
Sebagai contoh, jika seorang pelabur itu membeli Bitcoin dengan harga DCA USD $100 sejak Januari 2014 dan membelanjakan sebanyak USD $35,700 secara keseluruhan, beliau akan mendapat keuntungan sebanyak +1,648% atau sekitar USD $589,000.
Mungkin ramai yang beranggapan strategi DCA ini hanya memberi keuntungan apabila harga semasa lebih tinggi daripada harga pembelian sebelumnya.
Anggapan ini adalah salah kerana harga putara (DCA) adalah harga yang yang mampu mengurangkan risiko pembelian/pelaburan kita.
Sebagai contoh, pada 6 Ogos lalu, harga Bitcoin berada di USD $11,744. Pada masa itu, para penyelidik di CoinMetrics mengatakan bahawa walaupun pelabur terus membuat strategi DCA sejak harga tertingginya USD $20,000, mereka masih memperolehi keuntungan 61.7%
Kenyataan CoinMetrics :
“Walaupun #Bitcoin masih diperdagangkan -30% di bawah ATH, kos purata dolar (DCA) dari puncak pasaran pada Disember 2017 akan memberi pulangan keuntungan sebanyak 61.8% atau 20.1% setiap tahun.”
Sejak minggu lalu, harga Bitcoin telah meningkat dari USD $11,744 menjadi USD $13,840, kenaikan sebanyak 17.9% dalam 3 bulan, tetapi menunjukkan rata-rata pulangan keuntungan para pelabur yang membuat DCA sejak ATH $20,000 adalah jauh lebih tinggi dari 61.8%
Amacam?
Seronok tak baca pasal pelaburan Bitcoin membuat keuntungan yang giler-giler?
Bitcoin telah membuat kenaikan sebanyak +4,269% sejak 2015..giler kan?
Inilah kelebihan membuat pelaburan (portfolio) Bitcoin dan Crypto, satu instrument pelaburan yang terkini yang memberikan pulangan keuntungan yang berlipat ganda di masa hadapan (tak semua crypto & ini bukan nasihat pelaburan).
Insyallah dalam posting akan datang, saya akan huraikan lebih lanjut berkenaan strategi DCA untuk Bitcoin & Cryptocurrency.
Sudahkah anda mempunyai Portfolio Crypto?
Jika belum dan ingin dapatkan khidmat nasihat, anda boleh text admin di sini >>>