Bank Sygnum telah mengumumkan bahawa ia akan menjadi bank pertama yang menawarkan servis stake Ethereum 2.0 kepada pelanggan. Pengumuman yang dibuat oleh bank Switzerland itu menjadikan ia sebagai bank yang pertama di dunia membolehkan pelanggan untuk stake pegangan Ethereum mereka.
Sygnum akan membolehkan pelanggan untuk staking pegangan Ethereum mereka dengan selamat melalui bank. Dengan menggunakan platform perbankan bertaraf institusinya, ia mampu menghasilkan pulangan hingga tujuh persen setahun pada masa ini.
Servis stake dengan bank aset digital yang pertama di dunia itu akan menawarkan setup yang sepenuhnya bersepadu dan mesra pengguna kepada pelanggan yang ingin stake secara langsung pegangan Ethereum dari wallet mereka sendiri. Pegangan Ethereum yang telah stake akan kekal berada di dalam dompet pelanggan, dipastikan sepenuhnya pengasingan dan keselamatan untuk indivdu yang menggunakan servis tersebut.
Pengenalan staking ETH 2.0 di Sygnum bukanlah kripto yang pertama ditawarkan servis stake dengan bank tersebut. Buat masa sekarang, Sygnum turut menawarkan servis staking untuk Tezos (XTZ). Bank asset digital itu juga menawarkan fixed term deposit daripada stablecoinnya sendiri iaitu Digital Swiss Franc (DCHF) yang mampu memberikan pulangan.
Thomas Eichenberger, Ketua Unit Perniagaan di Sygnum Bank mengulas mengenai berita terkini,
“Ethereum adalah protokol blockchain kedua terbesar, dan staking Ethereum adalah elemen utama dalam portfolio aset digital yang kini dapat diakses dalam tetapan yang mudah, selamat dan dikawal selia.”
Eichenberger juga menyatakan bahawa kemampuan untuk stake ETH dengan bank akan meningkatkan lagi daya tarikan tawaran semasa bank.
Pada masa yang sama, populariti staking ETH 2.0 semakin meningkat. Jumlah Ethereum yang sedang stake di platform ETH 2.0 terus meningkat, baru-baru ini jumlah mencecah 6.1 juta dengan lebih daripada 185,000 pengesah. Jumlah ETH yang sedang stake menyamai lebih daripada $ 14 bilion ethereum.
Staking nampaknya semakin popular sebagai kaedah lain untuk memperoleh faedah daripada pegangan kripto. Penganalisa JPMorgan baru-baru ini menyatakan bahawa staking akan mendapat daya tarikan sebagai sumber pendapatan bagi pelabur institusi dan runcit. Para penganalisa menjangkakan pendapatan staking akan meningkat empat kali ganda pada tahun 2025.
Thomas Brunner, Ketua Akaun dan Penjagaan di Sygnum Bank, membuat konklusi dengan mengatakan,
“Pelanggan Sygnum dapat menyertai proof of stake yang terbaru di Ethereum dan mendapat manfaat daripada ganjaran staking lebih tinggi yang berpotensi sekarang. Ini adalah pilihan yang menarik bagi pelabur jangka panjang dalam ekosistem Ethereum. “
Baca juga : Ethereum 2.0 – Apa Yang Kita Tahu Setakat ini