Peringatan: Tulisan dalam artikel ini bukanlah satu nasihat kewangan atau pelaburan. Para pelabur dinasihatkan untuk melakukan penyelidikan dan kajian sebelum membuat pembelian aset kripto. Perolehan aset kripto adalah tanggungjawab pelabur sendiri.

Anda pernah dengar tentang Web 3.0? Apakah sebenarnya Web 3.0? Benarkah kita memerlukan internet versi baru? Adakah internet sedia ada tidak cukup bagus? Apakah manfaat yang dapat Web 3.0 beri kepada kita?

Tahukah anda bahawa kita semua sekarang berada di era internet moden. Internet turut mengalami fasa evolusi. Internet telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita semua. Setiap hari kita melayari platform media sosial, memesan makanan di aplikasi Foodpanda, menonton video menerusi Youtube atau membuat transaksi perbankan.

Evolusi Internet

Internet mengalami evolusi atau penambahbaikan yang mengambil masa bertahun-tahun. Internet yang kita ada sekarang pastinya tidak sama dengan internet pada zaman awal kemunculannya. Evolusi internet sering dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:

Peringkat 1: Web 1.0

Web 1.0 bermula sekitar tahun 1991 sehingga 2004. Ia adalah internet generasi pertama. Pada ketika itu, pengguna internet hanya boleh mengakses maklumat yang disediakan oleh pembangun laman web. Pembangun laman web pula menyediakan maklumat-maklumat tersebut menggunakan format teks atau imej.

Kandungan dalam Web 1.0 lebih statik berbanding format HTML yang lebih dinamik. Maklumat dan kandungannya diambil dari sistem fail statik dan bukan dari pangkalan data (database). Jadi laman web pada masa itu tidak mempunyai ciri-ciri interaktif. Boleh dikatakan bahawa Web 1.0 adalah internet read-only.

Peringkat 2: Web 2.0

Web 2.0 adalah internet yang kita semua guna sekarang. Ia lebih interaktif. Lebih menarik tentang Web 2.0 ialah ia membolehkan pengguna bersosial secara maya. Dalam dunia Web 2.0, anda tidak perlu menjadi pembangun untuk mengambil bahagian dalam proses penciptaan maklumat. Sekarang banyak applikasi yang memudahkan anda menjadi seorang pencipta.

Anda boleh berkongsi idea atau berita terkini dengan seluruh dunia. Anda boleh memuat naik video supaya berjuta-juta orang dapat menontonnya dan selepas itu mencoretkan komen. Web 2.0 memang benar-benar mudah digunakan. Oleh kerana ia begitu mudah dan ringkas, ramai orang boleh menjadi pencipta maklumat. Walaupun Web 2.0 dilihat sudah canggih, tetapi masih terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan.

Peringkat 3: Web 3.0

Terdapat perbezaan dalam beberapa perkara asas antara Web 2.0 dan Web 3.0, tetapi perbezaan yang utama adalah dari segi terdesentralisasi. Di Web 3.0, para pembangun tidak membina sesebuah aplikasi hanya pada satu pelayan (server) atau menyimpan kesemua data dalam pangkalan data tunggal. Sebaliknya, aplikasi di Web 3.0 beroperasi menggunakan blockchain, rangkaian terdesentralisasi yang di dalamnya terdapat banyak peer-to-peer nodes. Aplikasi-aplikasi di Web 3.0 dipanggil dApps (decentralized apps).

Infografik di bawah dapat membantu anda memahami evolusi internet secara ringkas.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar.

Apabila anda mendengar tentang Web 3.0, pasti anda sedar bahawa matawang kripto telah menjadi sebahagian daripada evolusi internet ini. Ini kerana kripto memainkan peranan yang besar dalam banyak protokol kerana ia memberikan insentif kewangan berbentuk token kepada sesiapa yang mengambil bahagian dalam mencipta, mentadbir, menyokong atau menambahbaik sesuatu projek.

Jom kita lihat bagaimana kripto memainkan peranan dalam pembangunan Web 3.0 dan apakah token-token Web 3.0 yang berpotensi untuk anda miliki pada tahun 2022. 

Token-token tersebut adalah seperti berikut:

CHAINLINK

Chainlink adalah satu revolusi yang diperlukan dalam dunia kontrak pintar dan rangkaian blockchain. Ia merupakan rangkaian oracle terdesentralisasi yang menghubungkan informasi luaran dengan kontrak pintar. Mengapa ia diperlukan?

Secara amnya, kontrak pintar hanya akan berfungsi atau diaktifkan apabila terdapat rangsangan luaran. Contohnya jika anda ingin menghantar beberapa ETH kepada rakan anda, kontrak pintar akan diaktifkan kerana menerima arahan daripada permintaan anda. Oleh itu, kontak pintar bergantung kepada rangsangan luaran.

Tambahan pula, kontrak pintar hanya beroperasi dalam rangkaian blockchain dan tidak boleh berinteraksi dengan dunia luar. Contohnya, jika terdapat kontrak pintar yang diaktifkan apabila harga saham Tesla mencapai harga tertentu, kontrak pintar tersebut perlu mendapat maklumat harga semasa secara langsung. Memandangkan ia tidak boleh berinteraksi dengan dunia luar, ia memerlukan “orang tengah” atau perantara.

Perantara ini dipanggil oracle. Chainlink merupakan salah satu rangkaian oracle yang popular yang menjadi “jambatan” menghubungkan dunia luar rantaian (off-chain) dengan kontrak pintar. Beberapa platform pertukaran dalam kripto bergantung kepada oracle seperti Chainlink. Oleh itu, ia adalah salah satu aplikasi yang amat penting dalam Web 3.0.

Native coin untuk Chainlink dikenali sebagai $LINK dan didagangkan di kebanyakan platform pertukaran kripto.

FILECOIN

Filecoin adalah platform storan terdesentralisasi. Ia adalah tempat pelombong (miner) membantu menyimpan data pengguna. Sebagai ganjaran, mereka akan menerima native token $FIL. Pengguna boleh berkongsi ruang storan mereka, menjadi pelombong dan membantu rakan pengguna lain menyimpan data mereka. Pelombong diminta untuk memberikan bukti bahawa mereka menyimpan fail dengan betul.

Filecoin merupakan satu projek yang penting dalam Web 3.0 kerana ia tidak beroperasi secara berpusat yang menyimpan kesemua fail pengguna dan mengenakan bayaran. Penyimpan data dalam Filecoin adalah berkonsepkan peer-to-peer. Filecoin memberi kebebasan tertentu kepada pengguna kerana fail mereka disimpan di lokasi yang jika pelombang melakukan sebarang kesilapan, pelombong tersebut akan menanggung risiko kehilangan penyertaan seterusnya kehilangan ganjaran.

Apa yang menarik tentang Filecoin ialah ia membenarkan pengguna menjadi pelombong jika mereka memiliki ruang storan tambahan. Filecoin sangat penting kepada perkembangan Web 3.0 kerana permasalahan dalam sistem storan data berpusat. Native tokennya, $FIL telah mengalami kenaikan harga yang mengagumkan sejak protokol itu diperkenalkan.

THETA NETWORK

Theta Network adalah rangkaian penyampaian video terdesentralisasi yang memanfaatkan teknologi blockchain untuk membantu proses penyampaian maklumat berbentuk video ke seluruh dunia. Pengguna boleh menggunakan kandungan video tersebut dan memperoleh ganjaran jika mereka membantu menyampaikannya kepada pengguna lain. Mana-mana pengguna boleh menggunakan bandwidth yang mereka ada untuk turut serta dalam penyampaian maklumat dalam rangakaian Theta.

Theta Network menggunakan rangkaian blockchainnya sendiri yang dikenali sebagai Theta Blockchain. Blockchain ini dibina khas untuk menyampaikan maklumat berasaskan video dan telah dilancarkan pada bulan Mac 2019. Rangkaian blockchain ini direka berdasarkan reka bentuk konsensus multi-BFT yang unik. Ia mempunyai 20-30 Enterprise Validator Node bersama-sama komuniti khusus, Guardian Node yang berjumlah sekitar 1000. Dari segi luaran, mungkin ia kelihatan seperti satu model berpusat, tetapi kehadiran Guardian Node telah bertindak sebagai “pemeriksa” kepada aktiviti yang mencurigakan. Jadi “pemeriksa” ini membantu mengekalkan ciri terdesentralisasi.

Theta adalah satu projek yang penting dalam Web 3.0 kerana ia membantu menggantikan rangkaian penyampaian kandungan atau maklumat secara berpusat. Penyertaan daripada pengguna dalam proses penyampaian kandungan telah menjadikan rangkaian Theta lebih kukuh dan sukar digugat. Oleh itu, walau di mana sahaja anda berada dan jika anda mempunyai akses kepada pelayan (server) Theta, anda boleh mengakses kandungan video kegemaran anda.

Terdapat 2 token yang menjadi penggerak kepada rangkaian Theta. Pertama ialah token $THETA. $THETA ialah token tadbir urus protokol dan juga digunakan untuk melakukan staking oleh validator atau guardian node. Jumlah bekalannya ialah sebanyak 1 bilion. Token kedua ialah Theta Fuel ($TFUEL). $TFUEL ialah token yang digunakan sebagai medium pembayaran rentas rangkaian. Setiap kali node membantu menyampaikan kandungan, mereka akan diberi ganjaran dalam $TFUEL.

HELIUM

Helium adalah satu rangkaian terdesentralisasi tanpa wayar (wireless) yang membantu pengguna menggunakan internet tanpa bergantung kepada perkhidmatan satelit atau pelan data. Rangkaian Helium memiliki blokchain sendiri dan terdiri daripada 2 entiti teras iaitu penyedia liputan dan pengguna liputan. Rangkaian ini bertujuan untuk menyebarkan sambungan internet merentasi pelbagai lokasi secara terdesentralisasi. Ia mempunyai beberapa komponen utama yang membantu membezakan rangkaian. Jom kita lihat dua daripada komponen-komponen tersebut.

Decentralized Wireless Network (DWN)

Melalui DWN, pengguna dapat mengakses internet menerusi pertolongan pelombong bebas. Pelombong menjadi sumber utama untuk peranti bebas yang ingin mengakses maklumat di internet. Sebagai balasan, pelombong akan diberi ganjaran berupa token native bagi rangkaian Helium iaitu $HNT.

Proof-of-Coverage

Rangkaian ini menggunakan perlombongan intensif tanpa pengiraan (non-computationally intensive mining) yang membantu pelombong membuktikan bahawa mereka menyediakan akses internet kepada peranti. Mekanisme konsensus ini membolehkan rangkaian Helium beroperasi dengan cekap dan membantu pelombong menyediakan sambungan internet kepada peranti bebas.

Pada masa kini, kita hanya dapat mengakses internet yang dikawal oleh penyedia perkhidmatan berpusat. Tetapi Helium telah memberi penyelesaian baru yang memecahkan cara penyampaian internet berpusat. Oleh itu, Helium adalah satu projek yang amat penting dapat pembangunan dan pengembangan Web3.

👆 👆 👆 2021 Saya Dapat Keuntungan Sehingga 2000% Dalam Pelaburan Kripto 👆 👆 👆

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar

THE GRAPH

The Graph adalah perisian yang membantu menyelesaikan masalah utama dalam blockchain hari ini iaitu data aggregation. Sekiranya anda ingin mendapatkan semula atau mengagregat data tentang mana-mana dApp dalam mana-mana rangkaian, anda terpaksa meluangkan masa yang lama untuk mengumpul data tersebut secara manual. Namun begitu, dengan adanya The Graph, anda boleh memperoleh data yang kompleks berkaitan tentang transaksi, pengguna atau dApp.

Contohnya anda menggemari satu projek NFT dalam rangkaian Ethereum dan anda ingin tahu prestasi projek tersebut untuk alamat tertentu. Katakanlah anda ingin mengetahui aktiviti kontrak yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu. Kebiasaannya anda perlu menyemak secara manual setiap kali transaksi dimulakan oleh kontrak tersebut.

Dengan adanya The Graph, semua itu boleh dilakukan dengan mudah. Anda boleh melakukan pertanyaan (query) dan mendapatkan semula data dengan pantas tanpa perlu menunggu berjam-jam lamanya. Oleh itu, The Graph dapat membantu mewujudkan proses mendapatkan data dalam rantaian secara efisyen.

Data dalam rantaian amat penting untuk beberapa aplikasi dan juga untuk pelabur sekiranya mereka ingin mencari sesuatu yang khusus. Walaupun terdapat beberapa cara lain yang dapat membantu menyediakan data tersebut, tetapi kebanyakannya perlu dilanggan. The Graph pula adalah satu rangkaian terdesentralisasi yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan teknikal dalam melakukan pertanyaan (query).

Token native bagi The Graph adalah $GRT.

BITTORENT

Protokol BitTorrent adalah protokol terdesentralisasi milik BitTorrent Inc yang membolehkan pengguna berkongsi fail sesama mereka tanpa perlu bergantung kepada perantara yang dipercayai. BitTorrent diasaskan oleh Bram Cohen pada tahun 2001. Objektif utama pada ketika itu adalah untuk memudahkan pemindahan fail berkonsepkan peer-to-peer tanpa perlu melalui mana-mana perantara berpusat.

Penghantaran maklumat peer-to-peer menggunakan bandwidth sedia ada kepunyaan rakan-rakan (peers) kita bagi memudahkan pemindahan maklumat. TRON Foundation telah membeli BitTorrent beberapa tahun lalu dan mewujudkan token $BTT dalam rangkaian BitTorrent. $BTT diperlukan semasa menggunakan perkhidmatan berbayar dalam rangkaian itu.

Token $BTT diberikan sebagai ganjaran kepada pengguna untuk berkongsi fail sesama pengguna dan mempercepatkan kelajuan muat turun. Token ini juga digunakan sebagai pertukaran sesama pengguna sekiranya mereka ingin memuat turun dan berkongsi fail. Token ini turut membantu mewujudkan rangkaian pengguna yang semakin berkembang agar mereka sentiasa dapat mengakses fail yang disimpan di internet walaupun mereka mereka menggunakan protokol asas.

BASIC ATTENTION TOKEN

Token $BAT ialah token native yang digunakan dalam pelayar privasi, Brave. Token ini adalah token jenis ERC-20 yang bermakna ia dicipta menggunakan protokol Ethereum. Whitepaper untuk token ini telah dikeluarkan pada tahun 2018. Pelayar Brave mentakrifkan token $BAT sebagai token utiliti dan digunakan sebagai akaun antara para pengiklan, penerbit dan pengguna dalam platform pengiklanan digital.

$BAT dicipta dengan objektif untuk merevolusikan ruang pengiklanan dengan membantu mengelakkan kebanjiran iklan semasa melayari internet. Pelayar Brave agak popular di kalangan pengguna kripto kerana ia memfokuskan pada privasi dan membantu menyekat penjejak (tracker) dan cookies. Sebarang data peribadi pengguna seperti tempoh masa yang mereka luangkan di mana-mana laman web hanya akan disimpan dalam peranti mereka dan Brave tidak mempunyai akses untuk maklumat-maklumat tersebut. Jadi pengguna akan rasa lebih selamat kerana memiliki privasi semasa melayari internet.

Brave mengambil langkah dalam meningkatkan privasi untuk pengguna mereka. Ia membantu mewujudkan ruang untuk diri sendiri kerana data dan maklumat peribadi pengguna tidak dijejaki dan disalahgunakan. Oleh itu, Brave adalah satu projek yang penting dalam persekitaran Web 3.0

ARWEAVE

Pengawalan data pengguna dan maklumat peribadi secara berpusat oleh sesuatu institusi sering menjadi isu yang sering diperkatakan. Isu ini telah menjadi isu utama yang perlu diselesaikan. Beberapa protokol seperti Arweave berupaya menyelesaikan isu ini agar penyahpusatan data dan pemeliharaan maklumat dapat dilakukan. Arweave adalah rangkaian storan terdesentralisasi yang membantu pengguna menggunakan ruang storan pada peranti sesama pengguna untuk menyimpan data. Ini dilihat dapat membantu pengguna menyimpan data mereka secara kekal sambil memastikan tiada kegagalan.

Protokol ini beroperasi dalam architechture terdesentralisasinya sendiri yang dipanggil blockweave. Ia juga terdiri daripada apa yang dikenali sebagai permaweb yang merupakan koleksi data dan dApps yang membantu mewujudkan keseluruhan web terdesentralisasi yang boleh diakses melalui browser. Protokol ini disokong oleh token Arweave ($AR) yang digunakan sebagai ganjaran kepada pelombong dan bayaran untuk yuran transaksi.

Sekiranya pengguna ingin menyimpan data dalam protokol ini, mereka perlu membayar yuran transaksi menggunakan token $AR. Semasa pelancaran protokol ini, sebanyak 55 juta token telah dikeluarkan dan tambahan 11 juta lagi diterbitkan sebagai ganjaran kepada pelombong. Volatility jangka panjang untuk token ini dikawal oleh “endowment”. Apabila pengguna membayar untuk yuran transaksi, sebahagiannya akan disalurkan kepada pelombong.

Tahukah anda TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Tokenize

SIACOIN

Siacoin ialah satu lagi protokol Web 3.0 yang membantu mekanisme penyimpanan data secara terdesentralisasi. Protokol ini bertujuan memberikan pengguna sepenuhnya kawalan terhadap penyimpanan data mereka tanpa perlu bergantung kepada perantara yang berpusat. Protokol ini telah mencipta versinya tersendiri tentang bagaimana ia mengawal storan data untuk pengguna. “Kunci anda, data anda” (“ Your key, your data”).

Protokol Sia juga memanfaatkan storan data sedia ada di seluruh dunia dan membantu pengguna menyimpan data mereka. Terdapat dua entiti utama dalam rangkaian ini iaitu penyewa dan hos.

Penyewa (Renter):

Pengguna yang memuat naik fail dipanggil penyewa. Apabila pengguna menyimpan data mereka ke dalam rangkaian, ia akan dipecahkan kepada banyak bahagian dan diedarkan ke seluruh rangkaian seluruh dunia. Apabila mereka berjaya memuat naik fail, mereka boleh mengaksesnya pada bila-bila masa kerana rangkaian akan membuat banyak salinan terhadap fail tersebut.

Hos (Host):

Hos adalah orang yang menyimpan data. Mereka tidak mempunyai akses penuh terhadap data atau fail pengguna kerana semua telah disulitkan. Hos adalah orang yang menyediakan storan dalam peranti mereka yang mana penyewa boleh menyimpan data dengan mudah. Mereka akan diberi ganjaran dalam bentuk token $SC.

Walaupun Siacoin boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, objektif utama adalah sebagai token utiliti untuk rangkaiannya. Setiap kali penyewa ingin memuat naik fail mereka, mereka perlu membayar sewa kepada hos.

LIVEPEER

Livepeer ialah protokol rangkaian untuk penstriman video secara terdesentralisasi. Ia membantu menghantar kandungan berasaskan video (video-based content) ke seluruh rangkaian. Ia adalah “live media layer” yang penting dalam stack untuk Web 3.0 dan projek ini begitu penting dalam keseluruhan Web 3.0 space. Protokol ini menawarkan sesuatu yang dipanggil Platform-as-a-Service (PaaS) kepada organisasi yang ingin menawarkan kandungan video kepada para penggunanya.

Protokol ini beroperasi pada rangkaian Ethereum untuk proses transkod video. Ia adalah proses menukarkan format video mengikut bandwidth sedia ada yang dimiliki pengguna. Protokol ini bertujuan untuk mengurangkan kos yang melibatkan penstriman video secara langsung dan memanfaatkan rangkaian terdesentralisasi. Token native mereka ialah $LPT yang digunakan untuk pengoperasian protokol Livepeer.

Model perniagaan penstriman lazimnya mengenakan bayaran yang terlalu tinggi. Pengguna juga terpaksa mempertaruhkan privasi untuk data peribadi. Untuk mengatasinya, Livepeer memperkenalkan protokol berskala yang bersifat terdesentralisasi dan boleh menyokong penstriman video secara langsung tanpa mengenakan kos tambahan.

sumber: coinmarketcap

Peringatan: Tulisan dalam artikel ini bukanlah satu nasihat kewangan atau pelaburan. Para pelabur dinasihatkan untuk melakukan penyelidikan dan kajian sebelum membuat pembelian aset kripto. Perolehan aset kripto adalah tanggungjawab pelabur sendiri.

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!