Belum habis lagi drama “keruntuhan” bank. Mungkin musim tengkujuh untuk bank dah bermula. Episod “keruntuhan” telah bermula di Amerika apabila Silvergate Bank, Silicon Valley Bank dan Signature Bank terpaksa tutup kedai. Adakah musim tengkujuh itu akan merebak ke bank-bank di Eropah pula selepas ini? Bank mana yang bakal menjadi “mangsa”?
Nampaknya Credit Suisse (CS) menjadi mangsa pertama. Bank yang telah beroperasi sejak 167 tahun yang lalu mula goyah sejak tahun 2021 disebabkan pelbagai isu termasuk skandal kewangan, perubahan pengurusan tertinggi, kerugian berbilion dolar dan strategi perniagaan yang lemah. Pada suku ke-4 tahun lalu, para pelanggan CS telah menarik keluar dana sebanyak 110 bilion Franc Swiss (USD119 bilion) sehingga CS terpaksa menanggung kerugian tahunan terbesar sebanyak 7.29 bilion Franc Swiss sejak krisis kewangan global melanda.
Selain isu skandal kewangan yang menyelubungi CS sekian lama, isu panas yang lain pula terbongkar. Pihak pengurusan mendedahkan terdapat “material weakness” dalam laporan kewangan. Apa itu material weakness? Material weakness adalah kelemahan kawalan dalaman dalam sesebuah syarikat. Kelemahan ini menjadikan data penyata kewangan syarikat tidak boleh dipercayai dan tidak berkesan untuk menilai kesihatan kewangan syarikat tersebut. Para pelabur menjadi panik dan menjual pegangan saham CS sehingga nilainya menjunam ke $1.86, kejatuhan sebanyak 32.85% dalam masa sebulan.
Bagi mengelakkan situasi pasaran menjadi lebih teruk, UBS Group bersetuju untuk menyelamatkan CS. Apa yang menarik ialah Presiden Switzerland sendiri yang mengumumkan perjanjian pengambilalihan CS oleh UBS disebabkan kerajaan Swiss sendiri yang menjadi pengantara antara kedua belah pihak. Pengambilalihan ini dilakukan bertujuan untuk mengembalikan kestabilan kewangan dan melindungi ekonomi negara Switzerland. UBS membelanjakan 3 bilion Franc Swiss (USD3.25 bilion) untuk pengambilalihan CS. Harga ini adalah 60% kurang daripada nilai CS ketika pasaran ditutup pada hari Jumaat lalu.
Nak labur dalam kripto tapi takut kena scam???
Jom belajar ilmu kripto dengan betul di beranikripto.com
CLICK untuk sertai kami
Tapi siapakah sebenarnya UBS Group? UBS adalah sebuah bank pelaburan multinasional dan syarikat perkhidmatan kewangan yang diasaskan dan berpangkalan di Switzerland. Setakat Mei 2022, UBS merupakan bank ketiga terbesar di Eropah dengan pasaran modal berjumlah USD63 bilion dan mempunyai asset under management (AUM) sebanyak 3.2 trilion Franc Swiss. Oleh itu, UBS boleh dianggap sebagai salah satu institusi kewangan yang terbesar dan paling berpengaruh di dunia.
Justin Sun, pengasas TRON dan juga orang penting dalam Huobi ada menyatakan hasratnya dalam Twitter pada 19 Mac untuk mengambilalih CS dan membuat tawaran sebanyak USD1.5 bilion. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada tawaran tersebut diendahkan oleh CS dan kerajaan Swiss atau tidak.
Jadi apakah kaitan isu Credit Suisse ini dengan kripto? Nampak seperti tidak kaitan. Tapi jika diperhatikan sejak 11 Mac, harga BTC telah melonjak lebih dari 40%. Adakah ini suatu kebetulan? Atau adakah orang ramai mula meragui keberkesanan sistem perbankan sedia ada? Mungkin juga orang ramai sudah mula mempercayai kripto.
sumber: reuters,forbes,cnbc
Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami,mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto