Perkhidmatan Token Visa (VTS) adalah teknologi keselamatan terbaru dari Visa, menggantikan maklumat akaun sensitif, seperti nombor akaun utama 16 digit, dengan pengenal digital unik yang disebut Token. Token ini membenarkan pembayaran diproses tanpa mendedahkan butiran akaun sebenar.

VTS Menawarkan Lebih Banyak Cara Untuk Membayar

Perkhidmatan Token Visa (VTS) dapat membantu anda membina dan mengekalkan pengalaman pembayaran digital anda sambil melindungi maklumat sensitif pengguna dari penipuan. Oleh kerana lebih ramai pengguna mengharapkan penyelesaian pembayaran mudah alih, Visa Token Service menyediakan tiga alat penting untuk membantu anda memenuhi permintaan iaitu :

Perkhidmatan Token Visa (VTS) adalah tawaran pertukaran token kripto digital yang bakal dilaksanakan tahun ini. Visa telah mengambil langkah, membeli syarikat pemula fintech Plaid pada minggu lepas untuk tujuan penyepaduan aplikasi API.

VTS dibangunkan oleh Visa Developer dengan teknologi Blockchain.
Mungkin antara kita tidak memahami apakah itu token kripto dan mungkin hanya tahu Bitcoin sahaja, itupun ada yang melabelkan bitcoin sebagai scam.

Jadi, Apakah Itu Token Kripto?

Token lahir dari matawang kripto, sebagai contoh Ethereum (ETH) melahirkan token ERC, ERC20 seperti BNB, Dacs, EVR dan sebagainya. Token bersifat utiliti sepenuhnya, ia akan berubah menjadi matawang apabila manusia menerima dan memperakui nilainya sebagaimana Bitcoin sebagai contoh.

Bagaimanakah VTS akan berfungsi terhadap pengguna, rakan dagangan, pengeluar dan Visa sendiri? 

VTS sebenarnya berperanan menukarkan maklumat akaun kita dengan token sementara di dalam talian dengan alamat kripto yang unik bagi tujuan pembelian dalam talian, dalam kedai dan dalam aplikasi. Ia juga dapat melindungi pelanggan, rakan dagangan dan pengeluar.

Matawang kripto dan token kripto telah terbukti dapat mengurangkan risiko penipuan.

Bagaimana VTS berfungsi

Kehebatan VTS

Perkhidmatan Token Visa (VTS) merupakan sekuriti teknologo baharu yang alan menggantikan 16 digit angka kad Visa yang sensitif dengan alamat pengesan digital yang unik. Kelebihannya, transaksi berlaku tanpa mendedahkan butiran pengirimnya kerana ia bersifat bukan terpusat. Ia dapat digunakan oleh bank, pedagang, pemaju sendirian dan perniagaan kecil dan sederhana.

Bagaimana Token VTS Digunakan

Dengan VTS, ia menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah dan menyeronokkan.

Kawasan Liputan Visa Token Service

Bagi kawasan Asia Pasifik buat masa ini adalah terhad kepada Australia, Hong Kong, India, Malaysia, New Zealand, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. Kawasan lain akan diumumkan semula.

Sumber : visa.com.my

Anda juga boleh mengikuti kami di Channel Telegam & Facebook Page

error: Content is protected !!