Baru-baru ini Nickel Digital Asset yang berpengkalan di London telah menjalankan tinjauan terhadap 100 pelabur dan pengurus kekayaan dan mendapati 82% daripada mereka bersedia untuk terus menambah pegangan dalam aset digital sehingga tahun 2023. Tinjauan tersebut melibatkan 50 pelabur institusi dan 50 pengurus kekayaan dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman dan Emeriah Arab Bersatu. Ia dijalankan secara dalam talian dalam bulan Mei dan Jun 2021.

4 dari 10 responden atau 40% menyatakan bahawa mereka akan menambah pegangan dalam jumlah yang besar, 7% menyatakan bahawa mereka akan mengurangkan pegangan dan hanya 1% merancang untuk melepaskan kesemua pegangan. Menurut Nickel, pegangan aset digital di kebanyakan institusi pelaburan adalah masih rendah kerana mereka mengambil pendekatan untuk menguji pasaran kripto. Orang kata test water dulu.

58% responden berpendapat bahawa pelaburan digital aset adalah prospek kepada pertumbuhan modal jangka panjang (long-term capital growth). Walaupun pasaran kripto mengalami kejatuhan yang teruk, tetapi Bitcoin masih dapat mencapai pertumbuhan 18% setakat ini pada tahun ini. Selain itu, mereka turut menyaksikan peningkatan Ethereum sehingga 215% sejak awal tahun ini.

Tinjauan itu turut melaporkan sekitar 38% reponden bertambah yakin terhadap kripto setelah mereka memiliki sedikit pegangan. Sementara itu, 37% responden menyatakan bahawa penglibatan lebih banyak syarikat korporat dan pengurus dana dalam pelaburan kripto telah membuktikan keyakinan dan penerimaan terhadap aset kelas tersebut bertambah baik.

Pengasas bersama yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif Nickel Digital, Anatoly Crachilov mengatakan bermula bulan Jun tahun ini terdapat 19 buah syarikat yang tersenarai di pasaran saham yang mempunyai modal pasaran lebih $1 trilion telah melabur sebanyak $6.5bil dalam Bitcoin berbanding hanya $4.3bil pada awal pelaburannya.

Selain itu, dalam satu tinjauan yang lain, syarikat pelaburan AJ Bell yang berpengkalan di UK melaporkan bahawa pada bulan lepas lebih ramai orang membeli aset kripto berbanding produk yang berkaitan saham. Mastercard turut melakukan tinjauan dan mendapati 4 dari 10 orang merancang untuk mula menggunakan kripto dalam urusan pembayaran pada tahun depan.

Persoalannya, apa yang anda nak buat sekarang? Buat DCA? HODL je mana yang ada? Cut loss? Buat shopping list macam whale?

sumber: cointelegraph

error: Content is protected !!