Dah lama nak buat post pasal World Coin ni, tapi selalu je terlupa😬🤣
Pernah dengar pasal idea UBI(Universal Basic Income)? ChatGPT yang dibangunkan oleh OpenAI tu dah pernah guna? Power tak ChatGPT tu?

Orang kuat dibelakang ChatGPT OpenAI adalah Sam Altman, dan World Coin ni juga dibangunkan oleh Sam Altman. So, dari segi legit dan kekuatan projek, rasanya memang boleh pergi jauh projek ni.

Boleh cuba tengok info detail dalam website World Coin atau gambar dibawah.
https://worldcoin.org/

Semalam (24jul 2023) coin WLD dah boleh beli di CEX seperti Binance, Huobi, MEXC dll. Harga nampak macam dah mula nak dump.

Selalunya, kalau projek ada bagi airdrop/presale/whitelist dll, maka coin akan dump masa listing. Mereka yang awal dapat coin akan dump untuk take early profit. Tapi sekarang ni, WLD ni tiada buat airdrop semua, sepatutnya coin akan pump kerana orang akan rebut nak beli awal untuk hold hingga naik harga.

So kenapa coin dumping?🤔

Kalau pernah install apps WLD tu, setahu saya, mereka yang dah verify “mata” mereka dengan Orbs tu akan dapat coin WLD. Tu pun rasanya tak banyak. Tadi nampak si ZachXBT ada komen kat twitter Worldcoin cakap coin WLD ni dah ada orang mula jual kat telegram dengan harga $0.5/WLD sebelum CEX listing.

Siapa yang sempat beli kat telegram, easy 8-10x ROI jika dump awal🤣😬Too bad Malaysia tiada Orbs Scanner tu, kalau tak, terasa gak nak try pergi scan😂

Btw, dengan konsep WLD yang nak buat Universal Basic Income dan “centralized” ID dengan scan mata kita, ada yang nak sokong dan nak invest coin ni ke?🤔

New world order is coming?😬😬

World Coin (WLD) – UBI? Privacy Nightmare? Centralized World?

Pernah dengar pasal idea UBI (Universal Basic Income)?

ChatGPT yang dibangunkan oleh OpenAI tu dah pernah guna? Power tak ChatGPT tu?

Kalau ikut kata si Sam Altman tu, dunia masa depan nanti banyak kerja dah boleh suruh robot/mesin/AI yang buatkan untuk manusia, manusia goyang kaki je pungut hasil tak perlu kerja dah🤣Bila dah jadi macam ni, maka pendapatan manusia boleh buat guna konsep UBI dah, income semua jadi sama dan adil la kononnya😬😬 Ye la, semua kerja kan dah dibuat oleh robot/mesin/AI, so hasilnya nanti patut bagi sama rata antara semua manusia la kononnya kan?

Untuk nak realisasikan idea UBI ni, maka universal ID sistem kena ada agar setiap manusia ni boleh dapat bahagian income mereka dengan adil dan telus. Untuk buat sistem Universal ID ni, team World Coin ni dah ada scanning device yang mereka panggil “Orbs”.  Orbs ni kini dah ada di beberapa negara dan dah boleh digunakan.

Details Orbs/scanning device tu boleh baca di link dibawah.
https://worldcoin.org/…/opening-orb-look-inside…

Orbs tu akan scan mata kita untuk buat Universal ID kita yang kemudiannya akan disimpan dalam sistem blockchain dengan menggunakan Zero-Knowledge Proofs.
.
Kenapa kena scan mata untuk buat ID? Tak guna cap jari dll?

Reason, sebab mereka kata scan mata lebih tepat dan selamat berbanding buat ID guna cap jari. Sekarang ni, the nearest Orbs dengan Malaysia ni ada di Jepun. Jika ada yang berminat nak apply jadi Orbs Operator pun boleh, boleh cuba tengok kat website mereka.

https://worldcoin.org/be-a-worldcoin-operator
Details tech World Coin ni boleh DYOR sendiri ya.

Baca juga pasal >>> SUI, Layer 1 Blockchain

Dalam post ni kita sembang sikit idea mereka ni, nak sokong ke tak?🤔🤔🤔 Ideologi “Aluminium” dan “Freeshipping” ni😂😂😂😂

Adakah konsep World Coin ni membawa kita kepada Decentralization atau lebih kepada Centralization? Pastu, setuju ke kita kalau guna UBI?

Sekarang ni kan kekayaan di dunia ni dipegang oleh golongan minoriti dan elite, 99% total kekayaan dunia dipegang oleh minoriti 1% manusia.🤔

Soalan bonus, adakah majoriti supply BTC sekarang ni juga dipegang oleh golongan minoriti?😏😏

Pastu dalam part privacy pula, adakah kita rela semua maklumat kita boleh dijejaki dalam sistem? Cuba kita lihat keadaan sekeliling kita sekarang. Dah banyak kedai/outlet yang terima digital payment(scan/swap) semua tu, keluar rumah beli barang sekarang dah tak perlu bawa cash dah, bawa kad debit/credit atau HP pun dah cukup.

Rasanya kebanyakan kita ni fikir nak senang/mudah je, malas nak baris kat ATM nak keluarkan cash, malas nak keluarkan kertas/siling masa membayar, selamat tak takut duit jatuh/tercicir/kena curi semua tu kan?

Adakah kita pernah terfikir jika semua transaksi harian pun kita dah guna digital transactions, sebenarnya boleh kata semua aktiviti kita tu dah boleh dijejaki?

Berbanding kalau kita guna cash, aktiviti kita mungkin hanya boleh jejak up to kita berada di depan ATM mesin tu, lepas tu bagaimana kita guna cash tu mungkin dah susah sikit nak jejak kan?

Baca Juga Pasal >>> Market Kripto vs Market Semasa Dunia

Begitu juga sebenarnya kalau kita guna blockchain/crypto, even hanya dapat trace 1 jejak yang ada link dengan ID kita, maka lepas tu semua transaksi yang berkaitan dengan Tx dan Addess wallet tu semua dah boleh dibongkarkan dah.

Blockchain ni bagi saya ibarat Double edged sword. Nak kata dia privacy dan selamat, boleh juga. Tapi kalau nak kata blockchain ni dah tiada privacy,everything is traceable, pun boleh juga. Bayangkan jika 1 hari nanti , tak kira la kerja kerajaan atau swasta, semua gaji kita dibayar dengan BTC, gaji BTC masuk wallet address kita.

Ertinya, setiap transaksi yang keluar dari wallet address kita tu dah boleh kena trace dah. Kalau sekarang ni, kalau gaji FIAT masuk akaun bank, ni dalam bentuk digital money kan?

Tapi kita still boleh keluarkan cash/fizikal money juga dari akaun bank kita melalui ATM kan? Bagaimana kita guna cash kita tu, tiada siapa yang akan tahu. Lain la kalau gaji FIAT masuk akaun bank, pastu semua sewa loan barang makan dan belanja seharian pun kita guna online banking/swap/scan kan?

Yang ni memang semua transactions akan traceable la. Tapi cuba bayangkan suatu hari nanti, FIAT dah tiada sebab geng maxis BTC menang, FIAT berjaya dihapuskan.

Kalau income semua dibayar dalam bentuk crypto/BTC?
Tiada cash dah .Apa lagi privacy yang kita ada?

Kerja kerajaan ke swasta, gaji sudah tentu akan masuk ke wallet yang ada link dengan ID kita kan? Setiap BTC/Sat yang kita gunakan pun kerajaan/majikan akan tahu😬😬Kalau zaman sekarang, gaji masuk RM2000, tak semua RM2000 tu boleh traceable kan?

Kadang-kadang siling ada yang jatuh hilang, rm1-2 cash guna beli gerai tepi jalan, mana la kita dapat trace semua kan gaji kita pakai kat mana? Tapi jika dunia dah fully gerak dengan crypto/BTC, semua tu dah akan traceable tu.

Cuba fikir, RM1=0.10 sen x 10 keping siling. Tak semua siling tu kita akan tahu dekat mana kita guna, dekat siapa kita bayar dan bayar untuk apa. 1 BTC=100,000,000 Sat. Kalau sistem semua dah guna BTC, transaksi down to 0.000000001 tu pun kita boleh trace dah😬😬Ibarat setiap sen daripada gaji kita tu pun orang boleh trace dekat mana kita guna.

 

Btw, bukan setakat crypto/BTC ya, agenda lain yang banyak world government sedang usahakan sekarang ni antaranya adalah CBDC. Kalau semua pun dah guna CBDC, dah tiada cash, maka benda yang sama akan terjadi, no more privacy untuk kita semua?🤔 Boleh baca pasal CBDC kat sini >>>

Everything is Traceable.

Mungkin ada yang akan tanya dan kata, apa masalah kalau semua dah guna blockchain? Bukankah itu akan jadi lebih telus dan transparent?

Orang lain saya tak tahu macam mana, tapi untuk saya, kadang-kadang ada urusan yang kita tak nak orang lain tahu. Contoh, member minta pinjam duit, tapi takut bini tahu, so pinjam melalui cash lebih selamat berbanding online transfer.

Atau kalau dapat bini jenis queen control, duit semua dia pegang. Kadang-kadang kalau ada family member atau kawan nak minta bantuan kita, kalau masih boleh guba cash,mungkin senang sikit nak “tipu” bini kita untuk tolong mereka kan?

Atau kalau kita nak buat derma, tapi tak nak orang tahu, maka melalui cash mungkin antara cara yang baik.

Ada tengok movie Fast X baru-baru tu? Bila semua benda dah digital dan traceable, in the end, cash juga jadi pilihan untuk elak dari diburu. Yang belum tengok movie Fast X tu, boleh cuba tengok post dibawah yang lepas untuk scene blockchain dan crypto dalam Fast X tu.

 

Blockchain vs Traceability vs Transparent vs Privacy

Adakah kita semua dah bersedia?
Adakah idea seperti World Coin ini akan menjadi kenyataan di masa akan datang? Adakah UBI akan berlaku? Ahhh..Ini semua ideologi “Aluminium” dan “Freeshipping”😅🤣🤣🤣

Pada yang berminat, boleh cuba install apps World Coin dan cari lokasi Orbs untuk scanning/buat ID😬Orbs paling dekat kat Jepun.

Teknologi AI dan blockchain berkembang sangat cepat, lagi 30 tahun, bagaimanakah dunia kita akan berubah?🤔🤔

Adakah robot/mesin/AI dah capai tahap AGI(Artifial General Intelligence)? Bagaimana teknologi blockchain akan mempengaruhi kehidupan manusia di masa akan datang?

Beruntung la kita yang dah “berada” dalam industri blockchain sekarang ni. At least kita antara yang terawal peka dan tahu apa yang berlaku dalam dunia sekarang ni😂😂Real world asset tokenization, CBDC, metaverse, AI, DeFi, Gamefi, DeSci, dan banyak lagi info yang kita dah advance tahu berbanding mereka yang tak terlibat dalam crypto/blockchain ini.

Kalau setakat nak cepat kaya, full leverage trade gold forex dll, tapi kalau nak jadi bijak, cuba trade crypto😂Auto jadi bijak dan knowledgeable wey😂😂 Banyak benda boleh belajar.

Apa-apa pun, penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.
Penulisan sekadar pendapat peribadi. DYOR.NFA.

 

Kepada yang berminat nak belajar kripto, kelas tedekat ialah pada 29 & 30 Julai ini.
Rebut lah peluang time bear market ni sebelah market bull tahun depan, kalau anda terlepas bear market thn 2018, 2020 dulu, ini lah masanya untuk anda tertindak, kalau anda terlepas kali ni, anda kena tunggu 2027.
.
Sanggup ke?
.
💥 Bengkel Beranikripto 2/2023 💥
Tarikh : 29 & 30 Julai 2023 (Sabtu & Ahad)
Jam : 9pg – 5ptg
Tempat : Dewan Seminar
Menara Razak
UTM, Jalan Sultan Yahya Petra 54100 KL
.
Berminat boleh daftar di Beranikripto.com

error: Content is protected !!